"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 20 Januari 2015

Putrajaya Yang Cantik dan Tenang

Pada hari minggu yang lalu, sempat jue bawa anak-anak pergi jalan-jalan ke Putrajaya. Kesian sangat dengan diorang tak da apa-apa aktiviti yang boleh dibuat di hujung minggu. Papa pula dah lama outstation, tuntutan kerja memang kadang-kadang banyak menguji kesabaran. Pengorbanan memang terlalu besar untuk dilaksanakan. Walaubagaimanapun, kerja adalah tanggungjawap yang harus ditunaikan. Redha itu lebih baik.


Ok pada pendapat jue putrajaya memang sangat cantik, landskapnya yang moden tapi tenang amat mendamaikan. Contohnya di Taman Botani, ramai yang berkunjung ke sana untuk berkelah, siap bawa bekal lagi. Walaupun cuaca panas terik tetapi ia bukan alasan buat mereka beriadah. Rasa macam rugi pula tak bawa bekal sendiri, so bila kami lapar mulalah kepenatan sebab kat Taman Botani tu hanya ada satu je restoran makanan laut. So macam xselera sangat makan makanan laut di tengah2 cuaca panas ni kan.

Hai kawan-kawan

Taman Botani Putrajaya

My small family



Jadi kami decide untuk pergi ke tempat yang lebih selesa untuk makan. Tempat kedua yang kami pergi hari tu adalah di masjid putrajaya. Di situ ada food court yang dikenali dengan Medan Selera Putra. Banyak juga pilihan makanan yang ada. Kebetulan perut sangat lapar dan tekak ni memang nak makan nasi berlauk je, jadi memang tumpuan kami mencari restoran makanan berlauk ajelah. ..Nama gerai yang kami singgah makan rasanya nelayan restaurant kot..agak2 je sebab ingat2 lupa pula hihi..

Lepas makan baru ada feel nak bergambar. Jadi jom layan gambar2 kami di sana.

Adik Merajuk xnak kawan Mama

Merajuk lagi adik nih hehe




Cantik kan Masjid ni

Nice view

Nak Selfie di tengah2 terik matahari


Ada lagi perkara belum cuba di Putrajaya, iaitu menaiki Cruise. InshaAllah ada peluang nak naik cruise di sana.

Sekian...

Junaidawati
Pengedar Shaklee Terbesar di Kajang.
019-9895564
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015