"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 20 Januari 2015

5 Petua dan Tips untuk Cerai Susu cara mudah.

Bila anak kecil mula menginjak umur ke 2 tahun, jue dah terfikir tips apa yang boleh jue lakukan agar dapat ceraikan susu badan dengan adik. Agak lama juga jue ambil masa untuk betul2 nekad. Bukan apa kalau boleh bila nak berhenti biar terus berhenti tak nak ada rasa simpati atau kesian yang boleh membuatkan misi untuk menceraikan susu badan tidak berjaya. 


Bagi anda ibu-ibu yang ingin mencuba beberapa petua yang jue cari dari google ini boleh lah cuba. Walaupun jue xguna satu pun petua ini tetapi mana tahu ia membantu ibu-ibu semua. Kadang2 anak ni xsama perangainya, ada yang boleh dikawal ada yang sukar. Ada yang akur je arahan ibu, ada yang bijak pula pandai buat-buat xfaham kalau ibu kata xboleh 'nenen' lagi..hehe Apa-apa pun terplang pada cara masing-masing.

Sebelum jue cerita bagaimana cara jue cerai susu atau "wean off" ni, jue nak listkan 5 petua yang boleh membantu ibu-ibu yang kehilangan idea untuk ceraikan susu badan.


1) Menggunakan Asam Jawa


Cerai susu badan guna asam jawa ni mengambil sedikit masa kerana asam jawakan masam je, so untuk anak-anak yang tak kisah dengan rasa masam, they just enjoy the milk.

Asam Jawa

Caranya : sapu asam jawa pada puting payudara setiap kali anak ingin menyusu badan.

2) Letak serbuk kopi atau nescafe

Boleh pilih salah satu serbuk kopi atau nescafe untuk disapu pada puting payudara anda setiap kali anak anda ingin menyusu. Rasa pahit serbuk kopi atau nescafe membuatkan anak anda serik untuk menyusu lagi.



3) Guna Syrup pekat

Sekiranya tak berjaya jugak untuk anak anda cerai susu badan menggunakan 2 cara di atas, jom cuba cara ketiga ni. Cara  cerai susu badan kali ni melibatkan air sirap pekat. Cara cerai susu badan ni, lebih kepada menakutkan anak-anak untuk meneruskan penyusuan. 


Sapu air sirap pekat dikawasan puting dan keliling puting payudara. Sapu air sirap tu sampai nampak begitu menakutkan. Macam darah pekat. setiap kali anak ingin menyusu, pastikan seperti berlumuran darah.

To make it more real, boleh la nak berlakon menangis sket. Budak-budak risau bila tengok ibu mereka menangis ni dan kesian kat ibu, terus tak jadi menyusu.

4) Lipstik yang merah menyala

Boleh juga guna lipstick merah menyala untuk disapu pada payudara sebagai salah satu cara untuk anak cerai susu badan. Sama konsep seperti menggunakan air sirap pekat tadi tetapi, kita perlu sedikit hati-hati menggunakan lipstick ni. Memang tidak dinafikan nampak sangat real macam darah, tetapi lipstick agak berbahaya jika anak kita makan banyak sangat.


Walaubagaimanapun, cara cerai susu badan menggunakan lipstik merah menyala ni biasanya berjaya. Mungkin disebabkan faktor menakutkan dan rasa susu yang tak sedap.

5) Guna Batang Wali

Pahit sangat! Batang wali ni memang sangat pahit. Kesian jugak nak guna cara cerai susu badan guna batang wali ni. Bukan setakat susu badan sahaja anak akan rasa pahit, malah makanan lain yang dia makan pun turut terasa pahit. 

Batang Wali

Pada saya, as a last resort boleh la guna cara cerai susu badan ni. Tak sampai hati pulak nak aplikasi walaupun cara cerai susu badan ni memang berkesan sangat.  Mostly, ibu -ibu yang cuba cara cerai susu badan ini memang memberikan maklumbalas yang positif.

Selesai 5 petua.

Tetapi jue lebih prefer anda guna cara Psikologi je dengan anak-anak ni. Petua di atas boleh digunakan jika cara psikologi anda tak menjadi. Tapi kebanyakkan ibu yang guna kaedah psikologi ni lebih membuatkan anak-anak menjadi lebih bijak tau.


Jue xsempat guna kaedah atau 5 petua di atas kerana jue cuba pendekatan psyco ni dulu. Apa yang jue buat adalah seminggu sebelum nekad cerai susu tu, jue akan cakap hari2 kat adik yang dia dah besar xperlu nenen lagi. Mula-mula cakap dia marah, nak nangis tapi xsangka bila hari2 duk membebel beritahu dia yang dia dah besar dan pandai jadi xperlu susu nenen lagi, dia seolah-olah faham dan akur walaupun hakikatnya dia nak.

Bila jue dah hari2 beritahu adik, jue decide dan bertekad beritahu dan bertindak pula. Masa ni memang penuh emosilah. Emosi tu bukan dari adik tapi jue sendiri yang rasa sedih sangat dan kesian teramat. Tapi alhamdulillah bila kita dah tanam niat bertekad untuk kuat semangat, kita boleh lakukannya dengan mudah.

First day tu agak payah juga nak tidurkan adik, hampir 3harilah tidurkan dia sambil dodoi atas pangku. Adik faham dan ikut cakap jue, tapi dia nak dipeluk je 3hari berturut2 tu, ikutkan ajela bukan lama pun 3 hari je, lagipun bila dia lena boleh je letak atas bantal. Mudah je rasanya, lagipun xperlu masa yang lama pun untuk tidurkan adik. Yeah! misiku berjaya.

Walaubagaimanapun, kadang2 adik teringat jugak kat 'nenen' hehe..biasalah bukan mudah kan. yang penting kita sabar je karenah dia. Pernah satu malam dia peluk jue dan cakap dengan suara yang agak sedih " ica dah besar dah xbuleh nak t_k lagi'. Adoi touching mama adik oii. Tapi kuatkan semangat juga dan cakap lica pandai sangat sebab tu mama sayang..sambil kiss dia.

Akhirnya dah hampir 2 minggu adik wean off alhmdulillah.



Sedikit tips untuk anda menjayakan misi secara psyco ini;-


1. kalau anak mintak susu badan, cuba tangguhkan sikit, contohnya ajak dia tengok tv ke, ajak dia melukis ke, bagi dia leka sekejap. Dan lepas t siapkan susu terus dan ajak dia minum susu susu botol. Alhamdulillah teknik ni jue buat berjaya.2. kalau dah besar mcm adik, bagitau sebab2 tak boleh dah nak susu badan, budak besar camtu senang faham, mula2 nangis tu biasa la kan?3. pastikan sebelum tidur tu anak dah kenyang supaya dia tak bangun menyusu malam24. mintak tolong suami bangun malam bancuhkan susu, suami pon kena mainkan peranan pujuk anak & buat anak faham. Kalau suami bekerja macam jue ni rajin2lah buat sendirik ye hihi5. parents kena kuat semangat & jiwa kental!! kena ada positive mind set...cakap dgn diri "yakin boleh!"
Ok itu sahaja petua dan tips yang jue dapat kongsikan dengan anda semua. Semoga anda berjaya melaksanakan misi itu ok. 


Good Luck,
Love u all readers :)

Junaida Watie
Ibu Berjiwa Kental
019-9895564
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015