Assalamualaikum
Hari ni nak berkongsi dengan semua yang membaca entri ini iaitu berkenaan dengan tips nak banyakkan susu ibu. Pengalaman sendiri, memang tertekan masa awal-awal berpantang kerana kekurangan susu badan. Namun kukuatkan semangat untuk terus berjuang mencapai misi untuk menyusu bayi keduaku sepenuhnya hingga 2 tahun setengah.
Sekarang bayi dah besar dah setahun 4 bulan pun dan alhamdulillah masih lagi mampu memberikan susu ibu sepenuhnya padanya. Apa agak-agak rahsiaku yang menyebabkan masih lagi boleh memberi susu badan sepenuhnya pada anak kedua ku ini? Pertama mungkin kerana kerjayaku sebagai surirumah yang tak perlu berjauhan dengan anak, tapi zaman sekarang dah canggih pelbagai jenis pam yang bagus-bagus boleh membantu ibu bekerja menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun setengah.
Kedua, mungkin aku dikurniakan dengan sikap yang tidak mudah berputus asa dan ingin mencuba selagi boleh. Ketiga aku mengambil suplemen kesihatan yang membantu memperbanyakkan susu ibu disamping menjaga kesihatan badan agar tidak lesu sepanjang proses penyusuan.
Kita beralih pula pada tips yang ingin kukongsikan dengan pembaca-pembaca, jom baca tips di bawah;-
- Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
- Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
- Banyakkan makanan berprotein.Protin penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan protin diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu saya sangat suka dgn ESP (energizing soy protin).
- Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam
- Minum air asam jawa direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping.
- Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
- Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
- Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
- Makan lebih sayur-sayuran terutamanya sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang.
- Ambil Vitamin untuk Membantu menyokong memperbanyakkan susu.
- Selalu membaca doa untuk perbanyakkan susu ibu.
Doa Minta diperbanyakkan susu untuk bayi |
Akhir kata, jangan lupa menadah tangan memohon dariNya kerana susu ibu itu rezeki dan rezeki itu hak Allah. Sedikit atau banyak titisan susu ibu yang mengalir,hanya Dia yg menentukannya. Elakkan mengeluh kerana mengeluh itu menjauhkan dari rahmat Allah.. Banyakkan bersyukur dan beristigfar. Dan ingatlah perjalanan penyusuan setiap ibu itu berbeza. Saya doakan yang terbaik utk semua ibu-ibu di luar sana.. Dan moga ada rezeki tertulis utk saya melalui perjalanan yg indah itu sekali lagi. kerana hanya Dia yg mengetahui yangg terbaik buat saya dan anda semua ameen.
Jika anda berminat dgn pengambilan supplemen, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.
* Lengkap dengan protin , 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *
Tak percaya?. Sila baca
Syukur stok dah banyak |
Wow banyak susunya tu |
Testimoni ke 3 |
Testimoni set menyusu Shaklee |
Testimoni ke 5 |
jika berminat hubungi saya yer
I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073
Tiada ulasan:
Catat Ulasan