"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Isnin, 12 Januari 2015

Kepimpinan Melalui Tauladan

Masih ingatkah kita dasar yang pernah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir berkenaan dengan kepimpinan yang boleh dijadikan contoh pada pekerja-pekerja mahupun orang ramai? Dasar yang dimaksudkan adalah "Dasar Kepimpinan Melalui Tauladan".



Pada 19 Mac 1983, konsep Kepimpinan Melalui Teladan diperkenalkan. Tujuan kempen ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota Kerajaan Malaysia. Matlamat kempen ini pula adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mengamalkan perkhidmatan yang Bersih.


'Kepimpinan adalah kebolehan untuk memimpin diri, keluarga dan persekitaran serta dapat mempengaruhi orang bawahan ke arah mencapai matlamat yang diinginkan. Kepimpinan juga bergantung kepada kuasa, hak dan karisma yangada padanya untuk mempengaruhi tingkah laku orang bawahan dan/atau sekelilingnya.’

Yusof Ismail & Khayati Ibrahim (1996) 


Ia diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat-sifat kepimpinan yang berkesan untuk dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan anggota kerajaan Malaysia.



CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG BAIK


1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

2. Memiliki sifat jujur, amanah, adil, sabar,dedikasi dan proaktif.

3. Memiliki keadaan fizikal yang sihat sesuai dengan tugasnya.

4. Berpengetahuan luas.

5. Penuh keyakinan/percaya kepada diri sendiri.

6. Mengetahui dengan jelas sifat hakiki dan kompleks daripada tujuan yang hendakdicapai.

7. Memiliki stamina (daya kerja) dan semangatyang besar.

8. Gemar dan cepat mengambil keputusan.9. Dapat menguasai emosi dan lebih banyak menggunakan akal.

10. Menguasai prinsip-prinsip perhubungan manusia.11. Menguasai teknik-teknik berkomunikasi.

12. Dapat dan mampu bertindak sebagai penasihat.

13. Mempunyai gambaran menyeluruh tentang semua aspek kegiatan organisasi.


Peranan Pemimpin


1. “Mengislahkan” masyarakat;

2. Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran;

3. Memelihara nilai kemanusiaan;

4. Memakmurkan muka bumi;


 Ramai manusia bertanya dari mana falsafah “KEPIMPINAN MELALUI TELADAN” yang dicetuskan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir?


Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”(Al-Ahzaab, ayat 21) 


 “KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN”   diperkenalkan Dr M  supaya semua ketua menjadi contoh kepada orang lain.Namun amat sedikit ketua jabatan kerajaan dan swasta mempraktikkan falsafah tersebut.Ada ketua yang masuk pejabat jam 10 pagi,ada yang curi tulang,ada yang makan gaji buta,ada yang pandai menyuruh orang lain buat tapi diri sendiri tak buat kerja.


Kepimpinan Melalui Taladan


Sabda Rasulullah SAW:
“Tiap-tiap penguasa yang diserahi memimpin kaum muslimin tetapi tidak bekerja   bersungguh-sungguh dan tidak memberikan petunjuk-petunjuk maka tidaklah pemimpin itu akan masuk syurga seperti kaumnya.”


(Riwayat Muslim)


Sabda Rasulullah SAW:


“Tiap-tiap seorang kamu adalah pemimpin. Justeru, itu kamu adalah bertanggungjawab terhadapmereka terletak di bawah pimpinan kamu. Ketua Negara (al-Imam) adalah bertanggungjawab darihal rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya darihal kepimpinannya”.


(Riwayat Bukhari)


“Mentadbir ialah dengan tujuan untuk memperbetulkan sesuatu kesilapan. Sekiranya kamu menunjukkan tauladan yang betul, maka tidak sesiapa pun yang berani membuat kesilapan.”

(Kung Fu-tze) 


“Jika seseorang bercita-cita untuk menjadi pemimpin, ia menginginkan tugas mulia. Seorang pemimpin hendaklah mempunyai sifat-sifat yang tidak tercela, suami kepada seorang isteri, sederhana, munasabah, murah hati, seorang guru yang bijak, bukan seorang pemabok, baik hati dan tidak kejam, tidak suka bergaduh dan tidak cintakan wang.”

(I.Timothy 3 : 1 - 7)


SLOGAN KEPIMPINAN MELALUI TELADAN  mengajar kita agar sentiasa menjadi contoh terbaik.Jika ibu bapa mengamalkan bercakap benar dan tidak berbohong,maka anak-anak pun sentiasa benar dan tidak berbohong.Jika guru sentiasa ikhlas mengajar murid-murid,maka murid-murid pun ikhlas belajar.Jika  seorang  YB  sering turun padang melawat kawasan,JKKK dan ketua kampung pun rajin menjengah hal ehwal rakyat.



Jadi, sebagai manusia, Kepimpinan Melalui Tauladan perlu dipraktikkan hingga untuk mewujudkan rakyat yang berdisiplin, beretika, serta bertindak yang baik untk memberikan contoh terbaik buat pengikut-pengikutnya. Jika anda seorang ketua atau pemimpin anda perlu amalkan dasar ini agar boleh ditauladani oleh pekerja atau orang di bawah tanggungan anda. Respect dengan Tun dr Mahathir yang mewujudkan dasar ini kepada kita. Perlu diambil kira dan dipraktikkan agar kita menjadi negara yang maju selaras dengan Dasar Pandang ke Timur, Bersih, Cekap dan Amanah dan Penerapan nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran.

Sekian..


Junaidawati

Leader dalam Shaklee019-9895564 

sid Selangor


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015