"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Rabu, 30 Oktober 2013

Mengapa memilih untuk berniaga Shaklee?

Bismillahirrahmanirrahim..

Mengapa memilih untuk berniaga Shaklee? Sebenarnya masa mula-mula dulu tak nampak dengan jelas pun mengapa dan sebelum ni, pernah mencuba beberapa kali untuk berniaga online tapi tak bertahan lama. Tetapi apabila terjebak dengan tsunami Shaklee ni, rasanya inilah perniagaan yang saya tercari-cari selama ini untuk dijadikan kerja di rumah saya. Bagi yang ingin memulakan perniagaan online, atau pun tercari2 peluang niaga secara part time untuk duit poket, mungkin tertanya-tanya apa yang istimewanya Shaklee ni?

Perkara pertama yang menyebabkan saya memilih Shaklee adalah kerana ingin menjadi seseorang yang berjaya. Sebabnya saya dikelilingi oleh orang yang bekerja, tetapi atas permintaan suami supaya menjadi suri di rumah saya melupakan hasrat untuk mencari kerja. Jadi, saya menggunakan peluang untuk berniaga shaklee untuk mencapai impian saya. Saya nak buktikan pada keluarga saya, keluarga mertua saya yang saya bukan bergantung sepenuhnya dengan suami. Pendek kata tak mahu orang tengok saya sebagai isteri yang kolot, hanya duduk di rumah tanpa membuat satu anjakan paradigma, banyak pulak meleret cerita ni, haha sambung pulak sebab lain pulak di bawah..

Perkara kedua ingin menambah pendapatan keluarga. 

Saya yakin ramai yang memilih sebab ini kerana inilah punca ramai surirumah mahu bekerja dari rumah termasuklah saya. Dapat tambah dua tiga  ratus ke 2 3 ribu ke itu semua bergantung pada usaha masing-masing, jika rasa nak buat santai, yang masuk pon agak santai lah hehe tapi pokok pangkalnya, semuanya wang kan.


Hampir 4 tahun menjadi surirumah, tiba-tiba rasa tergerak untuk mengisi masa dengan aktiviti berguna dan mendatangkan hasil. Bila berkenalan dengan produk shaklee ni baru rasa macam dah buat pilihan yang betul sebab dah macam program perniagaan yang saya cuba ceburi tetapi hampa kerana buntu dan tak sesuai dengan jiwa saya. Alhamdulillah dengan Shaklee, boleh berblog, berfacebook dengan pelbagai info kesihatan, masa saya terisi malahan selalu terkejar-kejar masa untuk uruskan rumahtangga dan perniagaan.



Selain itu, shaklee banyak memberi info-info berguna mengenai kesihatan, secara tak langsung ilmu saya dalam bidang kesihatan semakin meninggi. Haha bayangkanlah dulu tak pernah tahu nak makan ape untuk masalah sekian-sekian, tapi sekarang semua masalah tau je apa punca dan cara mengatasinya. Kadang-kadang rasa macam nak amik phd jd doktor jer. Pokok pangkalnya sebab nak jadi pengedar shaklee adalah kerana boleh menimba ilmu lagi dalam bidang pemakanan, kesihatan, kecantikan.


Yang paling seronok sekali menjalankan bisnes shaklee adalah kerana Shaklee ini sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Kadang-kadang nak jual barang ni ramai yang tak fikir tentang status produk yang dijual, tapi dengan Shaklee saya tak ragu-ragu kerana shaklee halal dan istimewa sebab tiga perkara ni selamat, berkesan dan mesra alam. Jadi saya sebagai pengguna dan pengedar tak takut untuk makan dan jual kepada semua kerana mempunyai sijil KKM, dah tentulah produk ni selamat kan. Dan yang plg penting SHAKLEE IS THE LEADER IN NUTRITIONAL RESEARCH FOR OVER 50 YEARS!

Cukup le dulu 5 tuh, nanti tak larat nak baca panjang-panjang hehe, jadi untuk yang ingin menambah wang hatta sepuluh ringgit sekali pon, nak buat secara sambilan, sepenuh masa, semua terpulang. cuba tanya diri kita, adakah kita memerlukan duit lebih? lebih ilmu pengetahuan? lebih pengalaman? Kalau ya, mulakan sekarang seperti saya. Hanya bermodalkan rm75 termasuk jumlah pos untuk menjadi seorang usahawan. Jangan risau, kita buat sama-sama, panduan percuma akan diberikan. In sha Allah akan dipermudahkan dari-Nya..amin



Hubungi saya di emel : junaidawati-jusoh@gmail.com 
I'm Shaklee Independent Distributor
ID no : 930073
sms/wechat/whatsapp di 019-9895564






Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Selasa, 29 Oktober 2013

Pengenalan

Salam semua...saya Junaidawati Jusoh, seorang surirumah yang dulunya tidak pernah terfikir untuk duduk di rumah menjaga anak-anak dan suami sahaja. Dalam bayangan yang ada adalah menjadi seorang wanita yang mempunyai kerjaya hebat dan menjadi kebanggaan keluarga memandangkan saya mempunyai ijazah dalam bidang kewangan. Akhirnya saya akur dengan keadaan sekarang malah rasa bertuah kerana dapat menjaga kedua-dua puteri saya iaitu Iris Marissa dan Irin Aida Delisha dengan air tangan sendiri.


Setelah melahirkan anak kedua..saya mula terfikir untuk menjadi seorang surirumah yang hebat pula. Akhirnya saya dibukakan hati untuk menjadi seorang pengedar sah Shaklee...ini bermula apabila ada rakan yang menegur saya lebih slim berbanding melahirkan anak pertama dan muka pun lebih gebu...mulanya saya memang tak perasan dan mengatakan mungkin kerana saya full breast feeding untuk anak kedua ni, Lama-lama saya sedar yang saya berjaya kurus dengan bantuan suplemen shaklee yang saya ambil..iaitu hanya mengambil alfafa dan esp sahaja. Alhamdulillah saya diberi kesedaran untuk memulakan kehidupan saya sebagai WAHM (work at home mother). Saya sangat-sangat  gembira melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang isteri, ibu dan usahawan online sekarang walaupun pada awalnya kelam kabut sebab belum tahu nak uruskan masa dengan baik, akhirnya saya berjaya juga untuk membawa diri saya ke alam online ini. Apapun, saya sangat berterima kasih kepada suami yang banyak mendorong saya untuk menceburi perniagaan Shaklee ini. 


Pada sesiapa yang berminat untuk menggunakan produk hebat dari Shaklee bolehlah menghubungi saya pengedar sah Shaklee anda untuk mendapatkan harga istimewa dan khidmat nasihat percuma selepas menggunakan produk ini.

Hubungi saya di emel : junaidawati@gmail.com 
www.junaidawati-jusoh.blogspot.com

Pengedar Shaklee di Kajang Semenyih dan seluruh Malaysia
ID no : 930073
sms/wechat/whatsapp di 019-9895564




Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015