"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 3 Februari 2015

Tips Melegakan Kejang Kaki Semasa Hamil

Hamil merupakan moment yang paling indah bagi kita yang bergelar wanita. Pelbagai suka duka, pahit getir semasa hamil yang perlu dilalui oleh ibu-ibu demi untuk melahirkan zuriat tercinta. Ibu-ibu perlu menghadapi keadaan yang tidak selesa seperti sukar tidur, sukar baring, mudah penat, dan macam-macam lagila. Namun perkara yang kerap berlaku adalah masalah 'Kejang Kaki'. Jue pun tak terlepas dari mengalami masalah ini semasa kehamilan yang lepas.



Kejang kaki perkara normal ketika hamil, sebaiknya lebihkan kalsium agar kejang kaki boleh dikurangkan. Namun jika dibiar berlarutan dibimbangi akan mengalami masalah lain.

Apakah yang menyebabkan kejang kaki?


  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

  • sumber : babycenter.com


    Adakah apa-apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan berlakunya kejang kaki?


    • Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang panjang.
    • Pusing dan gerak-gerakkan buku lali dan jari-jari kaki anda apabila anda duduk, semasa makan atau menonton televisyen.
    • Regangkan otot-otot betis anda (lihat Cara menghentikan kejang kaki di bawah) beberapa kali sebelum anda masuk tidur.

    Cara menghentikan kejang kaki


    Jika kesakitan otot yang anda alami ini berterusan dan bukannya berlaku sekali-sekala sahaja, atau sekiranya anda dapati kaki anda bengkak atau sembap, hubungilah doktor anda. Dalam kes-kes yang jarang berlaku (satu dalam 2,000) wanita hamil boleh mengalami masalah trombosis vena dalam (
    deep vein thrombosis), iaitu masalah darah beku, yang memerlukan mereka mendapatkan bantuan perubatan segera.


    4BIJI SEHARI UNTUK MENCUKUPKAN KALSIUM ANDA.


    Semasa hamil, jantung, buah pinggang dan sistem peredaran dalam badan anda bekerja lebih kuat untuk membantu anda berfungsi secara normal. Otot-otot anda pula menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat, dan ini memberi tekanan kepadanya. Akibatnya, otot-otot kaki anda yang keletihan akan menegang dan kejang sebagai langkah memprotes, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Kesakitan ini boleh menyebabkan anda tersedar daripada tidur pada waktu malam.


    Keletihan otot bukan satu-satunya sebab anda mendapat kejang kaki. Terlalu banyak fosforus (terdapat dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bersoda), dan terlalu sedikit kalsium dan potassium dalam darah anda juga boleh menyebabkan kejang otot.


    Cubalah tip-tip kami dan makan pisang atau minum segelas susu sebelum tidur untuk meningkatkan tahap kalsium dan potasium dalam darah. Jangan ambil sebarang produk herba tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.


    Berikut ialah beberapa tip untuk mengelakkan kejang kaki:



    Jika anda mengalami kekejangan, regangkan otot-otot anda serta-merta. Tegakkan kaki, tumit dahulu, dan tegangkan buku lali dan jari-jari kaki perlahan-lahan. Anda mungkin rasa sakit seketika, tetapi kesakitan itu akan beransur hilang. Anda juga boleh melegakan kekejangan dengan mengurut otot atau memanaskannya menggunakan botol air panas. Berjalan-jalan selama beberapa minit juga boleh membantu.


    Amalkan Kalsium Yang Cukup Semasa Hamil



    Satu lagi tips berkesan adalah mengambil kalsium dan pottasium yang cukup semasa hamil. Kebanyakan mereka yang cukup kalsium memang jarang terkena serangan kejang kaki ini. Seperti semua sudah maklum untuk dapatkan kalsium kita perlu minum susu dan makan makanan seperti badam dalam kuantiti yang agak banyak. Jika tidak mampu menyediakan badam dan susu setiap hari, anda boleh memilih alternatif lain dengan mengambil tablet ostematrix yang kaya sumber kalsium, iron dan pottasium. Ia sangat membantu ibu-ibu hamil tidur lebih lena, gigi yang lebih kuat dan tiada lagi kejang kaki dan masalah pelawasan yang kurang semasa hamil juga dapat diatasi.

    Jadi anda yang hamil memang dinasihatkan untuk mendapatkan kalsium yang semasa hamil. Jika berminat untuk tablet ostematrix yang aya kalim ini boleh sms/whatsapp 019-9895564. 



    Harga : hanya RM61
    (Untuk harga yang lebih istimewa anda kena sms/whatsapp 0199895564)

    TUNGGU DULU!
    Bulan ini Promosi OSTEMATRIX!

    DISKAUN 15% JIKA BELI 2
    DAN PERCUMA 1 JIKA ANDA MEMBELI 6

    CEPAT HUBUNGI KAMI SEGERA ATAU PENGEDAR2 YANG BERHAMPIRAN ANDA


    Junaida Watie
    0199895564
    I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
    No id 930073

    Tiada ulasan:

    Sila isikan borang pesanan di sini

    Nama :
    Nombor telefon :
    Alamat Emel/Facebook
    Alamat penghantaran :
    Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
    Cara Pembayaran :

    Form provided by Freedback.
    Copyright to Junaida Watie
    Designed by UMIESUEstudio 2015