"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 31 Januari 2015

4 Soalan Popular Bagi Ibu Menyusu Setelah Makan Vitamin Shaklee

Dalam penyusuan, ibu yang berjaya meningkatkan susu ibu adalah ibu yang betul2 yakin dan percaya bahawa susu ibu itu sentiasa ada untuk anaknya. Pemikiran positif perlu ditanamkan dalam fikiran ibu agar ibu tidak stress. Saya juga dah pernah lalui dan pernah juga berfikir negatif tetapi bila selalu diingatkan agar sentiasa berfikir bahawa susu itu ada maka ia memang ada dan alhamdulillah sampai 2 tahun saya dapat menyusukan ank saya.

Ibu Menyusu

Ok kita baca apa soala-soalan yang biasa ditanya setelah ibu menyusu makan vitamin. Ini bagi mereka yang kurang yakin dengan susu mereka samada cukup atau tidak untuk anaknya.

Soalan yang sering di tanya oleh ibu2 yg - Soalan yang sering di tanya oleh ibu2 yg mengharapkan susu banyak dengan cepat dan mudah.Antaranya :

1) Makan shaklee boleh banyak susu?


2) betul ke vitamin Shaklee boleh buat susu banyak?


3) Kenapa saya makan vitamin Shaklee tapi susu tak banyak pun?


4) Saya dah ambil vitamin Shaklee tapi takde kesan pun?


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan info agar tidak berlaku lagi salah faham mengenai vitamin dan penyusuan.Untuk makluman ibu2, vitamin Shaklee BUKAN UBAT dan BUKAN sesuatu yg AJAIB banyakkan susu.Susu badan tak boleh banyak dalam sekelip mata...blink blink ehhhh susu dah banyak. Ibu-ibu kena faham , vitamin Shaklee hanya MEMBANTU dalam banyakkan susu badan.

Jadi, sangat PERLU consume vitamin Shaklee bersama tips2 n rules pengambilan vitamin dan tips banyakkan susu.Secara asas, sekiranya badan kita dibekalkan vitamin-vitamin yg cukup, ia akan memastikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, badan sentiasa bertenaga dan cergas, tak lesu tak letih...jadi tekanan/stress dapat dikurangkan.

Dengan itu, badan kita akan mudah menghasilkan susu dengan lancar dan optimum jika disertakan bersama tips2 banyakkan susu. susu tidak akan banyak dengan hanya makan suppliment semata2.Suppliment adalah bantuan tambahan untuk membekalkan zat2 makanan yg tak cukup bagi badan kita.

Ibu-ibu disarankan KERAP kosongkan breast seperti sesi mengepam/ direct breastfeeding paling kurang 2-3 jam sekali. makanlah berdozen2 vitamin sekalipun, minumlah berliter2 milk booster, jika konsep Supply vs Demand dianggap remeh dan tak dipatuhi, maka penyusuan menjadi amat sukar.Amalkam Power Pumping. Banyakkan minum air kosong. Elakkan ambil air ais.

Jangan skip meals! Susu datang dari pemakanan yg seimbang oleh ibu-ibu. Kalau tak makan, mana nk datang susu kan?

Paling penting yakinlah hanya Allah sahaja yang memberi rezeki susu. Konsisten lah dalam amalan rohani seperti berzikir, istighfar kepada Pemberi Rezeki susu ibu.Saya sertakan di sini 8 Tips membantu banyakkan susu ibu. Tips2 Eksklusif boleh didapati daripada Distributor Shaklee anda.

1)Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.

2)Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.

3)Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.

4) Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.

5)Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.

6)Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.



7)Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.
Doa banyakkan susu ibu


8)Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. 

Saya doakan agar ibu-ibu mendidik diri, mendidik hati agar lebih konsisten dan berdisiplin dalam pengambilan vitamin, makanan yang seimbang serta amalan rohani jika ingin berjaya dalam penyusuan.

Antara Suplemen Yang selamat untuk ibu dan bayi adalah seperti di bawah


Set Penyusuan Lengkap Optimum

Ok saya berharap dan mendoakan agar ibu menyusu semua kat dan tabah. Jiwa kena kental, inshaAllah penyusuan berjalan lancar. Jika ada sebarang pertanyaan hubungi saya Junaidawati SID Shaklee Pakar Set Penyusuan Lengkap Shaklee Anda.



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Jumaat, 30 Januari 2015

Vivix Diiktiraf Sebagai Super Brands dari Books Of Record

Esok Last day boleh dapatkan Vivix pada harga serendah2nya dari yang biasa dapat. Rugi betul siapa xgrab peluang ni wei...

PromoPromoJanuari2015

Sebab apa Vivix ni betul2 best dan hebat dalam melawan penyakit dari sekecil2 sel badan sehingga ke penyakit kronik Vivix mampu melawan penyakit. Ini terbukti kerana Vivix mempunyai kajian klinikal dan mendapat SUPER EXCELLENT BRAND BOOK OF RECORDS serta mempunyai status Halal yang sah.



Siapa yang memerlukan Vivix ini?

# Orang yang tidak suka menelan banyak suplemen. Vivix adalah suplemen kesihatan dalam bentuk cairan yang mudah untuk dimakan, senang ditelan dan khasiat berpanjangan.

# Orang yang ingin kulitnya cantik dan tidak makan usia kerana Vivix mempunyai kandungan resveratrol yang bersifat anti penuaan.

# Orang yang sering mengalami kelesuan dan ingin meningkatkan kecergasan tubuh.

# Mereka yang mempunyai masalah jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit sendi dan penyakit kronik seperti kanser.

# Mereka yang mudah demam, mendapat selesema, sakit dada dan batuk yang berpanjangan.

# Mereka yang mengalami mempunyai masalah penglihatan dan penghadaman.

# Mereka yang ingin mengurangkan berat dan atlet yang ingin meningkatkan prestasi sukan mereka.

# Perokok tegar

# Mereka yang sering terdedah kepada serangan radikal bebas seperti asap toksin, bahan-bahan beracun.

# Mereka yang mempunyai penyakit autoimmune seperti SLE dan ITP.

# Mereka yang mempunyai masalah urat simpul ( Vericose Veins )


Ooops!  Bukan Vivix je tau yang promo. Ada 2 lagi produk hangat yang promo iaitu Alfafa dan Vitalea for children ni. 

PromoPromoTerbaikJanuari2015


Cepat sehari jek lagi!

Whatsapp/sms 0199895564
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Khamis, 29 Januari 2015

Siapakah Dr.Forrest C.Shaklee

Jika kita adalah seorang pengguna tegar suplemen Shaklee, xsah kalau kia tak kenal dengan pengasas pertama Shaklee nih. Tak lain tak bukan dialah Dr Forrest C.Shaklee. 



Dr. Forrest c.Shaklee

Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November 1984 di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana merek percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Kepercayaan orang tuanya dalam hal-hal alam menyebabkan mereka berpindah ke utara di mana tanah yang subur menghasilkan bahan-bahan pemakanan yang berkualiti. Mereka mengamalkan makanan hasil daripada ladang.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. 


Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Dr Shaklee berkata peningkatan kesihatan beliau bukanlah satu penyembuhan ajaib tetapi ia berlaku secara semulajadi dan perlahan serta berkaitan dengan pemakanan yang baik , persekitaran yang sihat dan senaman. 

Dr Shaklee memutuskan untuk mengkaji perubatan dan mencipta produk berasakan alam semulajadi kerana keinginannya untuk membina kesihatan seperti kata-katanya:-

"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan tetapi kita adalah dalam dua bidang yang terpisah yang diceburi. Mereka dilatih untuk merawat penyakit dan saya berminat untuk membina kesihatan. "

Dr Shaklee juga memegang ijazah dalam pemakanan, biokimia , falsafah dan ketuhanan.  Shaklee menghabiskan banyak masa di lapangan baru diagnosis X -ray. Bahaya pendedahan berlebihan tidak diketahui sepenuhnya pada masa itu. Pada tahun 1921 beliau bimbang tentang luka bakar ulserasi parah di pinggang kiri dan bahu kiri. Shaklee berjumpa dengan pakar kanser di Chicago, yang disahkan kanser. Diagnosis disahkan di Klinik Mayo di Rochester, Minnesota. 

Dr. Shaklee tidak mengaku kalah dan bertekad untuk terus sembuh demi masa depannya. Dr. Shaklee memulakan program intensif pemakanan dan membuat analisis darah. Dengan hanya makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran dan ditambah diet dengan kuantiti yang banyak vitamin dan mineral, luka ulserasi menunjukkan tanda-tanda penyembuhan. Dr. Shaklee yakin bahawa penyembuhannya bergantung kepada sikap positif, kesihatan mental dan nutrisi yang tepat.  


Pada akhir tahun 1922, luka mula sembuh dan telah digantikan oleh tisu yang sihat . Kekuatan dan tenaga beliau juga kembali dan memberi keyakinan tentang pemakanan kesihatan. Shaklee memutuskan untuk menumpukan usahanya untuk penyelidikan pemakanan. Beliau memberi tumpuan kepada membina kesihatan yang baik daripada merawat pesakit yang sakit. Beliau memindahkan keluarganya ke Eugene, Oregon dan kemudian ke Oakland, California. 


Pada tahun 1955, Dr Shaklee , yang pada ketika itu berumur 62 tahun menyatakan hasrat kepada dua orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Lee keinginannya untuk merubah masyarakat dalam meningkatkan kualiti pemakanan . Dia ingin memulakan perniagaan untuk mengedarkan makanan tambahan. Pada tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan untuk memberi makanan terbaik di dunia. 

Melalui kajian, pengalaman dan pengetahuan inilah bermulanya jualan langsung produk shaklee untuk mendidik pengguna tentang pemakanan tambahan semulajadi dan menjadi tugas pengedar sah Shaklee kini untuk menyebarkan kebaikan Vitamin Semulajadi yang diasakan lelaki hebat ini.

Ingin menjadi salah seorang keluarga hebat kami? Ikuti langkah ini:-





Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Rabu, 28 Januari 2015

Ketahui Sejarah Shaklee

Selalu kita dengar Shaklee ni adalah sejenis suplemen. Tetapi adakah kita pernah terfikir bagaimana Shaklee bermula dan apa sejarah-sejarah tertubuhnya Shaklee Corporation ini. Begitu hebatnya Shaklee sehingga ramai orang diseluruh dunia hidup lebih sihat dan dapat menjana pendapatan melalui pemakanan suplemen ini.


ShakleeCoorporation


Kisah Shaklee bermula hampir 60 tahun yang lalu dengan Dr Forrest C.Shaklee yang mana mereka percaya alam memegang jawapan kepada kehidupan yang panjang, sihat, dan produktif. Selain it, falsafahnya adalah Hidup Berharmoni dengan Alam dan didorong oleh pergerakan berterusan untuk membantu manusia hidup lebih bahagia dan sihat.


Kini, Shaklee adalah syarikat suplemen semulajadi nombr satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat-pejabat di seluruh dunia, dan pakar-pakar utama dalam penyelidikan pemakanan. Shakee berusaha lebih kuat dan mengjangkau di luar standard industri setiap hari untuk memastikan bahawa produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berfungsi, dan Sentiasa Mesra Alam.


Selain menguji setiap ramuan baru untuk lebih 350 bahan cemar yang berbahaya, Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan setinggi mungkin. Shaklee juga telah melabur lebih dari $250 juta dalam ujian klinikal penyelidikan dan pembangunan dan disokong lebih dari 100 kertas saintifik -termasuk ujian pertama kali dibuat selama 20tahun iaitu Kajian Landmark, yang disiarkan dalam Jurnal Pemakanan dan banyak lagi, Shaklee juga telah membantu 7 dari 25 pengembaraan yang tercatat dalam Time-Life Books' 25 Greatest Adventures of All Time.


Inovasi Dr Shaklee tidak berakhir dengan pemakanan. Beliau mengamalkan gaya "Hidup Berharmoni dengan Alam" dalam penjagaan rumah, mencipta pembersih biodegradasi berdekad-dekad sebelum keselamatan alam sekitar menjadi satu kebimbangan. Beliau mempelopori peneman baru dalam pemakanan yang menjadi arus perdana pada tahun-tahun kemudian. Dia tyidak berfikir banyak mengenai label kontemporari seperti eko-bergaya, organik atau aktualisasi diri, tetapi dia adalah
seorang perintis dalam semua bidang mereka. Lima puluh tahun kemudian, syarikat beliau telah membawa berastus ribu orang kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat dan membantu kita semua hidup dalam dunia yang lebih baik.


Itu jelah serba sedikit maklumat mengenai sejarah tertubuhnya syarikat dan suplemen yang bernama Shaklee. Sejarahnya yang unik menyebabkan ramai yang jatuh cinta dengan Shaklee. Produknya juga natural telah banyak membantu ramai orang hidup lebibh sihat.

Hubungi Junaidawati untuk mendapatkan Produk Shaklee 019-9895564



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Isnin, 26 Januari 2015

Bahayakah Masalah Kebas Pada Tangan atau kaki?

Pernahkah anda mengalami kebas di anggota badan anda seperti kaki atau tangan? Adakah anda menganggap ia suatu kebiasaan bagi setiap orang?.




Ok sebenarnya kebas anggota badan berlaku dalam 2 keadaan. Pertamanya kebas yang disebabkan oleh urat saraf. Jika urat saraf tersebut mengalami gangguan seperti tertekan oleh badan kita, ia menyebabkan kawasan urat saraf berkenaan merasa kebas.


“Misalnya, apabila kita tidur, kadang-kadang tanpa kita sedari bahagian lengan kita tertindih oleh badan kita sehingga menyebabkan lengan kita merasa kebas apabila kita terbangun. Keadaan tersebut disebabkan urat saraf kita terganggu kerana lengan kita tertindih sehingga membuatkan aliran darah kita menjadi sempit. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas.


“Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.



Keduanya adalah kerana berlakunya penyempitan saluran darah akibat cara pemakanan atau tabiat yang menjejaskan kesihatan. Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, merokok dan kadar kolesterol yang tinggi akan mengalami kebas.”


Bagaimana jika rasa kebas terjadi bukan sebab hal-hal di atas? “Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.


“Biasanya penghidap penyakit penyakit kencing manis merasa kebas di bahagian tangan dan kaki. Jika mereka sering merasa demikian, ia menunjukkan mereka terkena penyakit kencing manis tidak terkawal.

Ok seterusnya kita perlu mengethai juga apa sebenarnya maksud kebas bagi mendalami lagi masalah-masalah yang sering berlaku pada kita ini.

Apa Itu Kebas ?


Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami kekurangan rasa. Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tapak tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.



Punca Kebas 


• Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
• Saraf periperi tertekan disebabkan "herniated disc" atau osteophytes yang terbentuk akibat proses degenratif. 
• Jangkitan pada saraf periperi seperti kayap.
• Penyakit-penyakit seperti diabetis, migraine, multiple sclerosis, epilepsi, strok, dan hypothyroidism.
• Cappel Tunnel Syndrom (Saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
• Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan Vitamin B12.
• Kesan sampingan ubat.
• Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti pengambilan alkohol dan rokok.


Cadangan Suplemen Shaklee Untuk Masalah Kebas


♥ Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

♥ Ostematrix - Kekurangan kalsium menyebabkan kaki kejang
♥ Alfalfa Complex - Menurunkan keasidan tubuh
♥ Omega Guard - Komunikasi lengkap antara sel otak dan saraf
♥ B-Complex - Menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi
♥ Energizing Soy Protein - Menghalang atrophi otot
♥ Vitalea - Mengimbangi nutrien

Selesaikan Masalah Kebas2 dengan segera. sms/whatsapp 019-9895564



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Ahad, 25 Januari 2015

SAKIT DADA : PUNCA & CARA MENGATASI

Sakit dada merupakan penyakit yang tidak boleh dipandang ringan sekarang. Hal ini kerana jika kita ambil mudah, tanpa disedari ia merupakan punca kejadian kematian mengejut sesetengah orang. Malah usia juga bukan penentu, kerana banyak kes menunjukkan kematian mengejut bukan sahaja dari golongan berusia tetapi golongan muda juga terlibat. Jadi xkiralah samada kita muda atau tua, pentingnya menjaga kesihatan bagi memastikan agar tidak timbul kejadian mati mengejut ini. Walaupun ia takdir, kita patut berusaha untuk menjaga kesihatan. InshaAllah dengan izinNya kematian mengejut dapat dihindarkan.



Sakit dada adalah tanda sakit jantung

Cegah Sebelum Kena

Awsa! Jika kerap sakit dada cepat2 dapatkan rawatan


Secara mudah,punca sakit dada dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

kardio-pulmonari (jantung dan paru-paru)

bukan kardio-pulmonari (iaitu berpunca daripada otot dada,salur penghadaman etc.)

Sakit dada berpunca daripada masalah kardio-pulmonari adalah lebih serius.

Kegagalan untuk mengenal pasti perkara tersebut boleh mengakibatkan organ jantung gagal berfungsi atau berlakunya kematian mengejut. Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai simptom awal penyakit jantung koronari. Antaranya sakit dada semasa rehat atau ketika menjalankan tugas, riadah atau aktiviti ..ini adalah manifestasi awal.

Ciri sakit dada penyakit jantung koronari termasuk ketat dada, terbakar dada, tekanan dalam dada dan ketidakselesaan yang teramat dan cengkaman kuat didalam dada selama lebih dua minit.


Sakit dada ini dapat dirasai pada bahu, leher, tekak dan tangan. Pesakit mungkin juga berasa susah hendak bernafas, berdebar, pening loya ,muntah dan berpeluh. 


Ia mampu dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, amalkan pemakanan seimbang, pengambilan supplement yang betul, melakukan senaman sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali seminggu, tidak merokok atau mengambil alkohol.


Anda juga boleh mencuba.....


OMEGA GUARD SHAKLEE, COQ HEALTH 10, VITAMIN E, atau VIVIX boleh menbantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Jadi sebelum kena serangan jantung, adalah lebih baik kita berusaha untuk kurangkan risiko nya. Kalau anda atau suami ada tanda-tanda di atas tadi, berhati-hati lah dan ambil langkah sewajarnya.


Ingin mencuba hubungi Jue ok 
konsultansi percuma selepas anda dapatkan dari jue
019-9895564


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sabtu, 24 Januari 2015

Ready Stok Set Kesihatan Sendi dan Tulang

Adakah anda tergolong dalam golongan yang mengalami masalah sakit sendi dan tulang? Jika anda tergolong dalam golongan ini, cepat2 lah cari vitamin kesihatan sendi Shaklee kerana ia bukan sahaja memberi kelegaan padan tulang dan sendi, malahan ia juga memberi manfaat kepada kesihatan tbuh badan yang lain juga.


Sebelum itu, kita perlu tahu apa sebenarnya sakit sendi atau lebih dikenali dengan nama osteoarthtritis. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).



Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.



Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.


Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Senang sahaja. Amalkan tiga kaedah ini:

Set Kesihatan Sendi Terbaik

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat


Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.


Beri Kepada emak atau ayah yang mengalami sakit lutut
#Testimoni 2

#Testimoni 3

#Testimoni 4

#Testimoni 5

#testimoni 6

Jadi, saya sangat menyarankan anda tidak terlepas peluang mengambil suplemen Set Kesihatan Sendi ini agar tidak melarat atau merebak semakin teruk. Cuba dulu baru tahu hasilnya yang Hebat dan luar biasa dengan izinNya.

Saya juga kadang2 bila sakit lutut atau sendi akibat travel jauh ambil ajht dan ostematrix. Omegaguard memang wajib dah amik sebab nak bakar lemak2 ni hehe kira advanced di situ. Saya juga beri pada ma dan ayah ntuk kesihatan sendi mereka dan mereka sangat berpuashati. Mak pn dah berhenti makan ubat sakit sendi yang biasa dia duk beli di kedai runcit. Lega rasanya xdelah risau mak makan ubat sebarangan. 

Istimewa Set sendi shaklee memang tiada bahan kimia, tiruan atau bahan yang dikhuatiri berbahaya. Hanya dari bahan semulajadi. Sebab itu ia berkesan dan tahan lama.

Nak order di sini ya 019-9895564 (junaidawati)



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Jumaat, 23 Januari 2015

Cadangan Set Ekzema


APA ITU ECZEMA?


Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."
"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa ada berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.


GEJALA-GEJALA ECZEMA

Acute Eczema

- "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
- "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.

Eczema Kronik

-Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
-Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

APAKAH PUNCA ECZEMA?

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)

-Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
-Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
-Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)

-Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
-Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).


RAWATAN DALAMAN:

~ALFAFA
Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema

~OMEGA GUARD

Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

~MEALSHAKES/ESP
Meal Shakes @ ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

RAWATAN LUARAN:

~BASIC H
Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema.
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

~VITA E
Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut.


*NUTRIFERON+VITA C+HERBAL BLEND juga elok untuk eczema 




Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur penghidap.




Baby 
Ibu yang menyusukan baby yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.
Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.
 
Kanak-kanak  2-4 tahun 
Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema.
Mealshake juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut
 
Kanak-kanak 4-12 tahun 
Mealshake+ESP+omega guard untuk merawat kulit. Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.
 
Remaja dan dewasa 
Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP+mealshake+vitamin e+herbal blend+omega guard +alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pada saya.
sumber :  http://asliezan.blogspot.com/

Berminat?

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Kajang dan Semenyih yang selalu mempunyai ready stok untuk anda yang ingin mendapatkan segera produk yang anda inginkan.

Harga lebih jimat dengan menjadi ahli kami
info lanjut berkenaan harga whatsaap jer di 0199895564


(ju/watie) SID 930073


Contact :- whatsapp/sms 019-9895564

junaidawati-jusoh.blogspot.com

myblog :  http://junaidawati-jusoh.blogspot.com/

Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

11 Tips Banyakkan susu ibu

Assalamualaikum 



Hari ni nak berkongsi dengan semua yang membaca entri ini iaitu berkenaan dengan tips nak banyakkan susu ibu. Pengalaman sendiri, memang tertekan masa awal-awal berpantang kerana kekurangan susu badan. Namun kukuatkan semangat untuk terus berjuang mencapai misi untuk menyusu bayi keduaku sepenuhnya hingga 2 tahun setengah. 



Sekarang bayi dah besar dah setahun 4 bulan pun dan alhamdulillah masih lagi mampu memberikan susu ibu sepenuhnya padanya. Apa agak-agak rahsiaku yang menyebabkan masih lagi boleh memberi susu badan sepenuhnya pada anak kedua ku ini? Pertama mungkin kerana kerjayaku sebagai surirumah yang tak perlu berjauhan dengan anak, tapi zaman sekarang dah canggih pelbagai jenis pam yang bagus-bagus boleh membantu ibu bekerja menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun setengah. 

Kedua, mungkin aku dikurniakan dengan sikap yang tidak mudah berputus asa dan ingin mencuba selagi boleh. Ketiga aku mengambil suplemen kesihatan yang membantu memperbanyakkan susu ibu disamping menjaga kesihatan badan agar tidak lesu sepanjang proses penyusuan. 

Kita beralih pula pada tips yang ingin kukongsikan dengan pembaca-pembaca, jom baca tips di bawah;-
  1. Banyakkan minum air/jus buah-buahan/makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
  2. Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
  3. Banyakkan makanan berprotein.Protin penting kerana komposisi utama dalam susuibu ialah protien dan protin diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yg sihat. Sebab tu saya sangat suka dgn ESP (energizing soy protin).
  4. Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam
  5. Minum air asam jawa direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping.
  6. Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
  7. Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
  8. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
  9. Makan lebih sayur-sayuran terutamanya sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang.
  10. Ambil Vitamin untuk Membantu menyokong memperbanyakkan susu.
  11. Selalu membaca doa untuk perbanyakkan susu ibu.
Doa Minta diperbanyakkan susu untuk bayi

Akhir kata, jangan lupa menadah tangan memohon dariNya kerana susu ibu itu rezeki dan rezeki itu hak Allah. Sedikit atau banyak titisan susu ibu yang mengalir,hanya Dia yg menentukannya. Elakkan mengeluh kerana mengeluh itu menjauhkan dari rahmat Allah.. Banyakkan bersyukur dan beristigfar. Dan ingatlah perjalanan penyusuan setiap ibu itu berbeza. Saya doakan yang terbaik utk semua ibu-ibu di luar sana.. Dan moga ada rezeki tertulis utk saya melalui perjalanan yg indah itu sekali lagi. kerana hanya Dia yg mengetahui yangg terbaik buat saya dan anda semua ameen.

Jika anda berminat dgn pengambilan supplemen, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.


* Lengkap dengan protin 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *

Tak percaya?. Sila baca 



Syukur stok dah banyak

Wow banyak susunya tu


Testimoni ke 3


Testimoni set menyusu Shaklee 

Testimoni ke 5

jika berminat hubungi saya yer 



I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073 
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015