"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 29 November 2013

Tips mudah hamil

Entri kali ni nak berkongsi mengenai tips mudah hamil bagi mereka yang inginkan anak setelah berkahwin. Seharusnya kita tahu tidak semua pasangan dikurniakan rezeki anak. Apa boleh rezeki anak semuanya sudah ditentukan oleh-Nya. Kita sebagai hambanya hanya perlu berserah dan berdoa agar termakbul impian.

Firman Allah SWT dalam surah (asy-Syura: 49-50) yang bermaksud :
 “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”


Anak adalah rezeki, amatlah beruntung kepada sesiapa yang telah dikurniakan anak lebih awal dari yang lain, bersyukurlah, jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan, jangan terlalu berbangga dengan kejayaan, kerana kejayaan itu milik Allah Ta’ala, bagi kita sebagai hamba hanya mambu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kerana anak itu tercipta bukan kerana kuasa manusia.
Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah Ta’ala kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.
Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak.
Doa Dan Amalan Untuk Mendapat Zuriat
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNya akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
1. Pertama
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
2. Kedua
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.
Amalan-amalan untuk mendapat zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
1. Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
2. Amalan kedua.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. – Ustazah Siti Nor Bahiyah
Selain itu, kita digalakkan untuk berusaha, orang yang selalu berusaha dan yakin bahawa Allah akan menolong hambaNya yang sentiasa berusaha. Bezanya cuma dikabulkan cepat ataupun lambat sahaja.
Di sini saya menyarankan agar mereka-mereka yang ingin hamil mencuba suplemen yang boleh membantu meningkatkan kesuburan mereka. Antara suplemennya adalah:-




GLA Complex: GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki & wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air & sakit payudara.

Zinc Complex: Fungsi zinc adalah utk penghasilan sperma yg sihat. Zinc dpt membantu meningkatkan paras testosteron & jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian ialah 11mg.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan suplemen kesuburan ini, anda boleh hubungi saya di :-
I’m Shaklee independent distributor

(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com





Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Ahad, 24 November 2013

Doa selamat untuk hari lahir sekeluarga

Baru sampai jengka semalam, letih tak yah cakapler, sebenarnya tiap-tiap hari pun saya letih hehe tapi buat-buat cergas sebab nak jaga anak-anak. Saya memang sukakan suasana kekeluargaan yang harmoni dan bahagia, yela sapa yang suka pecah belah pulak kan? Saya bertuah kerana masih mempunyai kedua ibu bapa dan keluarga besar yang sangat mementingkan tali persaudaraan yang erat. Balik-balik kampung je mak dah sediakan segala keperluan untuk menyambut hari lahir kami sekeluarga. Semua buat sekali je sebab jimat masa tenaga dan wang, haha bukan apa papa tak da masa untuk buat setiap tarikh besday kami, memandangkan kami semua lahir dalam bulan 11 dan 12 jadi buat sekali jelah cukup. Janji ada ucapan dari orang yang kita sayang pada tarikh lahir kita itu pun sudah memadai.

Sampai-sampai je rumah tokma terus tanya pasal kek princess dia, tu lah dia ayis yang sentiasa ingat janji yang mama nak bagi dia kek princess. Tokma pun tunjukla kek yang ada dalam peti ais tuh, punyalah suka tengok kek tu sampai terlompat-lompat sambil cakap cantiknya kek ayis, pastu tak sabar-sabar nak potong. Berapa kali suruh mama keluarkan kek sebab dia nak potong kek tu, bukan nak makan sangat pun, "excited" sangat nak potong kek cantik tu jer. Satu lagi kek pandan, tapi lupa pulak nak snap gambar kek pandan tu, mentang-mentanglah kek biasa je terus takmo amik gambar haha.
Tu dia kek untuk my princess tersayang, memang menjadi hasil kerjatangan kak Marina Turiman ni, semoga dia semakin berjaya dalam bisnes bakeri yang baru diceburinya tu, amin In Sha Allah. Semoga berjaya jugak dalam bisnes Shaklee kita haha sempat lagi nyelit Shaklee bukan apa produk baik dan terlaris di pasaran. haha I love Shaklee. Selesai majlis potong-potong kek tetamu dihidangkan dengan bihun goreng. apam polkadot, apam original, dan air sunquick dan tak lupa sedikit jajan untuk tetamu-tetamu kecil. Terima kasih datang semua kerana memeriahkan majlis.

Sapa-sapa yang berminat untuk tempahan kek boleh hubungi Kak Marina ni ( 012-7779343) dan bagi sesiapa yang ingin bertanya mengenai produk Shaklee boleh hubungi saya di :-

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Jumaat, 22 November 2013

Panduan berpantang selepas bersalin

Makanan ibu dalam pantang dan info-info dalam pantang
Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. 

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan. 


Jenis ikan 
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. 

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain. 

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. 

Ulam-ulaman 

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: 

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. 

Jenis sayuran dan buahan 
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 

Jenis ayam dan burung 
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Suplemen untuk mereka dalam pantang
Pelbagai suplemen boleh diambil semasa berpantang untuk menjaga kesihatan diri dan bayi. Bagi mereka yang mementingkan kesihatan dalaman bolehlah mengambil suplemen Shaklee. Apa yang penting ketika memilih produk semasa berpantang adalah produk yang dijamin keasliannya, ada kelulusan KKM, semulajadi, berkesan dan halal.

Antara set cadangan suplemen shaklee untuk mereka selepas bersalin adalah


I’m Shaklee independent distributor

(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Rabu, 20 November 2013

Tips melegakan tekanan

Setiap orang memang tak akan lari dari menghadapi masalah, dugaan dan pelbagai masalah yang datang selalu memberi impak yang besar kepada mereka. Surirumah wanita terutamanya, hasil kajian terbaru menunjukkan  wanita Malaysia adalah yang ke 16 tertinggi di dunia yang mengalami masalah tekanan. Memang tidak dinafikan semua orang pastinya mengalami tekanan cuma cara kita berhadapan & mengatasi masalah itu lah yang harus di berikan penekanan.

Di sini saya ingin berkongsikan beberapa tips untuk menghadapi tekanan dengan tenang secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. Antaranya adalah:-

  • Berjalan-jalan & pergi ke tempat2 yang menenangkan. Contohnya bersenam/bermain dgn anak di taman permainan.
  • Hayati keindahan alam ciptaan Tuhan sambil mensyukuri segala nikmat yang telah diberi
  • Tarik nafas perlahan-lahan & hembuskan dengan lembut & perlahan. Ulangi aktiviti ini beberapa kali.
  • Carilah masa utk diri sendiri setiap hari sekurang-kuarangnya 5-10minit. Mahasabah diri
  • Fokus pada orang lain & bantulah mereka mengurangkan tekanan mereka
  • Bagi inspirasi pada diri sendiri, bacalah kata-kata semangat atau motivasi untuk menaikkan semangat diri sendiri
  • Makan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kita bertenaga & mampu berfikir sacara waras
  • Mandi dengan air suam. Dapat menyegarkan kembali tubuh yang penat
  • Berhibur dengan tv, radio @ bahan-bahan bacaan yang kelakar
  • Bacalah Al-Quran & Tafsir setiap hari walaupun sedikit
  • Dapatkan tido yang secukupnya sekurang-kuarangnya 6 jam sehari.
Selain itu, salah satu cara untuk mengatasi tekanan adalah dengan mengamalkan suplemen B complex. Saya sebagai surirumah sememangnya mengambil inisiatif dengan mengamalkan B complex agar membantu saya untuk tenang dan lebih releks. Ternyata berkesan, tanggungjawap untuk menjaga semua keperluan keluarga dari anak-anak hingga ke suami memang agak memenatkan sehingga boleh membawa kepada tekanan yang berat. Jadi dengan amalan suplemen B complex semua dapat diatasi dibantu lagi dengan muhasabah diri dengan langkah-langkah di atas.

Sesiapa yang ingin mendapatkan suplemen B complex ini bolehlah menghubungi saya seperti di bawah:-

I’m Shaklee independent distributor

(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Isnin, 18 November 2013

Misi mencari Chezzy Cake

Assalamualaikum

Pagi ni nak kongsikan pengalaman mencari kek untuk suami 2-3 hari ni. Sungguh mencuit hati, seperti biasa lepas waktu zohor kami keluar untuk perhi makan-makan, sambil tu nak mencari kek cheese di Bangi, dah tak ingat apa nama kedai tu tapi yang pentingnya berdekatan dekat Butik MumDreams Bangi. Pertama kali masuk kedai kek tu kebetulan je sebab anak aku iris nak beli lolipop coklat angry bird. Bila masuk dalam aku jadi tertarik pula sebab banyak kek kegemaran aku di situ. Red Velvet,  Rainbow cake, choc moist dan banyak lagi. Masa masuk tu tak terfikir pulak besday papa dah dekat. Bila balik rumah baru teringat besday papa dah dekat tapi belum siap apa-apa pun, yelah walaupun jarang sambut tapi sekurang-kurangnya nakla ada kek sebagai tanda aku dan anak-anak menghargai apa yang suami berikan pada kami semua. Akhirnya dah sampai Bangi, kami sesat jalan pula, jadi gagallah misi pertama mencari kek. Sebenarnya nak beli "Rainbow Cake", nampak macam sedap dan cantik je warna pelanginya, rasa belum penah lagi.

Misi kedua pula kedai kek tutup, jadi gagal jugak. En suami cakap takde rezeki lah tu nak makan beli kek kat kedai tu, pelik aku orang melayu berniaga hari sabtu pun nak tutup kedai. Sebab tulah kenapa kedai cina je ramai orang pergi sebab orang melayu lebih ramai yang suka berehat dan bercuti. Akhirnya kami singgah di Sugar Bun, kajang dekat dengan Maybank, tiba-tiba nampak kek yang agak menarik hati kami untuk membeli. Apa lagi terus aje aku beli kek yang diberi nama "Cheezy Cake", rasa kek ni sangat-sangatlah sedap lembut je, pemilik kedai ni cina tapi halal kek nya. Persoalannya di sini aku rasa lepas ni tak payahlah susah-susah cari kek di tempat yang jauh-jauh sikit dari rumah aku, yang dekat sejengkal pun ade, sedap pulak tu. Secret Recipe pun ada tapi dah muak makan kek kat situ, nak mencari kelainan sikit hihi kononla akhirnya membazir masa dengan jalan yang jem dan jalan tutup sebab tiba-tiba ade jalan tutup akibat banjir kilat masa nak menghala ke Bandar Baru Bangi hari tu.

Inilah corat-coret aku hari ni, sekadar untuk berkongsi cerita. Selepas ni, rasa macam teringin belajar buat kek sendiri pula. Teringat ada kawan yang pandai buat kek ni tapi nak tempah kat dia kena bali kampung la pula. Jadi, beli aje dekat-dekat sini pun dah ok sedap pun sedap. Di sini aku nak kongsi resepi membuat cheezy cake sebab akan datang aku akan belajar buat juga, in Shaa Allah.



Bahannya:
200g cream cheese( TATURA CHEESE.)lina pg gn 250g
400 ml susu segar (lina pg gn 1tin susu cair)
100 g mentega
100 g tepung gandum
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila
1st jus lemon(xbubuh pn xpe)

Cara2nya:
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50 min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
9. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu..JGN GATAL TGN NK MENCUNGKIL2 TEPINYA..KANG COMOT XLICIN LAK TEPI2 KEK TU..
10. Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time keknya sejuk...


Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh hubungi saya Ju/Wati di bawah:


junaidawati-jusoh@gmail.com 




sms/wechat/whatsapp di 019-9895564


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sabtu, 16 November 2013

Cucur bilisku

Bismilllahirrahmanirrahim...

Pagi ni mula-mula macam tak nak sarapan, tapi perutku memaksa untuk makan. Hehe maklumlah malam tadi memang tak sentuh nasi hanya minum air kgemaran lagi mengeyangkan je, air ape lagi kalau bukan Energizing soy protein. Sungguh sedap air esp bila ditambah dengan vico sejuk, bertambah-tambah kenyangla perutku.
Jadi, pagi ni ju buat cucur bilis paling ringkas sebab nak cepat, masa itu kan emas. Rasanya 24jam sehari macam tak cukup jer, tapi kena bersyukur sebab itu dah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Jom tengok rupa cucur bilisku yang tak seberapa ni, nampak je macam ni tapi rasanya memang sedap habis sepinggan ju bedal, haha.

Resepinya sangat mudah, ikan bilis, kentang, tepung gandum, garam dan air. 

Alhamdulillah kenyang walaupun ringkas, cukuplah untuk alas perut pagi hari ni, tengahari nanti fikir pula nak masak apa. Indah sungguh hidup ni jika dibandingkan dengan insan-insan yang tidak bernasib baik seperti aku. Ya Allah padaMu kupanjatkan rasa syukur, jadikanlah aku insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberianMu dan Kau murahkanlah rezeki bagi mereka yang memerlukan. Amin



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Khamis, 14 November 2013

Sarapan apa hari ni?

Pagi ni dah tak tahu nak masak apa, ada penyakit 'm' pula. Terus ju google dalam internet tempat-tempat menarik untuk pergi sarapan hari ni. Terjumpalah 3 tempat menarik yang boleh ju kungjungi kejap lagi bersama keluarga. Semua kat area Bangi, macam teruja je ni nak pergi.

Restoran Azura
6, Jalan 3/69 (Seksyen 3)
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Tips
  •  murah dan pelbagai lauk pauk pada waktu tengah hari
  • keistimewaan waktu malam dan patut cuba-nasi goreng ketam
Nasi goreng ketam

Restoran D’Limau Nipis

Jalan 8/1 (Persiaran Bangi)
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650
Tips
    • Patut cuba airnya-air limau nipis istimewa
    • Ikan bakar dan sotong dengan sambalnya


      Jom kita pergi jalan-jalan cari makan kat bangi.^^

Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Selasa, 12 November 2013

Hari bersama keluarga

Hai pembaca-pembaca blog semua, bagaimana dengan hari minggu baru ni, adakah anda bersama keluarga atau masih terpaksa bekerja. Bagi WAHM seperti ju ni memang tak perlu fikir pasal kerja dengan orang, masa sangat fleksibel boleh bekerja dari rumah sambil jaga anak-anak. Memang menyeronokkan apabila kita dapat melihat anak-anak membesar depan mata kita sendiri. Ju memang sangat teruja membesarkan si manja ju, ada masa kita sedih, ada masa kita gembira dan seronok bermain dengan mereka. Hari minggu lepas ju dan encik suami pun sempat meluangkan masa membawa mereka bermain-main. Gembira tak terkata along ayis sampai cakap banyak kali kat mama "ayis sayang sangat mama" sambil cium pipi. Mama pun sayang ayis dan adik.







Mama sayang kamu semua. 
Love family forever.


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015