"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 31 Januari 2015

4 Soalan Popular Bagi Ibu Menyusu Setelah Makan Vitamin Shaklee

Dalam penyusuan, ibu yang berjaya meningkatkan susu ibu adalah ibu yang betul2 yakin dan percaya bahawa susu ibu itu sentiasa ada untuk anaknya. Pemikiran positif perlu ditanamkan dalam fikiran ibu agar ibu tidak stress. Saya juga dah pernah lalui dan pernah juga berfikir negatif tetapi bila selalu diingatkan agar sentiasa berfikir bahawa susu itu ada maka ia memang ada dan alhamdulillah sampai 2 tahun saya dapat menyusukan ank saya.

Ibu Menyusu

Ok kita baca apa soala-soalan yang biasa ditanya setelah ibu menyusu makan vitamin. Ini bagi mereka yang kurang yakin dengan susu mereka samada cukup atau tidak untuk anaknya.

Soalan yang sering di tanya oleh ibu2 yg - Soalan yang sering di tanya oleh ibu2 yg mengharapkan susu banyak dengan cepat dan mudah.Antaranya :

1) Makan shaklee boleh banyak susu?


2) betul ke vitamin Shaklee boleh buat susu banyak?


3) Kenapa saya makan vitamin Shaklee tapi susu tak banyak pun?


4) Saya dah ambil vitamin Shaklee tapi takde kesan pun?


Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan info agar tidak berlaku lagi salah faham mengenai vitamin dan penyusuan.Untuk makluman ibu2, vitamin Shaklee BUKAN UBAT dan BUKAN sesuatu yg AJAIB banyakkan susu.Susu badan tak boleh banyak dalam sekelip mata...blink blink ehhhh susu dah banyak. Ibu-ibu kena faham , vitamin Shaklee hanya MEMBANTU dalam banyakkan susu badan.

Jadi, sangat PERLU consume vitamin Shaklee bersama tips2 n rules pengambilan vitamin dan tips banyakkan susu.Secara asas, sekiranya badan kita dibekalkan vitamin-vitamin yg cukup, ia akan memastikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, badan sentiasa bertenaga dan cergas, tak lesu tak letih...jadi tekanan/stress dapat dikurangkan.

Dengan itu, badan kita akan mudah menghasilkan susu dengan lancar dan optimum jika disertakan bersama tips2 banyakkan susu. susu tidak akan banyak dengan hanya makan suppliment semata2.Suppliment adalah bantuan tambahan untuk membekalkan zat2 makanan yg tak cukup bagi badan kita.

Ibu-ibu disarankan KERAP kosongkan breast seperti sesi mengepam/ direct breastfeeding paling kurang 2-3 jam sekali. makanlah berdozen2 vitamin sekalipun, minumlah berliter2 milk booster, jika konsep Supply vs Demand dianggap remeh dan tak dipatuhi, maka penyusuan menjadi amat sukar.Amalkam Power Pumping. Banyakkan minum air kosong. Elakkan ambil air ais.

Jangan skip meals! Susu datang dari pemakanan yg seimbang oleh ibu-ibu. Kalau tak makan, mana nk datang susu kan?

Paling penting yakinlah hanya Allah sahaja yang memberi rezeki susu. Konsisten lah dalam amalan rohani seperti berzikir, istighfar kepada Pemberi Rezeki susu ibu.Saya sertakan di sini 8 Tips membantu banyakkan susu ibu. Tips2 Eksklusif boleh didapati daripada Distributor Shaklee anda.

1)Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.

2)Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.

3)Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.

4) Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.

5)Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.

6)Amalkan pemakanan yang sihat. Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.



7)Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.
Doa banyakkan susu ibu


8)Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. 

Saya doakan agar ibu-ibu mendidik diri, mendidik hati agar lebih konsisten dan berdisiplin dalam pengambilan vitamin, makanan yang seimbang serta amalan rohani jika ingin berjaya dalam penyusuan.

Antara Suplemen Yang selamat untuk ibu dan bayi adalah seperti di bawah


Set Penyusuan Lengkap Optimum

Ok saya berharap dan mendoakan agar ibu menyusu semua kat dan tabah. Jiwa kena kental, inshaAllah penyusuan berjalan lancar. Jika ada sebarang pertanyaan hubungi saya Junaidawati SID Shaklee Pakar Set Penyusuan Lengkap Shaklee Anda.



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015