"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 15 Mei 2015

Resepi Kuih Raya : Kerepek Bawang

Tahun ni nak kumpul-kumpul resepi kuih raya. Mana tau ada mood terajin mesti boleh terbuat kerepek bawang ni. macam teringin pulak nak kudap2 dengan kerepek bawang ni. Hehe jom try buat.




Bahan-bahan Resepi

Untuk doh bawang:
1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya
Untuk doh margerine:
1 1/2 cawan tepung gandum
70gm margerine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara

Untuk doh bawang: Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering . Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat. Bahagikan pada 3 bahagian.
Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi. Bahagikan pada 3 bahagian.
Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)
Keluarkan dan hiris nipis2.

Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015