"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 17 Januari 2015

10 Tanda-tanda Awal Penyakit Kencing Manis

Adakah anda mempunyai sejarah penyakit kencing manis? Atau sedang mengalami simptom-simptom gejala kencing manis. Jika ya, sebaiknya dikawal segera sebelum Parah. Jangan sampai anda terlewat untuk merawat penyakit ini, kelak ia merbahayakan anggota tbuh badan anda malah boleh mengancam NYAWA. Jadi beringatlah dari awal, cegah sebelum Parah!.


Risiko ntuk mendapat kencing manis adalah tinggi.

Penyakit kencing manis atau lebih dikenali sebagai diabetes melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. 


Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.

Simptom-simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.
Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

Gejala atau simptom Kencing manis


10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
  1. Paras gula darah tinggi
    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.
  6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
  8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
    Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
  9. Sensasi pada tangan dan kaki
    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
  10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
Kencing manis boleh dirawat dengan cara mengawal pengambilan makanan harian anda. Lepas ni jue akan buat entri cara-cara untuk mengawal penyakit kencing manis ini pula. Secara ringkasnya, sebaiknya kita kawal diri kita dengan menjaga atau mengawal berat badan, selalu bersenam, dan mengamalkan suplemen kesihatan. Suplemen yang terbaik ntuk mengawal kencing manis adalah seperti Vitalea, alfafa, vita c, b complex dan zinc. Selain itu, yang terbaik adalah Vivix.


Alfafa juga membant untuk mengurangkan bacaan kencing manis anda..
Ini kerana alfafa merupakan raja segala tumbhan yang mempunyai khasiat yang sangat banyak pada tubuh badan kita. Boleh jenguk testimoni di sini.

Yang terbaik ata paling best adalah konsisten guna Vivix. Vivix mampu menyokong kesihatan keseluruhan manusia. 

Pengambilan Vivix amat2 digalakkan jika anda mempunyai penyakit kencing manis ini

Jika berminat untuk mengamalkan suplemen kesihatan ini boleh menghubungi jue secara sms/whatsapp di 019-9895564. Untuk harga yang berpatutan juga sila jangan segan2 untuk berngding dengan jue ok. Harga istimewa akan diberikan selagi tidak melanggar etika perniaagaan dalam Shaklee. jadi jangan lupa hubungi jue ok Pengedar Shaklee kajang dan berhampiran anda.





Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015