"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Ahad, 27 April 2014

Cara order

CARA NAK ORDER MUDAH SAHAJA...

SILA HUBUNGI SAYA MELALUI HANDPHONE/EMAIL/FACEBOOK

HANDPHONE: 019-9895564 (SMS / WHATSAPP / LINE / WECHAT / TELEGRAM ONLY)

EMAIL: junaidawati@yahoo.com

FACEBOOK & PAGE
FACEBOOK: Junaida Watie
FANPAGE: Marlisha Health N Beauty

MAKLUMKAN KEPADA SAYA PRODUK YANG INGIN DIPESAN & SAYA AKAN TAWARKAN HARGA YANG TERBAIK BUAT ANDA. SETELAH PESANAN DISAHKAN SAYA AKAN BERIKAN KEPADA ANDA NO. ACCOUNT BANK SAYA YANG ANDA BOLEH MASUKKAN DUIT. SETELAH PENGESAHAN PEMBAYARAN DILAKUKAN ANDA PERLU BERIKAN NAMA, NO. TELEFON, ALAMAT UNTUK TUJUAN PENGEPOSAN. SEMUA PENGEPOSAN MENGGUNAKAN KHIDMAT POS LAJU.

SELAMAT MEMBELI......
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sabtu, 26 April 2014

Menu hujung minggu

Selamat berhujung minggu semua, apa yek korang masak di hari cuti macam ni, mesti masak spesial kan sebab hari bekerja selalu makan kedai jadi amik peluang hujung minggu dengan memasak untuk suami dan anak-anak.

Hari ni ju masak ayam masak lemak cili api, keli goreng berlada, dan sayur brocoli goreng campak(amboi ikut suka hati je nak letak nama ape) belasah aje janji sedap untuk tekak kami sekeluarga.

menu utama ayam masak lemak cili api

bahan2:
ayam separuh
serai dititik
kunyit hidup ditumbuk halus 
santan segar
5-6 biji cili api ditumbuk halus
bawang merah kisar
1 asam keping
garam 
ajinomoto
sedikit air
lada merah (untuk hiasan je)

cara2 membuatnya senang je bukan susah pun semudah a b c...hihi

mula2 masukkan ayam, bwg merah, kunyit, dan cili api yang dah ditumbuk ke dalam periuk, masukkan air sedikit.
bila dah naik bau, masukkan serai, asam keping(1keping je taw), kemudian masukkan santan segar, garam dan ajinomoto secukup rasa. kacau perlahan sampai masak dan sedia dihidang..

resepi ni sangat mudah, xperlu banyak bahan buat yang simple2 je janji sodap!

nak lagi sedap letak daun kunyit manyang halus2, ju lupa beli jadi masak guna ape yang ade je

ok selamat mencuba!

resepi tambahannya keli goreng berlada dan sayur brocoli goreng campak...resepinya nanti ju update 
selamat menjamu selera, perut pun dah berkeruk2 nie jom makan

with love 
ju @ junaidawati
i love shaklee



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Khamis, 24 April 2014

KEBAIKAN SUSU IBU

Bila bercakap mengenai susu ibu, memang tidak dinafikan susu ibu mempunyai sangat banyak kebaikan disamping mengikut syariat islam yang mewajibkan ibu menyusu bayi semenjak dilahirkan sehingga berumur 2 tahun setengah. Ramai ibu mengeluh kerana merasakan susu ibu tidak cukup untuk anaknya, di sini semua ibu wajib tahu bagaimana teknik demand dan supply dalam proses penyusuan yang mana ia adalah salah satu teknik yang berkesan bagi meningkatkan penghasilan susu ibu. 

                                                      
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu .
Di sini ju nak kongsikan beberapa kebaikan jika anda menyusu bayi anda sepenuhnya:-

Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
  • Sebelum kelahiran
  • Semasa kelahiran
  • Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami.
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.
sumber: Portal rasmi KKM
Sekian sharing pada kali ini,
with love
Ju
@ pengedar sah shaklee anda di sekitar Kajang/Bangi/Semenyih



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Atasi masalah ibu hamil

Assalamualaikum wbt..

Kali ni nak berkongsi masalah-masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu hamil. Biasanya masalah yang selalu dihadapi pada awal-awal kehamilan adalah seperti loya-loya, muntah, pening kepala, mudah penat, dan sering pengsan. Apabila mencapai peringkat trimester 2 dan ke 3 pula masalah biasa adalah kebas-kebas kaki (simpul biawak), sakit pinggang yang kerap, dan juga darah hb yang rendah. Walaupun dah makan vitamin yang diberi oleh doktor atau jururawat-jururawat, masalah ini masih juga timbul dikalangan ibu-ibu hamil. Jadi bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah ini saya menyarankan agar mereka mencuba suplemen dari Shaklee yang sudah banyak mendapat tempat dihati mereka yang telah mencubanya. Cadangan set ibu hamil ini banyak membantu masalah-masalah tersebut. Jom tengok apa set yang dimaksudkan itu;-

Cadangan set hamil trimester 1

Vitalea>>>>mengimbangi nutrien, mengandungi asid folik, membantu kecergasan tubuh. Untuk pembentukkan sel darah merah.

SR vita c plus>>>mengurangkan 50% sakit untuk bersalin, membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik.

B complex>>>mengurangkan risiko kecacatan pada janin, mengurangkan kelesuan, meredakan alahan seperti muntah.

Ostematrix>>>menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan & kebas. Meringankan stress, menggalakkan tidur selesa.

Boleh add on Pappermint ginger plus >>> mengurangkan masalah loya yang keterlaluan dan mabuk-mabuk.



Cadangan set hamil trimester 2

Cadangan set hamil trimester 1 + omegaguard >>>membantu perkembangan otak bayi.

Boleh juga add onn esp untuk membantu penyerapan yang lebih cepat dan membantu memberi tenaga kepada ibu-ibu hamil.



Ok boleh lihat beberapa testimoni yang berpuas hati dengan cadangan set ini di sini;





Pada yang rasa ingin mencuba produk ini boleh menghubungi saya di sini yer:-

Khidmat konsultan percuma


I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073 
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty









Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Isnin, 21 April 2014

RANGKAIAN CADANGAN SET KURUS SHAKLEE

SETIAP WANITA DAN LELAKI  MENGIDAMKAN TUBUH YANG SIHAT, LANGSING DAN RAPI.

DENGAN RANGKAIAN CADANGAN SET KURUS SHAKLEE, ANDA DAPAT MENIKMATI HIDUP BARU YANG HEBAT DENGAN MENGHILANGKAN LEMAK BERLEBIHAN.

KELEBIHAN:-
>> BADAN YANG LANGSING DAN RAPI
>> NAMPAK LEBIH ANGGUN
>> RASA UNGGUL
>> MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
>> MENINGKATKAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
>> SUSU SOYA BERPROTEIN TINGGI YANG DIPROSES PADA KADAR SUHU YANG RENDAH BAGI MENGEKALKAN PROTEIN SEMULAJADINYA, MEMBERIKAN RASA KENYANG YANG LEBIH LAMA HINGGA 5 JAM LAMANYA, JADI IA MEMBANTU UNTUK MEMBERIKAN TENAGA KEPADA MEREKA YANG INGIN KURUS.

CINCH SHAKE MIX (3PERASA VANILLA, COKLAT, DAN CAFFE LATTE)
>> SETIAP KALI ANDA MINUM SHAKLEE CINCH, ANDA AKAN MENDAPAT 24GRAM PROTEIN, 24 JENIS VITAMIN DAN MINERAL PENTING DAN 6 GRAM SERAT LARUT (DICADANGKAN DIAMBIL DENGAN 1 SUDU ESP).
IA PENTING KERANA PROTIN DIGUNAKAN NTUK MEMBINA OTOT, DAN OTOTLAH YANG MENAIKKAN KADAR METABOLISME DAN JUGA MEMBAKAR KALORI. MAKANAN YANG KAYA PROTEIN JUGA BOLEH MENAHAN KELAPARAN, TIDAK LUPA JUGA LEUCINE YANG ADA DALAM CINCH SHAKE INI YANG MANA IA MERUPAKAN NUTRISI PENTING DALAM CINCH UNTUK KEPERLUAN TUBUH KITA.

CINCH ENERGY TEA MIX
>> SELAMAT, PENGGALAK TENAGA SEMULAJADI
>> DITAMBAH DENGAN TAURINA-MENINGKATKAN TENAGA & KETAHANAN BADAN
>> PILIHAN ALTERNATIF TERBAIK UNTUK MENGGANTIKAN MINUMAN KOPI, SODA ATAU MANISAN UTK MENGEKALKAN KECERDASAN TUBUH.

ALFAFA COMPLEX
MENYINGKIRKAN LEMAK DAN KOLESTROL - PENGGUNAAN JANGKA PANJANG DAPAT MENGHAPUSKAN LEMAK, MENGURANGKAN KOLESTROL, MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG, STROK DAN DARAH TINGGI. MENGANDUNGI SAPONIN SPT SPAN YANG BERTINDAK SEBAGAI SERAT YANG MENYERAP KOLESTROL.

HERBLAX
>> PEMBERSIHAN NAJIS YANG TERSEKAT
>> MERANGSANG USUS UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBERSIHAN SECARA LEMBUT KEPADA NAJIS YANG TERSEKAT ATAU TERSIMPAN LAMA DALAM TUBUH KITA.
>> MEMBANTU MASALAH SEMBELIT
>> MEN GEMPISKAN PERUT

OMEGAGUARD
>> MERENDAHKAN KOLESTROL, MENGHINDAR PEMBEKUAN DARAH DALAM BADAN, MENGAWAL MASALAH OBESITI. BERTINDAK SEBAGAI AGEN PEMBAKAR LEMAK.

LECITHIN
>> MEMECAHKAN LEMAK DAN KOLESTROL - BERTINDAK SEBAGAI "PEMBERSIH" SALUR DARAH, MEMBANTU  MENGEMULSI DAN METABOLISME LEMAK, KOLESTROL DAN TRIGLISERID DI DALAM TUBUH. 
>> PELANGSINGAN - MENGHALANG OBESITI, PENGAMBILAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK MEMPERCEPATKAN PEMBAKARAN LEMAK UNTUK KESAN PELANGSINGAN YANG SEIMBANG.

Cadangan set kurus bajet Alfafa dan Lecithin

CADANGAN 1

SET BAJET TERLARISS DI PASARAN
ALFAFA (RM53.75 KECIK, RM97.50 BSR) + LECITHIN (RM52.50) 

TOTAL RM106.25(ALFAFA KECIK)

RM150(ALFAFA BESAR)


Cadangan set kurus Alfafa dan Omegaguard

CADANGAN 2
ALFAFA (RM53.75 KECIK, RM97.50 BSR) + OMEGAGUARD (RM136) 

TOTAL RM189.75(ALFAFA KECIK)
RM233.50(ALFAFA BESAR)

Cadangan set kurus Alfafa, Omegaguard dan Herblax

CADANGAN 3

ALFAFA (RM53.75 KECIK, RM97.50 BSR) + OMEGAGUARD (RM136) HERBLAX 
TOTAL RM242.25 (ALFAFA KECIK)

RM286(ALFAFA BESAR)


Cadangan Set Kurus Cinch shake, omegaguard dan herblax

CADANGAN 4

CINCH SHAKE (RM173) + OMEGAGUARD (RM136) +HERBLAX (RM52.50) 
TOTAL RM361.50
Cadangan set kurus Cinch Shake, lecithin dan herblax

CADANGAN 5
CINCH SHAKE (RM173) +HERBLAX (RM52.50)+ LECITHIN (RM52.50) 
TOTAL RM278


Cadangan set kurus ESP shaklee, lecithin dan herblax

CADANGAN 6
ESP (RM150) +HERBLAX (RM52.50) + LECITHIN RM52.50
TOTAL RM255
Cadangan set kurus ibu menyusu


CADANGAN 7(CADANGAN YG PALING BAIK IBU MENYUSU AMBIL)

ESP (RM150) + ALFAFA (RM53.75 KECIK, RM97.50 BSR) + LECITHIN (RM52.50) 
TOTAL RM256.25 (ALFAFA KECIK)

RM 300(ALFAFA BESAR)

Cadangan set kurus ESP alfafa dan omegaguard

CADANGAN 8
ESP (RM150) + ALFAFA (RM53.75 KECIK, RM97.50 BSR) + OMEGAGUARD (RM136) 
TOTAL RM339.50 (ALFAFA KECIK)

RM383.50(ALFAFA BESAR)

Cadangan set kurus premium ESP, Cinch shake, alfafa, herblax, omegaguard dan lecithin

CADANGAN 9

CINCH SHAKE (RM173) + ESP (RM150) + ALFAFA (RM53.75 KECIK, RM97.50 BSR) + OMEGAGUARD (RM136) + LECITHIN (RM52.50) + HERBLAX (RM52.50)

TOTAL RM617.75 (ALFAFA KECIK)

RM661.50(ALFAFA BESAR)
BERMINAT UNTUK MEMILIKI CADANGAN SET KURUS SHAKLEE

BOLEH PILIH MENGIKUT BAJET ANDA. 

Ingin mengetahui harga istimewa dari saya bolehlah hubungi di:-

wechat/whatsapp/sms/call 019-9895564
fb: Junaida Watie @ https://www.facebook.com/junaida.watie
fanpage: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty
junaidawati@gmail.com
junaidawati-jusoh@blogspot.com

ATAU PM KE
NAK HARGA LEBIH MURAH?
JADI AHLI HANYA RM75 SEUMUR HIDUP.

link gaya pemakanan untuk mereka yang ingin kurus cepat
http://wafiqulya.blogspot.com/2013/12/terbongkar-5-rahsia-kurus-pantas-sihat.html

 

Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Percutian di Port Dickson

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah selamat sudah percutian 2 hari 1 malam di Primaland Post Dickson. Seronok walaupun percutian ini tak dirancang, lebih sejam setengah dari Kajang, memang sangat seronok dan gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang. Sebetulnya nak balik hari jer, tetapi ntah camana tergerak nak stay resort kat sana. Mungkin sebab pemandu kami yang keletihan bekerja jadi nak merehatkan diri di resort walaupun jarak km tidak beberapa jauh dari rumah. Jadi, terpaksalah shopping baju dan alat-alat untuk bermalam di resort. 

Istimewanya di Primaland resort PD ni, terdapat mini taman tema khas untuk penghuni di resort, orang luar pun boleh masuk tetapi dikenakan bayaran la.Tak pasti berapa dikenakan untuk orang luar tapi kalau anda stay sini memang free lah.Ni lah aktiviti selepas kitaorang check in di sini, mandi manda, bukan main seronok lagi along ayis dapat mandi kolam walaupun mamanya lupa bawa bikini hihi.




Aktiviti malam pula, kitaorang pergi makan seafood dekat restoran Nasreen seafood (Shongkla) Port dickson, memang sodaplah! memang banyak pilihan menu, paling sedap bagiku adalah asparagus udang, menjilat jari i makan..hihi. Jadi sesape nak berjalan ke PD nak cari makan2 yang sedap Nasreen seafood salah satu tempatnya. Lauknya pun sedap-sedap, seafoodnya segar-segar dan penting parking senang.




Dan sebelum kami balik ke Kajang sempat lagi singgah makan di Pantai teluk kemang PD, banyak restoran yang sedapsedap di situ, ape yang aku rasa paling best adalah coconut shake dia, memang sedap sangat2 berbanding tempat lain. 




Jadi, tu jelah corat-coret percutian singkatku bersama keluarga tersayang. Manfaatkan masa yang ade bersama orang-orang yang anda sayang.

with love, 
Junaida Watie
Marlisha Health N Beauty




Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sabtu, 19 April 2014

Resepiku Masak Lemak cili api

Salam

Hari ni mood memasak datang tiba-tiba jer, hihi tu pun sebab mak mentua nak datang rumah tetiba la rasa rajin tu mai. Kalau tak hari-hari g kedai tapau nasi, xpun masak simple je nasi goreng, mee goreng, bihun goreng.

Jadi rasa nak kongsilah sikit resipi masak lemak cili api ikan merah yang mak ju ajar nie, senang dan sangat mudah. Kalau ikut resepi ni memang terangkat la jawapnya huhu. Licin mak mentua i makan tau.

Masak lemak cili api ikan merah

Ikan merah 1 ekor
kunyit hidup-tumbuk
garam 
ajinomoto
separuh kiub ayam
serai sebatang
cili api 5biji (kaler merah)(tumbuk halus)
bawang merah 3 ulas(tumbuk halus)
asam keping 1
santan pekat
santan cair

Cara-cara membuatnya:-

1. Campurkan santan cair bersama-sama ikan merah, bawang merah, cili api, dan kunyit. Panaskan sehingga mendidih.
2. Masukkan secukup rasa garam, ajinomoto, kiub ayam separuh atau 1kiub, serai yang ditumbuk sedikit, asam keping.
3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan agar ikan tak hancur di dalam.
4. siap untuk dihidang.

Simple dan mudah kan resepiku ini, xperlu banyak sangat bahan yang penting keikhlasan kita memasak yang pasti akan membuat hasilnya yang sedap dan menyelerakan.


Lepas masak ni aku tambah lagi menu meal iaitu keli goreng dan keli goreng berlada, resepinya lagilah mudah dan pantas disiapkan.

Resepi ikan keli berlada

Ikan keli 4 ekor( digoreng dengan kunyit terlebih dahulu)
bawang merah(yang besar sebiji)
cili api
serai dititik
garam

Cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak
2. tumiskan bawang merah yang ditumbuk atau blender dengan cili api, masukkan serai, garam, air sedikit dan tumis sampai cili masak, nak mudah serai tu blender sekali dengan cili api memang slurp dan terangkatlah bila makan tuu...

satu lagi resepi ju buat sayur goreng campur.

yang ni xyahlah beresepi sangat sebab hentam kromo je yang penting licinn halussss bak kata Jebat hihi..


Sekian untuk hari ini
saya Ju pengedar sah shaklee anda di Kajang.
Ingin mengetahui harga istimewa dari saya bolehlah hubungi di:-
wechat/whatsapp/sms/call 019-9895564
junaidawati@gmail.com
junaidawati-jusoh@blogspot.com


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Khamis, 17 April 2014

Tips cepat memasak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Seronok bila tengok kawan2 update status kat fb mengenai menu2 harian diorang. Aku? hihi bukan bermakna aku xpandai masak tetapi ikut mood akulah bila sebab suami pun jarang ada kat rumah kan? Balik pun dah lewat malam, jadi xberapa sesuai sangat nak hidang makanan berat, aku hanya berikan minuman seperti milo suam atau air2 yang boleh membuatkan dia kenyang. Lagipun biasanya dia pun dah makan kat luar, jadi rasa nak masak beria2 pun macam xbest dan meriah jer. Jadi, aku hanya akan masak meal yang simple untuk 3 beranak jer. Lainlah kalau ada tetamu yang datang barulah kena masak yang istimewa sikit. Kalau untuk 3 beranak ni masak satu lauk satu sayur pun dah cukup. Itupun masih ada berbaki lagi. Maklumlah anak sulung xberapa gemar makan nasi, anak no 2 plak lebih suka makan mee atau bihun, kadang2 je nak makan nasi.



Walau pun aku xberapa suka memasak tetapi bila memasak hasilnya xpernah mengecewakan anak2 dan suami (hihi masuk bakul), selalunya kalau nak masak aku kena plan dulu sebelum tiba hari memasak, contoh hari ni plan untuk besok, senang nak bajet belanja dapur kan. Bila kita dah plan baru cepat kita memasak, kalau xplan jawapnya termenung dululah kat dapur( huhu berangan nak kayo sokmo).. mulalah banyak scene masuk dalam kepala haha..

Lagi satu kalau nak buat sarapan untuk esok biasanya aku prepare siap2 bahan-bahan nak masak pagi esok supaya xkelam kabut, maklumlah pagi2 dah kena siapkan anak2 nak ke sekolah. Jadi bila masuk dapur senang bahan dah siap cuma campak-campak je dalam kuali( tu yg buat sedap tu) waahaha..memang cepatlah aku masak xsampai 15minit siap. Jadi jimat masa kat situ, masak 15minit, siapkan anak 10minit, bla....bla...bla cukuplah 30 minit persediaan untuk suami dan anak2.

Bila dah kahwin dan dah jadi ibu ni semua nak kena buat secara express, kadang-kadang mandi pun 2minit je, punya ak jimat masa. Keypoint di sini, walau apa2 perkara sekalipun kita nak buat yang penting adalah perancangan yang teliti untuk menetapkan jadual harian termasuk jadual masakan setiap hari. Apa-apa yang kita nak buat kita kena catat atau buat nota kecik  dan tepek kat peti ais ker kat cermi n ker, jadi kita senang nak buat keje dan sentiasa ingat tugasan harian kita.

Jadilah wanita yang menghargai masa. Masa itu lebih bernilai dari emas.



Setiap apa yang kita buat perlukan perancangan barulah kita boleh bekerja dengan teratur.

Peace yarr^^

Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Selasa, 15 April 2014

Turunkan kadar kolestrol dengan Phytocol-st

Assalamualaikum

Akhir-akhir ini selalu kita terdengar masalah kolestrol yang semakin menular di kalangan orang kita, terutama orang Malaysia yang gemar makan benda-benda berlemak dan mempunyai kolestrol yang tinggi. Ada yang mempunyai kolestrol yang terlampau tinggi dan liat nak turun walaupun dah makan pelabgai jenis suplemen dan ubat. Dengan pengeluaran produk terbaru dari Shaklee in diharap dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi dan liat sangat nak turun tu. Maklumlah masyarakat Malaysia ni kaya dengan makanan tradisi yang enak-enak dan berlemak-lemak, jadi memang sukar le nak membanterasnya kan?


Apa agaknya produk baru tu kan? okey nama vitamin atau suplemen yang terbaru ini adalah Phytocol-st yang boleh menurunkan kolestrol secara semulajadi. FBahaya yer kalau kolestrol tinggi, Mungkin sekarang tak nampak, hepi je rasa sihat tetapi dalam tak sedar kolestrol yang tinggi tu lah yang boleh membawa maut. Janganla rasa rugi untuk melabur untuk kesihatan sendiri, kita ni hidup hanya sekali je di dunia. 



Masa terbaik pengambilan phytocol-st adalah pada 1/2 jam sebelum kita makan, tak kiralah kita makan pagi ke, tengahari ker, kalau rasa nak makan benda-benda yang berlemak-lemak tu standby jelah phytocol-st nih. Sebab fungsi dia untuk sediakan lapisan kat pintu2 usus supaya kolestrol jahat LDL ni tak diserap oleh badan. Seterusnya akan keluar melalui perkumuhan. Penurunan kolestrol adalah secara semulajadi. Best kan? Apa-apa pun kita tunggu jelah produk ini dilancarkan bulan Jun nanti di NC Shaklee nanti. 

Pre order pun sudah dibuka bagi mereka yang berminat untuk membuang lemak badan dan kolestrol, meh kita kurangkan kadar kolestrol. Moga2 dapatlah turunkan jumlah rakyat Malaysia yang amat banyak mengalami masalah kolestrol tinggi ni ye.

Pada yang rasa ingin mencuba produk ini boleh menghubungi saya di sini yer:-

Khidmat konsultan percuma


I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073 
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty






Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015