Lama xmengupdate blog ku yang tercinta nih. Almaklumlah bercuti sambil-sambil melawat keluarga kat kampung bukan bercuti kat hotel-hotel mewah pun, atau bercuti ke tempat-tempat menarik pun, hanya melawat kaum keluarga je pun. Niatnya nak pergilah mandi manda kat Gambang Waterpark, tapi kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya, redha dan terima sahaja ketentuan adalah jalan terbaik. Siapa sangka Bandar Kuantan dilanda bah yang besar. Sesungguhnya ini semua dugaan yang Allah berikan kepada hambaNya supaya lebih kuat menghadapi segala ketentuan dariNya.
Jemput tengok gambar-gambar banjir di Kuantan, sangat bersimpati pada mereka-mereka ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar banjir ini semakin pulih dan memberikan sedikit sebanyak bantuan pada yang memerlukan sekarang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Apapun, yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin Tuhan sedang menguji umatNya. Sama-sama kita berdoa supaya segala urusan bantuan keperluan mereka dipermudahkan. Amin.
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073
Tiada ulasan:
Catat Ulasan