"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Ahad, 10 November 2013

Susu terbaik bayi.

Setiap kali bayi dilahirkan sudah pasti susu ibu adalah makanan pertama mereka. Kini, ramai yang mula menyedari betapa pentingnya bayi mendapatkan susu ibu termasuklah kaum ibu yang bekerja. Jadi, sebagai langkah untuk mengatasinya ibu-ibu bekerja kini mengambil alternatif untuk mengepam susu mereka sebagai bekalan untuk bayi ketika mereka tiada. Ada segelintir ibu yang tidak mempunyai susu yang banyak, hal ini menyebabkan mereka tertekan memandangkan telah bertekad untuk memberi susu badan sepenuhnya. Pelbagai cara diambil agar niat mereka untuk memberikan susu sepenuhnya terlaksana termasuklah dengan mengambil suplemen untuk melancarkan penyusuan mereka.

Dalam konteks ini, seandainya anda mengambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara membanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu.

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan disiplin dan konsisten.

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan dirinya mengambil makanan seimbang dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3.Si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikannya amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.


Kebaikan apabila anak diberikan susu ibu sepenuhnya.

*mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
*mudah dihadam.
*susu ibu mengandungi anti-bodi yg dapat melindungi dari jangkitan kuman & alahan.
*dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu n anak ibu.
*dapat mengecutkan rahim.
*dapat menjarakkan kehamilan.
*dapat mengurangkan berat badan.
*dapat menjimatkan duit.

Oleh itu, sebagai ibu mental, fizikal serta kesihatan yg kuat penting dalam mendorong penyusuan ibu yang berkesan. Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran dalam proses memberikan penyusuan kepada si manja kita, wassalam.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di FB : Junaida Watie
Fan Page : Marlisha Health N Beauty
tel/sms/wehat/whatsapp 019-9895564
emel: junaidawati@gmail.com








Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015