"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 13 Februari 2015

Kehilangan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Amat Dirasai.

Pada Malam 12 Februari 2015, negara dikejutkan dengan berita kehilangan salah seorang Tokoh Islam yang berpengaruh di dunia iaitu Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebelum itu, berita kehilangan pengulas sukan ternama iaitu Dato' Haji Hasbullah Awang. Al fatihah buat mereka berdua. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman inshaAllah amin.



Al-Fatihah



Serba ringkas mengenai Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat :-


Tok Guru atau nama sebenarnya,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan pada hari Sabtu iaitu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau seorang   guru agama yang aktif dan pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi.

Jadi  tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran ‘Tuan Guru’  atau ‘ Tok Guru’ yang melekat sehingga sekarang termasuk kanak-kanak sekalipun mengenalinya.

Mengenai pendidikannya, Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka.

Bapanya, merupakan keturunan Raja Jembal, lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama dan terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Nusantara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Aminah Majid.

Pada masa itu juga, Nik Aziz berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Datuk Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) mengenai ilmu Fekah.

Nik Aziz sewaktu berusia 9 tahun pula, dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu.

Beliau menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Nik Aziz  masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih berusia darinya.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Kemudian beliau juga menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan pelbagai lagi.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah.
Kemudiannya, pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir sebelum menyambung pelajaran pada tahun 1958 di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan Pengajian Hahasa Arab.

Selepas itu, beliau terus menimba ilmu menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama dua tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanah air Februari
1962.

Pada usia 34 tahun (1962), beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu.

Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Pada tahun 1962 juga beliau membuka sekolah yang diberi nama sebagai Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka dengan menggunakan tanah wakaf diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom.

Beliau juga pada sebelah petang dan sebelah pagi berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin.

Manakala pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama  dua tahun sebelum meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu pada 1 Januari 1964.

Menyentuh mengenai dunia politiknya pula, Nik Aziz mula  menjadi ahli Pas sejak tahun 1967 dan pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa).

Selanjutnya, pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Adun  Semut Api. Kemudiannya, pada tahun 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat sehingga tahun 1995 kemudian dilantik sebagai Mursyidul Am
Pas mengambil alih amanah ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990 dan di sinilah bermulanya era kepimpinan ulama.

Tok Guru seorang pemimpin yang sangat petah bercakap kerana setiap yang dituturkannya mahupun  perumpamaan yang digunakan dalam ceramah mahupun kuliahnya mudah untuk difahami.

Dialek Kelantannya yang pekat dan juga  bait-bait ayat digunakan dalam setiap tutur bicaranya dapat memikat hati para pengikutnya dan ia mudah melekat dalam sanubari apatah lagi ketika sesi kuliah mingguan pada hari Jumaat di adakan di Dewan Zulkifli Muhammad
Bangunan Pas.

Perkongsian minda beliau bukan sekadar dimanfaatkan oleh penyokong tempatan bahkan bahan  kesetnya (rekod ceramah ketika itu) tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand sehinggakan menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi. 

Tidak terhenti di situ sahaja, biarpun sudah tidak menjadi menteri besar lagi selepas melepaskan jawatannya selepas PRU13 dan dalam keadaan kesihatan agak tidak berapa elok beliau masih lagi meneruskan ceramah biarpun tidak secara tetap.

Di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan  Tok Guru.

Ketika era pentadbirannya juga Nik Aziz adalah seorang yang hebat kerama kehebatan yang dikurniakan ALLAH  SWT kepada Mursyidul Am Pas itu tidak dapat dinafikan apabila pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak)  dan  menganugerahkan beliau sebagai
Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada 2009, beliau antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015