"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 20 Januari 2015

Kesan Resdung Yang Tidak Dirawat

Resdung atau Sinus adalah suatu penyakit biasa yang boleh menjadi luar biasa jika tidak dirawat dan dikawal. Jika kita merawat inshaAllah ia tidak akan bertambah teruk malahan akan bertambah baik, sebaliknya jika dibiarkan pastinya ia akan lebih parah. Lebih menakutkan resdung yang kronik itu boleh menyebabkan jangkitan pada otak yang mana ia boleh membawa MAUT!


Rawat Sebelum Terlambat


Secara amnya, resdung atau sinusitis merupakan satu masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang normal, ujian tersebut akan mendapati bahawa 8 dariapda 10 orang tersebut ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu akan apa-apa rawatan. Di Malaysia, dianggarkan bahawa antara 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini mengalami masalah resdung. 


Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan dan ramai yang tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala sinusitis yang mereka alami hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa sahaja.


Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis adalah satu penyakit yang sukar untuk diatasi dan dihadapi oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, resdung atau sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi dinding ruang sinus. Ruang-ruang sinus pula merupakan beberapa ruang kosong yang berisi udara dan terletak di tengkorak di bahagian muka. Ruang tersebut turut diselaputi dengan mucus atau lendir dan mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung. Dan punca berlakunya keradangan sinus selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, alergik atau masalah system imun badan seseorang itu.

Ruang sinus kita secara semulajadinya diselaputi oleh mukus (hingus) sebagai satu bentuk perlindungan supaya dapat memerangkap benda asing seperti debu daripada terus memasuki ruang tekak dan pernafasan kita. Maka, mukus yang terkumpul ini berada di dalam saluran hidung supaya ruang sinus tersebut sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan mucus tidak mengalir keluar. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.

Pesakit resdung atau sinusitis juga akan menjadi lebih sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutamanya cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus. Pengidap resdung biasanya akan selalu mengalami gejala selsema seperti masalah hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Hal ini banyak berlaku terutamanya pada waktu pagi. Pesakit turut akan merasakan tekak mereka bagai dipenuhi dengan kahak dan nafas mereka akan menjadi berbau apabila dijangkiti kuman.

Antara Kesan-kesan yang akan dialami jika Resdung tidak dirawat dan dikawal adalah :-

Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada pengidapnya sama ada kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Kesan Resdung kepada Kanak-kanak
Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah masalah resdung boleh merebak ke dalam mata sehingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Di dalam kes yang sangat kronik, resdung boleh menyebabkan mata menjadi buta.


Memberi kesan pada mata


Kesan Resdung kepada Dewasa
Resdung yang kronik boleh menyebabkan nanah bertakung di dalam ruang sinus frontal. Jika nanah dari sinus frontal tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi dengan bakteria. Risikonya ialah bakteria tersebut boleh memasuki otak pesakit dan menyebabkan jangkitan di otak atau meningitis dan jika dibiarkan, boleh menyebabkan kematian di dalam kes-kes yang ekstrem.


Sayangi Nyawa Anda


KAEDAH MENCEGAH KERADANGAN RESDUNG

  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  3. Sering membersihkan karpet atau permaidani, seeloknya gunakan penyedut hampagas
  4. Pakailah penutup hidung ketika mengemas rumah bagi mengelak dari terhidu habuk
  5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak pada setiap hari
  6. Selalulah mengelap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam
  7. Elakkan memakan makanan laut yang gatal-gatal seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
  8. Makan suplemen alfafa complex, b complex dan vitamin C. Bagi kanak-kanak berikan mealshakes, chew vita c dan omegaguard.

Set Resdung Shaklee

Set Resdung Bagi Dewasa

                                              



Testimoni pengguna alfafa
Add caption
Alhamdulillah  resdung kronik sembuh


Alhamdulillah set resdung memberi kesan positif padaa Hani nadhirah


Ok, jue mendoakan anda yang mengalami masalah resdung ini cepat-cepatlah berikhtiar untuk mengawal dan mengawal resdung sebelum ia Parah menyerang anda. 

Jue boleh bantu anda inshaAllah dengan izin dariNya dengan membekalkan suplemen Shaklee. 

Boleh runding harga :)

Sekian



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015