"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 6 Jun 2014

Rendang Ayam Moden Yang Sedap!

Assalamualaikum

Semalam puasa ganti, masa tengah terfikir2 nak masak apa untuk berbuka tiba-tiba suami request masak rendang ayam. Alamak dah lama benor xmasak rendang, last masak hari raya korban, tu pun tolong makan je bukan tolong masak kiki..

Tetapi demi suami tercinta aku gagahkan juga untuk buat rendang, pelik juga siapa yang puasa ni sebenarnya. Hihi xpelah, jadi dah godek-godek resepi di internet dan tanya Tehah sahabat merangkap jiran tingkap yang pakar memasak, dapatla juga aku resepi rendang ayam yang aku gabungkan ikut suka untuk mendapatkan rendang ayam yang sedap dan moden. Haha suka hati jek!

Jom tengok ape resepinya:-


bahan-bahan:
Ayam seekor dipotong
bawang putih 3 biji
bawang besar sebiji
bawang kecil 3biji
cili kisar semangkuk kecil
rempah rendang sepaket
santan segar 1biji
serai 2-3 batang
kunyit hidup besar ibu jari
halia separuh ibu jari
lengkuas separuh ibu jari
kerisik 2 paket kecil
cili api (lupa attach kat gambar) 6-9 biji
Garam dan gula
daun kunyit 4 helai-hiris halus
daun limau purut 3-4 batang-hiris halus
 minyak masak jangan dilupa dalam satu magkuk kecil

Cara-cara:
kisar semua bahan iaitu semua jenis bawang, serai, kunyit hidup, halia, lengkuas, dan cili api

panaskan minyak, masukkan bahan kisar sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan cili kisar biarkan sehingga pecah minyak.

Masukkan bahan rempah paket, gaul dan masukkan ayam.
Kemudian masukkan santan, garam dan gula.
Gaul sehingga rendang hampir kering, baru masukkan kerisik dan last sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut yang dihiris halus-halus.

Siap untuk dihidang...tadaaaaa xberapa cantik rupa tapi rasanya membuatkan suamiku makan 2-3 kali tambah nasi. hehe selamat mencuba!




Saya adalah Shaklee Independent distributor at Kajang dan Semenyih,
nak barangan shaklee hubungi saya di 
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
fb page: https://www.facebook.com/MarlishaHealthNBeauty


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015