"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Ahad, 11 Januari 2015

10 Pantang Larang Ibu Lepas Bersalin

Selalunya waktu berpantang adalah waktu yang paling mencabar dan membosankan bagi ibu yang baru lepas bersalin. Hal ini kerana banyak perkara atau aktiviti perlu dibataskan demi menjaga kesihatan untuk mendapat kesembuhan yang lebih cepat. Antara pantang larang yang biasanya ibu lepas bersalin perlu ikut adalah ;


1) Tidak boleh makan Ubi-ubian
Ubi-ubian sperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielak sama sekali kerana makanan ini boleh menganggu sistem pencernaan yang mana ia akan menyebabkan si ibu menghidap kembung dan sakit perut. Malah bukan setakat itu, penyakit yang berkenaan juga boleh berjangkit kepada bayi yang sedang menyusu.

2)  Pastikan selalu memakai sarung kaki
Dah jadi macam satu 'trademark' pula. Tapi sebenarnya ia memberi manfaat besar iait mengelakkan kaki dan tubuh tidak masuk angin. Kalau angin dah masuk, mulalah badan sengal-sengal dan menjadi lemah.

3) Tidak boleh terhantuk ibu jari kaki
Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan ibu jari kaki itu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan.

4) Jangan terlalu aktif
Kalau boleh jangan banyak sangat bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat secukupnya.

5) Jangan tidur tanpa berlapik
Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras kepala semasa berbaring. Selain punca sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin akan menyebabkan darah kotor susah keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan.

6) Jangan sesekali duduk mencangkung
Dibimbangi posisi ini akan menyebabkan rahim yang masih lemah it terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

7) Mandi duduk dibangku
Sebaik-baiknya mandi dengan duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk adalah disarankan berbanding berdiri si ibu yang masih lemah tak perlu menggunakan banyak tenaga.

8) Rapatkan kaki semasa tidur
Satu cara untuk cepatkan penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur. Jangan tidur mengangkang.

9) Jangan tidur di waktu matahari naik
 Tidur ketika matahari tengah naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.

10) Jangan tidur atau keluar rumah pada waktu senja
Waktu senja adalah waktu syaitan berkeluaran.

Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015