"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 12 Ogos 2014

Tips Bantu Mangsa Serangan Jantung

Tiada siapa dapat menjangka apa yang berlaku pada masa depan termasuklah aspek kesihatan. Oleh itu, sangat penting untuk membuat persiapan terhadap sebarang kemungkinan.
Dr. Haizal Haron Kamar, Pakar Kardiologi, Pusat perubatan Tropicana menegaskan persediaan awal bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa sendiri malah nyawa orang lain juga.
"Secara asasnya, setiap individu perlu tahu bagaimana teknik-teknik mudah dan asas jika berhadapan dengan situasi kecemasan. Dalam membantu mangsa yang diserang penyakit jantung mereka hendaklah mempelajari bagaimana melakukan Cardiopulmonary resusciation (CPR).
Pertama, perhatikan keadaan mangsa. Jika stabil hendaklah terus dibawa dan dirujuk kepada hospital berkenaan. Jika sebaliknya, lakukan CPR jika diperlukan.
Dari segi pernafasan pula,  pelajari bagaimana untuk mengenal pasti keadaan berpandukan denyutan nadi dan pernafasan mangsa. Cara terbaik adalah dengan memastikan mangsa diletakkan dalam keadaan 'recovery position' bagi membolehkan air liur atau apa sahaja yang menyekat pernafasan mangsa dikeluarkan.
"Pastikan denyutan nadi mangsa berada pada tahap yang stabil. Tapi jangan pula terleka sehingga lupa membuat panggilan kecemasan. Sebelum melakukan sebarang tindakan, pastikan anda telah membuat panggilan kecemasan terdahulu.
"Sesetengah mangsa mungkin boleh berkomunikasi. Jika mangsa masih boleh bercakap, pastikan sama ada dia membawa bekalan ubat atau tidak. Sekiranya ada, bantu mangsa menelan ubat. Sebagai persediaan untuk diri sendiri juga, anda juga dinasihatkan membawa ubat aspirin sebagai bekalan.
"Aspirin boleh membantu mangsa serangan jantung sekiranya tiada bekalan ubat lain. Pastikan juga mangsa tidak mempunyai alahan terhadap aspirin. Hancurkan aspirin tersebut dan minta mangsa telan perlahan-lahan. Kalau tidak mampu, letakkan sahaja aspirin tersebut di bawah lidah. Sentiasa berkomunikasi dengan mangsa bagi mengelakkan mangsa tidak sedarkan diri sehingga bantuan kecemasan tiba," ujar Dr.Haizal.
Itulah serba sedikit tip atau info yang perlu kita tahu dan buat sekiranya ada mangsa terdekat yang mengalami masalah serangan jantung ini.
Semoga ianya bermanfaat untuk korang semua. Ingat ye, kita tak tahu apa yang bakal berlaku, persediaan itu penting kerana kes sebegini boleh berlaku pada sesiapa dan di mana sahaja. Hanya mamou berdoa agar kita selalu dilindungi olenhNya dari perkara-perkara sebegini inshaAllah..
Salam sayang
Junaida  Watie
www.junaidawati-jusoh.blogspot.com
019-9895564
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015