"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 27 Jun 2014

Tip Elak Letih Ketika Puasa

Selamat Berpuasa kepada umat islam semua :)
Ketika berpuasa tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentukglikogen.

Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada protein badan yang membentuk glukosa melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.


Oleh itu, untuk mengelakkan rasa lapar, letih dan tidak bertenaga semass berpuasa, anda perlu memaksimumkan simpanan glikogen. Caranya adalah dengan melambatkan sahur kerana glukos daripada sumbee karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur dan tahan lebih lama.

Ketika bersahur, ambil makanan yang lambat di hadam seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan-makanan ini mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang akan berada lama dalam perut dan melambatkan rasa lapar.


makanan cepat hadam

Apabila berbuka pula, lebihkan makanan yang cepat hadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah-buahan, sup dan bubur. Makanan-makanan ini mengandungi gula dan karbohidrat yang cepat dihadam. Kurma adalah contoh terbaik kerana ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Ia dapat membekalkan sumber tenaga segera yang diperlukan oleh tisu dan sel dalam tubuh bagi menggantikan bekalan yang digunakan pada siang hari.


berlemak dan bergoreng
Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya. Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana di hadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini tidak hairanlah seseorang cepat merasa letih.

Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini. Sama ada berbuka atau bersahur, makanlah secara sederhana, seimbang dan berkhasiat.

Untuk menghilangkan dahaga pula, elakkan yang berkafein dan air berkarbonat kerana minuman-minuman ini menyebabkan kehilangan cecair. Sebaiknya minum jus buah-buahan yang lebih berkhasiat, susu atau air kosong. Pastikan anda minum banyak air semasa selepas berbuka dan bersahur agar bekalan cecair di dalam tubuh mencukupi.

Oleh itu jom kita mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas ketika berpuasa dengan tip-tip di atas.
Disamping itu, untuk menambah kan lagi tenaga di bulan puasa boleh kita minum susu soya esp/ cinchshake/mealshakes atau performance drink sebagai suplemen kesihatan yang baik di bulan puasa nanti.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN ADMIN:-
PENGEDAR SHAKLEE ANDA
Junaidawati bt Mat Jusoh
SID: 930073
019-9895564
emel: junaidawati@gmail.com
Marlisha Health N Beauty
COD KAJANG/BANGI DAN SEMENYIH


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015