Saya percaya ramai ibu-ibu hamil yang keliru ingin memilih jenama apa untuk persediaan selepas bersalin. Terlampau banyak pilihan kadang-kadang membuatkan mereka jadi rambang mata. Cara terbaik adalah dengan membuat survey dan kaji kelebihan setiap produk. Paling penting adalah produk tersebut selamat dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh memudaratkan ibu-ibu selepas bersalin.
Sebagai panduan untuk memilih set bersalin yang selamat, berkesan dan semulajadi adalah seperrti d bawah :-
1. Dapatkan Info Produk
~ Maksudnya cuba cari atau dapatkan info produk (kalau boleh dapatkan info dari pelbagai jenama).Info ini boleh didapati dalam internet (web ataupun blog) ataupun boleh bertanya dengan tauke kedai ubat.Cuba kumpul info sebanyak mungkin.
2. Bajet
~ Nak murah boleh nak mahalpun boleh.Kalau set yang murah selalunya barang di dalamnya tidak banyak tetapi masih menepati rawatan selepas bersalin.Kalau yang mahal,semuanya lengkap.Contohnya ada bengkung, tungku, gel peramping badan dan macam-macam lagi.
~ Kalau anda sudah set bajet anda berapa,jadi senanglah nak dijadikan panduan.Sebab dengan bajet yang anda sudah peruntukan serta info yang telah anda perolehi,ini mungkin dapat membantu dalam menentukan jenama mana yang hendak dibeli nanti.
3. Jenama Produk
~ Adakah anda membeli sesuatu produk berdasarkan nama produk tersebut ataupun setelah meneliti info produk tersebut???Setiap produk mempunyai keistimewaan tersendiri jadi sebagai pengguna anda dinasihatkan meneliti isi kandungan produk, cara penggunaan dan lain-lain agar produk yang dibeli dapat digunakan sebaiknya.
4. Sesuai Atau Serasi Ke Dengan Diri Sendiri?
~ Dengan info produk yang telah anda perolehi,perbandingan produk dapat dibuat,dengan ini anda dapat buat rumusan produk mana yang agak bersesuaian dengan diri sendiri.Ramai yang membeli sesuatu produk tanpa mendapatkan maklumat yang mencukupi dan akhirnya produk yang dibeli tidak menepati citarasa diri si pemakai.
~ Kalau inginkan set bersalin yang ringkas, mudah, senang dan praktikal khasnya untuk mereka yang bekerja dan tiada orang menjaga semasa berpantang atau segala-galanye perlu dilakukan sendiri, dicadangkan memilih set bersalin dari jenama-jenama ini contohnya
~Amway Tropical Herbs,
~ Nona Roguy
~ Leesa Confinemum
~ Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara
~ Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga
~ Sendayu Tinggi
adalah antara yang sesuai (kebanyakan ubat-ubatan adalah dalam bentuk Kapsul / Tablet).
Manakala untuk yang suka set bersalin yang lebih tradisional, bolehlah mencuba
~ Mustika Ratu
~ Nyonya Meneer
~ Set Air Mancur
~ Set Orang Kampung
~ HPA
~ Jamu Afiat
(Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul).
Kalau mak-mak kite selalu cadangkan set ini, maklumlah dulu-dulu pakai jenis yang kene minum minum ini.
Bagi yang tidak sesuai dengan herba bolehlah menggunakan set Salindah.Set Salindah bukannya dalam bentuk jamu tetapi Homeopati yang sememangnya tidak memberi kesan panas terhadap diri si pemakai.
Set Tropical Herbs Amway, set nie adalah salah satu set yang mendapat sambutan di hati ibu ibu hamil masa kini, set ini lengkap dan bengkung diberikan percuma.Set yang berasaskan organik, mendapat paten antarabangsa mengenai kualitinya, tidak panas dan sangat sesuai bagi ibu yang ingin menyusukan bayi mereka, juga dapat mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Set Bersalin atau Berpantang Shaklee ini,ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi.Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.
5. Beli Secara Berasingan Ataupun Set Bersalin Berpakej
~ Sesetengah Set Bersalin boleh dibeli secara berasingan.Walaupun secara berasingan tetapi kena beli satu set juga, kenalah lengkap untuk rawatan\.
Antara set bersalin yang menyediakan set pakej nii adalah seperti Set Bersalin Sendayu Tinggi, Salindah dan juga Leesa Confinemum.Contohnya diasingkan set rawatan luaran dengan set rawatan dalaman.
6. Tanya Pendapat
~ Cuba tanya pendapat sesiapa yang anda kenal, tanya pendapat mereka, produk apa yang dipakai, sesuai tak dengan diri si pemakai, apa kebaikan dan keburukan produk tersebut. Melalui cara ini juga dapatlah anda jadikan panduan.
~ Kalau boleh sebelum bertanya pendapat, cuba kumpulkan info produk dahulu, agar boleh anda bertanya lebih lanjut dengan sesiapa yang anda nak tanya itu.Kalau anda tiada info produk,nanti anda hanya menjadi pendengar sahaja.
7. Beli Dengan Harga Yang Berpatutan
~ Setelah membuat pilihan set bersalin.Bolehlah pergi membelinya tetapi tidak perlulah tergesa-gesa..Tunggu dekat-dekat nak bersalin pun tak mengapa.Cuba dapatkan set bersalin yang dihajati dengan harga yang berpatutan.
Jadi kajian dan survey perlu anda lakukan agar dapat menggunakan set bersalin terbaik buat kesihatan anda. Semoga anda dapat memilh produk yang terbaik buat diri anda dan bayi anda nanti.
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073