"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 19 Julai 2014

Shaklee Bukan Produk Israel_Disahkan oleh Shaklee Corporation

Perkembangan teknologi komunikasi sekarang memudahkan sesuatu cerita yang palsu disampaikan kepada beberapa golongan tertentu. Teknologi yan sepatutnya digunakan untuk berkongsi kebaikan telah disalahgunakan demi kepentingan sendiri. Terbaru heboh mengatakan yang Shaklee ni Produk Israel dan Shaklee Menyokong Israel. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk mereka dengan menyampaikan cerita ini.

announcement from Shaklee
Hari ini kami mendapat pengumuman rasmi dari Shaklee yang Shaklee tidak menyokong Israel. Link Keneseth Israel heboh diviralkan merupakan sebuah Non Profit Organization yang menyalurkan bonus dari Shaklee kepada mereka hasil dari pembelian produk Shaklee dari mereka untuk disumbangkan kepada Israel. Jadi ianya merupakan sumbangan peribadi dari organisasi tersebut. Jika anda buka link tersebut ianya akan direct ke web independent distributor & bukannya website Shaklee. Shaklee memang tiada hak untuk larang ke mana duit bonus pengedar hendak salurkan.

Sama juga seperti kami pengedar-pengedar Shaklee di Malaysia, duit bonus yang kami dapat hasil jualan produk-produk Shaklee kami sumbangkan kepada Palestin. Jadi, itu hak kami dan terpulang pada kami nak buat apa pun dengan duit duit bonus itu. Umpama anda bekerja di sebuah sayrikat. Syarikat tersebut bayar gaji anda setiap bulan, jadi jika anda nak salurkan wang gaji anda ke Palestin pu  ianya hak peribadi anda. Jika anda nak salurkan wang gaji anda untuk membeli produk-produk Israel pun syarikat tempat anda bekerja tiada hak untuk melarang.

Dengan pengumuman rasmi  dari  pihak Shaklee ini, organisasi Keneseth Israel tersebut juga telah disarankan untuk menukar logo rasmi Shaklee kepada logo independent distributor. Alhamdulillah dapatlah menutup desas desus di sana sini. Semoga Alllah mengampunkan dosa-dosa mereka yang menyebarkan cerita yang tidak benar ini.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu  tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kaum menyesali perkara yangbkamu lakukan".

Sebelum kami menyertai Shaklee, sudah tentu kami dah kaji dulu benda-benda ini. Tidak sanggup kami mengkhianati saudara Islam kami sendiri.Nauzubillah, jika ada yang ingin bertanya lanjut mengenai isu ini boleh ajukan terus diShaklee Corporation
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015