"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Rabu, 9 Julai 2014

KESAN BURUK VITAMIN SINTETIK TERBONGKAR!

Sejarah bermulanya pengeluaran vitamin sintetik

Pada tahun 1930-an, multivitamin boleh didapati di kedai-kedai dan farmasi. Pada masa itu, vitamin adalah semulajadi iaitu diperbuat daripada sumber botani yang dikeringkan, dan di kompreskan. Kemudian pada 1940 an, sesetengah jenama mula mengeluarkan vitamin sintetik, dan disinilah segalanya bermula.

Apabila  semua orang menyedari kepentingan mengambil vitamin untuk membolehkan mereka hidup lama, sihat, cergas, mereka begitu teruja, naif, tidak ada ilmu hingga tidak menyedari jenama hebat yang mereka pilih itu sebenarnya menyumbang kepada penimbunan toksin sintetik ke dalam tubuh!

Vitamin2 itu bertukar menjadi bahan mutagenik dan karsinogenik yang meracun tubuh lalu menyebabkan penyakit dan gangguan seperti atritis, osteoporosis, tulang rapuh, kanser dan Alzheimer.

Vitamin sintetik dan kesannya
Multivitamin- terutamanya yang boleh kunyah 'chewable' diperbuat daripada aspartame, iaitu bahan utama penyebab fibromyalgia dan IBS (irritable bowel syndrome).

Vitamin B12 sintetik- diperbuat daripada activated sewage sludge! ok, baik sikit, cyanobalamin. Iaitu sisa kumbahan atau hati lembu yang bertoksik. Hati lembu penuh toksik sebab ia diberi steroid, antibiotik dan pestisid. Pestisid pula datang dari rumput GMO yang di makan oleh lembu. Lembu pula tinggal di dalam CAFO (Confined Animal Feeding Operations) di mana lembu-lembu itu sering sakit, pengsan, dan menunggu mati!

Vitamin B sintetik juga datang dari tar batu arang, produk petrokimia yang boleh menekan sistem saraf pusat dan penyakit sistem pernafasan.

Vitamin A sintetik- daripada minyak hati ikan yang dipenuhi toksin seperti PCB dan merkuri. kajian menunjukkan 8% insiden serangan jantung yang membawa maut, strok, kanser paru2.

Vitamin C sintetik- daripada campuran asid yang boleh merosakkan salur penghadaman. Ia hanyalah "chemical copy" di mana mereka mencampurkan sebatian A + sebatian B = Vitamin C..Apabila kita menelan vitamin C sintetik itu, ia samalah seperti kita makan MSG (monosodium glutamat) atau aspartame yang boleh  menyebabkan kanser!

Vitamin D sintetik- ia sangat bertoksik dan boleh menyebabkan pelupusan mineral dalam peparu, jantung dan buah pinggang..sebab ia diperbuat daripada sisa petroleum, tar batu arang, dan ia mungkin mengandungi foamaldehid dan racun ammonia!!

Ketahuilah, apa yang terkandung di dalam vitamin bukan-organik selalunya bahan2 terubahsuai genetik (GMO), pestisid, sisa haiwan, patogen, bahan buangan usus (najis), kimia yg boleh mengubah hormon, kumbahan toksin, buangan rumah penyembelihan, aditif, pengawet dan produk kimia sampingan.

Sudah semestinya kita berfikir banyak kali sebelum membeli vitamin sintetik. Ini baru vitamin, anda bayangkan bagaimana dengan ubat-ubatan yang berlambak-lambak di pasaran. Dari mana dan bahan apa yang terkandung di dalamnya, saya jamin ia bukannya baik, malah boleh beri kesan sampingan yang buruk seperti penyakit 3 serangkai dan sebagainya..


Antara organ yg mudah terkesan oleh bahan2 sintetik ni adalah buah pinggang. Konsep vitamin sintetik ni sama dgn ubat-ubatan la..sbb tu bila amik ubat,,ada dos tertentu dan kna berpada-pada amik bila perlu. Dan air kena minum banyak. Sebabnya, buah pinggang yg akan bertugas untuk menyingkirkan bahan sintetik yg tidak larut dlm badan kan. Jadi bila banyak bahan sintetik dalam badan, mmg buah pinggang kena bekerja dgn kuat. Kan biasa kita dgr org yg slalu makan pain killer senang je dpt sakit buah pinggang kan.huhu..takut jadi hati-hatilah memilih vitamin.

Sumber rujukan; kesan buruk vitamin sintetik
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015