Jika kita adalah seorang pengguna tegar suplemen Shaklee, xsah kalau kia tak kenal dengan pengasas pertama Shaklee nih. Tak lain tak bukan dialah Dr Forrest C.Shaklee.
Dr. Forrest c.Shaklee |
Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November 1984 di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun
Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana merek percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
Kepercayaan orang tuanya dalam hal-hal alam menyebabkan mereka berpindah ke utara di mana tanah yang subur menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang berkualiti. Mereka mengamalkan makanan hasil daripada ladang.
Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal.
Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.
Dr Shaklee berkata peningkatan kesihatan beliau bukanlah satu penyembuhan ajaib tetapi ia berlaku secara semulajadi dan perlahan serta berkaitan dengan pemakanan yang baik , persekitaran yang sihat dan senaman.
Dr Shaklee memutuskan untuk mengkaji perubatan dan mencipta produk berasakan alam semulajadi kerana keinginannya untuk membina kesihatan seperti kata-katanya:-
"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan tetapi kita adalah dalam dua bidang yang terpisah yang diceburi. Mereka dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk membina kesihatan. "
Dr Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia , falsafah dan ketuhanan. Shaklee menghabiskan banyak masa di lapangan baru diagnosis X -ray. Bahaya pendedahan berlebihan tidak diketahui sepenuhnya pada masa itu. Pada tahun 1921 beliau bimbang tentang luka bakar ulserasi parah di pinggang kiri dan bahu kiri. Shaklee berjumpa dengan pakar kanser di Chicago, yang disahkan kanser. Diagnosis disahkan di Klinik Mayo di Rochester, Minnesota.
Dr. Shaklee tidak mengaku kalah dan bertekad untuk terus sembuh demi masa depannya. Dr. Shaklee memulakan program intensif pemakanan dan membuat analisis darah. Dengan hanya makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran dan ditambah diet dengan kuantiti yang banyak vitamin dan mineral, luka ulserasi menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. Dr. Shaklee yakin bahawa penyembuhannya bergantung kepada sikap positif, kesihatan mental dan nutrisi yang tepat.
Pada akhir tahun 1922, luka mula sembuh dan telah digantikan oleh tisu yang sihat . Kekuatan dan tenaga beliau juga kembali dan memberi keyakinan tentang pemakanan kesihatan. Shaklee memutuskan untuk menumpukan usahanya untuk penyelidikan pemakanan. Beliau memberi tumpuan kepada membina kesihatan yang baik daripada merawat pesakit yang sakit. Beliau memindahkan keluarganya ke Eugene, Oregon dan kemudian ke Oakland, California.
Pada tahun 1955, Dr Shaklee , yang pada ketika itu berumur 62 tahun menyatakan hasrat kepada dua orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Lee keinginannya untuk merubah masyarakat dalam meningkatkan kualiti pemakanan . Dia ingin memulakan perniagaan untuk mengedarkan makanan tambahan. Pada tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan untuk memberi makanan terbaik di dunia.
Melalui kajian, pengalaman dan pengetahuan inilah bermulanya jualan langsung produk shaklee untuk mendidik pengguna tentang pemakanan tambahan semulajadi dan menjadi tugas pengedar sah Shaklee kini untuk menyebarkan kebaikan Vitamin Semulajadi yang diasakan lelaki hebat ini.
Ingin menjadi salah seorang keluarga hebat kami? Ikuti langkah ini:-
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073
Tiada ulasan:
Catat Ulasan