"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Isnin, 11 Mei 2015

Resepi Biskut Famous Amous

Sebut je biskut famous amous, pasti ramai yang gemarkannya. Orang terdekat yang paling gemarkan biskut ni dah tentulah anak-anak kecil kita kan. Bagi yang kurang mampu beli sebab harganya semua sedia maklum memang mahal, kuantiti pula sedikit menjadi faktor limit kita untuk membeli kan. Jadi apa kata kita buat sendiri kat rumah. Senang je pun.




Bahan A
  • 1/4 cawan gula kaster
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega (~+75 gm)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur gred B
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sb susu segar @ susu tepung
  • 1/2 sk vanilla extract

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum (di ayak)
  • 1 sb serbuk koko (di ayak)
  • 1 sb tepung jagung (di ayak)
  • 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:

  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. 
  2. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
  3. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. 
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. 
  5. Kacau dengan menggunakan spatula. 
  6. Selepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
  7. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. 
  8. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega.
  9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. 
  10. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:

  1. Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)
  2. Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 
  3. Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.
Senang je kan, boleh prepare untuk raya dah lani..Selamat mencuba ya!
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

2 ulasan:

QUEENPINK berkata...

Queenpink suka makan biskut nie :) tempoh hari adik queenpink buat biskut nie..

junaidawati jusoh berkata...

biskut sedap mestilah ramai yang suka hihi terbaikk

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015