"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Khamis, 22 Januari 2015

Resepi Pisang Goreng Cheese Ku

Malam ni nak saya nak kongsikan satu resepi yang tengah hot sekarang. Makan pun xjemu-jemu aih sedak pepalih orang Pahang kata. 

Ok resepi ni jue dah try buat di rumah tapi segan nak tangkap gambar hihi sebab rasanya je yang sedap gambar pisangnya agak lembik sedikit hehe. Lepas ni nak try guna pisang berangan yang sedang2 xmasak sangat. Silap pilih pisang haritu. Tapi yang bestnya walaupn lembik tetap laris dimakan oleh jue dan adik jue. hihi memang jenis ketagih pisang cheese kitaorang nih.


Ok ni resepi yang jue buat, ambil resepi dari google juga nih. yang penting tepungnya memang rangup dan cheesenya menjadi.

Pisang Berangan yang tidak beberapa masak sangat
Tepung gandum 4 sudu besar
Tepung beras 2 sudu besar
Telur sebiji
Butter 1 sudu besar
Air masak
sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Nak cantik letak serbuk kunyit atau pewarna kuning sedikit


Bahan2 topping :
Cheese  diparut
susu pekat / gula perang / gula melaka yg diparut

Cara-caranya :

Campurkan tepung gandum, tepung beras, air secukupnya, kacau hingga kelihatan sebati dan pekat. Kemudian campurkan telur dan garam dan butter. Kacau hingga rata.

Kemudian, belah pisang tersebut dan siap sedia digoreng seperti biasa. Setelah siap digoreng, toskan dan boleh letak bahan2 topping.
ok dah siap boleh dihidang dan dmakan.

kat bawah ni gambar pisang cheese yang jue beli di jengka dan di kajang. Di jengka sangat sedap dan murah hanya rm2 pisang goreng cheese biasa. Yang ada coklat baru rm5.

Pisang Goreng Cheese Coklat di Jengka hanya RM5

Tapi kat kajang ni yang biasa pun dah rm5. Yang ada coklat lagilah dekat rm10..hamikk kau. mahal tul. 

Yang ni di Kajang bandar teknologi RM5 yang cheese biasa..huhu rasanya jauh lagi sedap yang jengka punya..hihi tapi tetap habis seba dah memang hantu pisang goreng cheese

Nak senang beli buah pisang kita buat sendiri. Lagi puas hati nak makan kan. Hehe

Selamat Mencuba ye!


Junaidawati
SID Shaklee Selangor
COD Kajang, Semenyih dan area terdekat Bangi
019-9895564


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015