"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 22 Ogos 2014

Malaysia BerKabung

Alhamdulillah 20 jenazah MH17 selamat sampai di bumi Malaysia. Mari kita sedekahkan Al fatihah buat jenazah yang beragama islam. Moga mereka ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. amin

AL-FATIHAH BUAT MANGSA MH17
Alfatihah

Ptay for MH17



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Khamis, 21 Ogos 2014

Set Ibu Menyusu mengikut Bajet

Bila sebut mengenai susu ibu, semua orang pun tahu tiada susu yang lebih baik dari susu ibu. Susu ibu merupakan susu pertama bagi kelahiran bayi. Setiap ibu termasuk saya mengimpikan bayi mereka diberikan susu ibu sepenuhnya sehinggalah bayi mereka berumur 6 bulan dan diteruskan lagi sehingga berumur 2 tahun. 

Kini, korang semua boleh pilih mengikut bajet dan kemampuan masing-masing, untuk melihat fungsi setiap vitamin dan suplemen boleh rujuk set ibu menyusu 

PILIH SET MENYUSU MENGIKUT BAJET ANDA!

Okey pada ibu-ibu semua, jika berminat untuk dapatkan set ibu menyusu boleh contact saya ye Jue@ Watie 019-9895564. Panduan penyusuan dan juga produk vitamin akan diberikan tau selagi ibu-ibu semua berurusan dengan jue.

Cod Kajang, Semenyih, Bukit Aman

I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073 
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
www.junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb: https://www.facebook.com/junaida.watie
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Rabu, 20 Ogos 2014

Masalah ketika menyusukan Bayi

Assalamualaikum...

Saya pasti ramai ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka ketika berpantang mempunyai pelbagai masalah. Sebab itulah kenapa ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mempunyai tenaga yang banyak, ketenangan dari stress, dan perlu mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan rohani. Kesabaran juga amat lah penting bagi memastikan proses penyusuan berjalan dengan jayanya. Teringat masa saya menyusukan bayi ketika berpantang, memang banyak sangat masalah sampai kadang-kadang rasa putus asa untuk teruskan penyusuan. Rasa macam nak bagi susu formula jek, astagfirullahalazim, naif betul saya masa tu. 2 minggu berpantang dan menyusukan bayi saya, saya mengalami masalah bengkak susu, puting pedih yang teramat, Tuhan je yang tahu tapi bila dikenang terasa puas sebab saya masih bersabar untuk teruskan juga niat yang telah dipendam sejak saya tahu saya hamil anak kedua. 

Ok untuk lebih mendalam jom kita baca sedikit info mengenai masalah-masalah yang selalu ibu-ibu alami ketika menyusukan bayi mereka.

Bengkak buah dada

bengkak susu

Sebab - Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Penyelesaian:  Sebelum menyusu, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.

·             Jika buah dada anda masih keras selepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk melegakan kesakitan.
·              Pakai coli yang mengampu buah dada dengan baik.
·             Tentukan kedudukan anda betul dan bayi menetek dengan berkesan. Jangan hadkan penyusuan. Menyusulah dengan lebih kerap.

Puting yang luka atau merekah/melecet

Puting melecet

Sebab - Jika bayi hanya menghisap puting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Penyelesaian -
 
    1. Pilih kedudukan yang sesuai  dan selesa. Dekatkan bayi ke  buah dada dan bukan sebalik-nya.
    2. Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunya menyentuh buah  dada anda.
    3. Amat penting anda terus menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
    4. Beri bayi hisap buah dada yang  tidak sakit dahulu. Bila susunya  mangalir dangan elok, beralih- lah ka buah dada yang sakit itu.
    5. Selepas menyusu, masukkan  hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.
    6. Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak  daripada menggunakan sabun,  krim atau losyan pada puting.
    7. Dedahkan puting anda ke udara sekerap mungkin. Elak daripada memakai coli  sehingga kesakitannya reda.
    8. Jika putingnya terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusui.
Kekurangan Susu Ibu


Susu Kurang?


Sebab - Pengaliran susu anda  akan menyusut kerana kurang  rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :

1.     Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.
2.      Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
3.      Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.

Susu anda juga akan menyusut :

1.     Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu.
2.      Jika anda menghadapi tekanan emosi.

Penyelesaiannya  -

1.     Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
2.     Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
3.     Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
4.     Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran).
5.     Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.

6.     Cuba tenangkan diri anda.          


Banyak kan dugaan ketika menyusu bayi, hanya ibu-ibu sahaj yang merasa pahit manis menyusukan bayi mereka. Namun bagi saya alhamdulillah kerana sehingga kini masih lagi memberikan susu badan kepada anak saya yang telah berumur setahun 8bulan ni. Terasa pantas masa berlalu. Rasa nikmat selepas semuanya berakhir. Nasihat saya bagi ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusu badan, teruskan lah hasrat anda yang suci murni itu, bersiap sedialah untuk menghadapi pahit getir dalam membesarkan anak anda. Sesungguhnya susu ibu itu adalah susu yang terbaik di dunia ini. Semoga anda semua dapat menyusukan bayi anda dengan efektif dan berjaya. 

Di sini juga saya nak kongsikan doa yang boleh diamalkan untuk perbanyakkan susu ibu. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.

Doa Perbanyakkan susu ibu. ameen
                                                            
Junaida Watie
Pengedar shaklee Selangor.
019-9895564
Panduan percuma diberikan untuk pelanggan suplemen susu ibu saya :) 







Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Jumaat, 15 Ogos 2014

Boikot oh Boikot

Assalamualaikum wbt..

Tak sangka kan Shaklee punya produk pun kena boikot juga. Nak boikot pun boikotlah, pandangan setiap orang berbeza-beza. Hanya Allah yang mengetahui mana yang sebetulnya. Apa-apa pun jika anda adalah sebahagian dari SID Shaklee jangan goyah dengan dugaan yang datang ni, just ignore dan tunggu aje dari pihak yang bertanggunghawap memberi jawapan. Jangan buat andaian sendiri. Blog ini telah mengukuhkan jiwa saya sebagai pengedar Shaklee agar tetap utuh membantu masyarakat mendapatakan kesihatan.
Sebab ianya sangat semulajadi, selamat dan berkesan. Jom baca blog ini.

http://www.zahirahhafizan.com/2014/08/sudah-sampai-masakah-untuk-memboikot.html?spref=fb&m=1

Moga minda anda positif selepas membaca blog ini ye.

Bye Sekian
Junaidawati Jusoh
019-9895564
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Khamis, 14 Ogos 2014

Kenapa Vitamin tidak berkesan?

Ramai yang tak tahu ada segelintir kita yang tidak boleh mengambil sembarangan vitamin. Justeru itu timbullah masalah iaitu tidak merasa apa-apa setelah mengambil vitamin tersebut.n Itulah pentingnya membeli vitamin dan mendapat khidmat nasihat atau konsultan dari pengedar dahulu. Di sini saya nak kongsikan beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.



1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.
 
Jangan amalkan pengambilan semua sekaligus
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:

Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea

ibu hamil

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.


Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Sekian info hari ni

Junaidawati Jusoh 
Agen Shaklee prihatinsid 930073
0199895564
www.junaidawati-jusoh.blogspot.com
Pengedar Shaklee Kajang dan seluruh Malaysia :)


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Selasa, 12 Ogos 2014

Multivitamin terbaik dan tertua di dunia

Vitalea merupakan produk paling basic dan paling penting dalam shaklee, ia juga merupakan produk pertama dari  DR. FOREST C.HAKLEE.

APAKAH KELEBIHAN VITALEA ?
Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.  ia seumpama 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk. Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk, wah mampu ke nak makan sampai 40 jenis lauk tu?

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang.  Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea.  Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Kenapa Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik
Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
   tulang
- 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk 
   vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi 
   paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
   proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong 
   kesihatan tulang
- 10 kali lebih Biotin yang menyokong 
   proses pengeluaran tenaga

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee
Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.



Dapatkan vita lea shaklee pada harga murah bulan ini!

Kenapa saya beria-ria suka vita lea ini?
1.sebab vitalea adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
2.dulu berbentuk cecair (90 tahun dahulu- amboi lamanya saya xlahir lagi) sekarang tablet dan dikenali vita lea.
3.Satu tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting spt yg disarankan oleh RDA.
4.Disaluti oleh serbuk spirulina.
5.Tablet multivitamin yang terpantas di DUNIA terlarut dalam air dan tubuh manusia.
6.Mineral yang ada didalamnya mudah berintegrasi dengan protin utk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
7.Ujian klinikal membuktikan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
8.Dipilih oleh Center of science di Amerika Syarikat sbg THE BEST MULTI-VITAMIN di dlm Public Interest pada tahun 2000.

Wow! Jadi sebab itu saya suka vita lea, sesiapa nak berdiet boleh amik vita lea sebagai pelengkap nutrisi anda, xdelah lesu kalau xmakan kan?

jom beralih ke dunia yang lebih sihat

Sebarang pertanyaan / pesanan sila pm kami disini -->https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty?sk=messages_inbox

Untuk respond yg pantas sila CONTACT-> whatsapp/wechat/line/sms only 0199895564
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Hebat Sangat Ke Vitalea tu??

Ramai orang ambil suplemen dan vitamin untuk kesihatan, tetapi ramai yang tak tahu vitamin apa yang paling asas sekali yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Asal nak cantik je ambil vitamin C dan vitamin E, betul la tu sebab saya sendiri pun amalkan vitamin tersebut, tetapi tahukah anda dalam badan kita masih ada lompong-lompong atau ruang-ruang yang sepatutnya dipenuhi dengan nutries asas atau lebih dikenali sebagai multivitamin. Sebabnya kenapa kita kena ambil multivitamin adalah kerana kita tak tahu samada kita sudah ambil vitamin yang mencukupi ataupun  tidak. Dan seharusnya kita tahu juga bahawa setiap hari kita memerlukan vitamin, bukan dengan hanya sekali makan, sepanjang hayat vitamin itu kekal dalam tubuh, kalau macam itu, xperlulah hari2 makan kan, hihi. Vitamin ini ibarat makanan harian yang wajib kita ambil untuk memastikan tubuh kita kekal sihat dan cergas.


Vitalea dulu dan kini. Fungsi tetap sama hebat.


Okey berbalik pada Kehebatan Vitalea ni. Kenapa Vitalea ni saya anggap ia Hebat?Unik sangat ker? Atau magik sangat ke untuk kesihatan kita?

Jom baca sini

- Vitalea adalah vitamin@ multivitamin yang pertama dicipta di dunia tau bukan calang-calang vitamin. Yang dicipta pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee iaitu Dr. Forest Shaklee yang dinamakan sebagai Vitalized Minerals. Bagi saya itu dah cukup membuktikan vitalea itu hebat.

- Dalam banyak-banyak vitamin, vitalea ini paling penting sebab ia asas. Ia adalah makanan sel dan perlu bagi memenuhi ruang-ruang nutrien yang kosong yang diperlukan oleh badan. Sebab itu kalau boleh jangan skip Vitalea terutama bagi ibu-ibu yang hamil.

- Uniknya Vitalea ini kerana ia merupakan tablet yang disaluti spirulina yang sangat larut dan mudah untuk berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang maksimum di usus kecil.

sangat mudah larut.


- Ujian klinikal membuktikan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Manfaat Vitalea kepada tubuh badan kita

Formula lengkap Vitalea


Boleh baca artikel sini mengenai Vitalea lagi. 

Dan apa yang best mengenai Vitalea ini adalah ia sangat-sangat membantu ibu hamil yang mengalami masalah Hb yang rendah. Xcaya meh tengok testimoni ini.

Hb naik dengan Vitalea

Baik untuk ibu hamil.

Jadi terbuktilah yang Multivitamin Vitalea Shaklee hebat, dan kita memang memerlukan untuk kehidupan yang lebih sihat. Barulah lengkap nutrien yang kita perlukan dalam tubuh ini. 

Nak tau lebih lanjut? Boleh whatsapp/sms untuk chit chat dengan saya Jue di 019-9895564






Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tips Bantu Mangsa Serangan Jantung

Tiada siapa dapat menjangka apa yang berlaku pada masa depan termasuklah aspek kesihatan. Oleh itu, sangat penting untuk membuat persiapan terhadap sebarang kemungkinan.
Dr. Haizal Haron Kamar, Pakar Kardiologi, Pusat perubatan Tropicana menegaskan persediaan awal bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa sendiri malah nyawa orang lain juga.
"Secara asasnya, setiap individu perlu tahu bagaimana teknik-teknik mudah dan asas jika berhadapan dengan situasi kecemasan. Dalam membantu mangsa yang diserang penyakit jantung mereka hendaklah mempelajari bagaimana melakukan Cardiopulmonary resusciation (CPR).
Pertama, perhatikan keadaan mangsa. Jika stabil hendaklah terus dibawa dan dirujuk kepada hospital berkenaan. Jika sebaliknya, lakukan CPR jika diperlukan.
Dari segi pernafasan pula,  pelajari bagaimana untuk mengenal pasti keadaan berpandukan denyutan nadi dan pernafasan mangsa. Cara terbaik adalah dengan memastikan mangsa diletakkan dalam keadaan 'recovery position' bagi membolehkan air liur atau apa sahaja yang menyekat pernafasan mangsa dikeluarkan.
"Pastikan denyutan nadi mangsa berada pada tahap yang stabil. Tapi jangan pula terleka sehingga lupa membuat panggilan kecemasan. Sebelum melakukan sebarang tindakan, pastikan anda telah membuat panggilan kecemasan terdahulu.
"Sesetengah mangsa mungkin boleh berkomunikasi. Jika mangsa masih boleh bercakap, pastikan sama ada dia membawa bekalan ubat atau tidak. Sekiranya ada, bantu mangsa menelan ubat. Sebagai persediaan untuk diri sendiri juga, anda juga dinasihatkan membawa ubat aspirin sebagai bekalan.
"Aspirin boleh membantu mangsa serangan jantung sekiranya tiada bekalan ubat lain. Pastikan juga mangsa tidak mempunyai alahan terhadap aspirin. Hancurkan aspirin tersebut dan minta mangsa telan perlahan-lahan. Kalau tidak mampu, letakkan sahaja aspirin tersebut di bawah lidah. Sentiasa berkomunikasi dengan mangsa bagi mengelakkan mangsa tidak sedarkan diri sehingga bantuan kecemasan tiba," ujar Dr.Haizal.
Itulah serba sedikit tip atau info yang perlu kita tahu dan buat sekiranya ada mangsa terdekat yang mengalami masalah serangan jantung ini.
Semoga ianya bermanfaat untuk korang semua. Ingat ye, kita tak tahu apa yang bakal berlaku, persediaan itu penting kerana kes sebegini boleh berlaku pada sesiapa dan di mana sahaja. Hanya mamou berdoa agar kita selalu dilindungi olenhNya dari perkara-perkara sebegini inshaAllah..
Salam sayang
Junaida  Watie
www.junaidawati-jusoh.blogspot.com
019-9895564
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Isnin, 11 Ogos 2014

Kenapa Sukar Hamil?

Bercerita tentang kehamilan, sudah pastinya setiap wanita yang sudah berkahwin ingin hamil. Walaubagaimanapun tidak semua wanita di dunia ini bertuah. Ada yang dikurniakan kesuburan yang baik, ada pula bermasalah. Jadi setiap anak yang dikurniakan itu sudah tentunya rezeki yang tidak ternilai yang diberikan oleh Yang Esa. Jika kita tidak dikurniakan anak, berfikir positif dan berprasangka baiklah dengan Allah bahawa setiap ujian yang diberikan itu bersebab, mungkin Allah ingin menguji kesabaran hambanya dalam menerima ujian yang diberikan. Dalam masa yang sama jangan lupa untuk berusaha berbagai cara dan berdoa meminta dari Nya. InshaAllah Allah itu Maha Mendengar, Maha pengurnia Maha segala-galanya. Disamping usaha yang berterusan tanpa jemu.


ibu dan anak
Sebenarnya entri kali ini saya nak kupas mengenai mengapa seseorang wanita yang sudah berkahwin itu sukar untuk hamil. Korang boleh blog di sini ye untuk info mengenai mengapa wanita itu boleh mengalami masalah kesuburan. Mungkin ia disebabkan oleh fibroid, kitaran haid yang tidak teratur, cyst, tiub fallopian tersumbat,PCOS, dan banyak lagi yang wajib wanita tahu. Ia ilmu tau walaupun tak ada kena mengena dengan mereka yang sihat, kita perlu ambil tahu sebab sakit ini datang tanpa kita pinta. Apa yang perlu kita buat adalah sentiasa menjaga kesihatan dalaman terutama bagi mereka yang sudah melahirkan anak. Bila dengar masalah-masalah seperti ini kita takut tetapi ramai yang tidak bertindak untuk memelihara kesihatan mereka dengan baik. Akibatnya kena tanggung kos rawatan yang jauh lebih mahal dari kos penjagaan kesihatan sepanjang kehidupan kita. 

Selain faktor di atas, menurut Dr Surinder Singh, pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, kesedaran mengenai masalah tidak subur dan rawatan baginya masih lagi rendah di Asia.
    
FAKTOR USIA
    
"Banyak faktor risiko bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Satu pertiga daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala satu pertiga lagi oleh kaum lelaki.
    
"Selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada pihak wanita dan lelaki dan faktor yang tidak diketahui punca," kata Dr Surinder sambil menambah bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi.
    
Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca kemandulan.    

Kesuburan wanita akan mula berkurangan pada umur 30 tahun dan ke atas manakala lelaki pada usia 40 tahun dan ke atas.
    
MEROKOK, ALKOHOL
    
Menurut Dr Surinder, tabiat merokok dan minum alkohol secara berlebihan akan mengganggu peluang pasangan suami-isteri untuk mendapat anak.  
    
Bagi wanita tiada tahap selamat bagi pengambilan alkohol semasa mengandung.
    
"Minum alkohol secara berlebihan akan menambah risiko kecacatan bayi pada masa kelahiran selain menyukarkan wanita untuk mengandung," jelas Dr Surinder.
    
Katanya lagi, mempunyai berat badan yang lebih atau kurang daripada sepatutnya atau bersenam secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesuburan.
    
UJIAN
    
Pasangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu.
    
Bagi pasangan yang berumur lebih 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan, mereka memang digalakkan menjalani ujian itu.
    
"Dalam masalah itu, biasanya pasangan wanita mengalami pusingan menstrual (haid) yang tidak menentu (tidak normal).
    
"Ada beberapa ujian untuk mengenalpasti punca masalah bagi kedua-dua pasangan," kata Dr Surinder.
    
"Ini termasuk pemeriksaan fizikal, ujian hormon dan air mani bagi lelaki manakala bagi wanita, perlu menjalani ujian ovulasi, Laparoscopy selain ujian hormon dan ultrasound pelvik," jelas pakar itu.
    
Selepas pemeriksaan fizikal yang lengkap, pesakit akan ditanya mengenai riwayat perubatan, sebarang penyakit yang ada selain ubat yang diambil, kurang upaya yang ada, serta kegiatan seksual.
    
Analisis air mani (semen) lelaki juga dijalankan bagi mengetahui kuantiti, warna dan samada wujud sebarang jangkitan (infeksi).
    
Semua ujian ini membantu doktor mengetahui samada lelaki mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup bagi persenyawaan, katanya.
    
Bagi pasangan wanita pula, ujian dijalankan untuk mengetahui samada beliau masih menjalani proses ovulasi yang normal (termasuk mengetahui tahap hormon yang ada).
    
Ujian Laparoscopy juga dijalankan (pesakit diberi bius am) untuk mengkaji tahap tiub falopian, ovari dan uterus beliau samada mempunyai masalah patologi.    

"Ujian Laparoscopy boleh mengenalpasti samada wanita itu masih mengeluarkan benih yang sihat dan samada laluan reproduktifnya membenarkan sperma dan telur wanita melalui tiub falopian," jelas Dr Surinder, yang juga presiden Malaysian Society of Assisted Reproductive Technology (MSART).

   
Itulah serba sedikit info yang kita boleh baca mengenai mengapa kebanyakan wanita itu sukar untuk hamil. Jangan putus asa ye, kita boleh usaha dengan pelbagai cara selagi tidak melanggar batas-batas syariat Islam. Memandangkan saya adalah pengedar Shaklee, saya sangat-sangat mengesyorkan anda mencuba Cadangan Set Kesuburan Shaklee. Dah ada yang berjaya hamil alhamdulillah, namun bukan saya menjanjikan anda pasti hamil jika mencuba set ini, kerana itu semua akan terjadi dengan izin dariNya juga, tetapi xsalah jika berusaha mencuba dan ikhtiar. Cuba ye kawan-kawan mana tau ada rezeki korang inshaAllah saya selalu doakan agar mereka yang inginkan cahayamata berjaya juga untuk hamil dan memiliki anak seperti orang lain juga ye. 

Nanti next entri saya sharekan pula doa-doa dan surah-surah yang boleh diamalkan oleh kita untuk memperolehi zuriat..

Sekian,
Salam Sayang
Junaida Watie 
019-9895564
COD Kajang Semenyih Bangi
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sabtu, 9 Ogos 2014

Set Kesuburan Shaklee

Bila cerita tentang kesuburan, pastinya yang bermain difikiran adalah zuriat. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga semestinya menginginkan zuriat bukan? Jadi sekiranya ada diantaranya sukar untuk mendapatkan zuriat, perlulah berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkannya selain redha dengan ketentuanNya. Apa-apa jua sekalipun jangan sekali-sekali berputus asa dan berhenti berusaha. 

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan suplemen. 

Terdapat cadangan set kesuburan dari Shaklee yg boleh membantu pasangan2 yg belum mempunyai cahayamata. 

Antaranya cadangan setnya ;-

1) gla complex + vita e + zink



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015