"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Isnin, 11 Ogos 2014

Kenapa Sukar Hamil?

Bercerita tentang kehamilan, sudah pastinya setiap wanita yang sudah berkahwin ingin hamil. Walaubagaimanapun tidak semua wanita di dunia ini bertuah. Ada yang dikurniakan kesuburan yang baik, ada pula bermasalah. Jadi setiap anak yang dikurniakan itu sudah tentunya rezeki yang tidak ternilai yang diberikan oleh Yang Esa. Jika kita tidak dikurniakan anak, berfikir positif dan berprasangka baiklah dengan Allah bahawa setiap ujian yang diberikan itu bersebab, mungkin Allah ingin menguji kesabaran hambanya dalam menerima ujian yang diberikan. Dalam masa yang sama jangan lupa untuk berusaha berbagai cara dan berdoa meminta dari Nya. InshaAllah Allah itu Maha Mendengar, Maha pengurnia Maha segala-galanya. Disamping usaha yang berterusan tanpa jemu.


ibu dan anak
Sebenarnya entri kali ini saya nak kupas mengenai mengapa seseorang wanita yang sudah berkahwin itu sukar untuk hamil. Korang boleh blog di sini ye untuk info mengenai mengapa wanita itu boleh mengalami masalah kesuburan. Mungkin ia disebabkan oleh fibroid, kitaran haid yang tidak teratur, cyst, tiub fallopian tersumbat,PCOS, dan banyak lagi yang wajib wanita tahu. Ia ilmu tau walaupun tak ada kena mengena dengan mereka yang sihat, kita perlu ambil tahu sebab sakit ini datang tanpa kita pinta. Apa yang perlu kita buat adalah sentiasa menjaga kesihatan dalaman terutama bagi mereka yang sudah melahirkan anak. Bila dengar masalah-masalah seperti ini kita takut tetapi ramai yang tidak bertindak untuk memelihara kesihatan mereka dengan baik. Akibatnya kena tanggung kos rawatan yang jauh lebih mahal dari kos penjagaan kesihatan sepanjang kehidupan kita. 

Selain faktor di atas, menurut Dr Surinder Singh, pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, kesedaran mengenai masalah tidak subur dan rawatan baginya masih lagi rendah di Asia.
    
FAKTOR USIA
    
"Banyak faktor risiko bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Satu pertiga daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala satu pertiga lagi oleh kaum lelaki.
    
"Selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada pihak wanita dan lelaki dan faktor yang tidak diketahui punca," kata Dr Surinder sambil menambah bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi.
    
Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca kemandulan.    

Kesuburan wanita akan mula berkurangan pada umur 30 tahun dan ke atas manakala lelaki pada usia 40 tahun dan ke atas.
    
MEROKOK, ALKOHOL
    
Menurut Dr Surinder, tabiat merokok dan minum alkohol secara berlebihan akan mengganggu peluang pasangan suami-isteri untuk mendapat anak.  
    
Bagi wanita tiada tahap selamat bagi pengambilan alkohol semasa mengandung.
    
"Minum alkohol secara berlebihan akan menambah risiko kecacatan bayi pada masa kelahiran selain menyukarkan wanita untuk mengandung," jelas Dr Surinder.
    
Katanya lagi, mempunyai berat badan yang lebih atau kurang daripada sepatutnya atau bersenam secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesuburan.
    
UJIAN
    
Pasangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu.
    
Bagi pasangan yang berumur lebih 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan, mereka memang digalakkan menjalani ujian itu.
    
"Dalam masalah itu, biasanya pasangan wanita mengalami pusingan menstrual (haid) yang tidak menentu (tidak normal).
    
"Ada beberapa ujian untuk mengenalpasti punca masalah bagi kedua-dua pasangan," kata Dr Surinder.
    
"Ini termasuk pemeriksaan fizikal, ujian hormon dan air mani bagi lelaki manakala bagi wanita, perlu menjalani ujian ovulasi, Laparoscopy selain ujian hormon dan ultrasound pelvik," jelas pakar itu.
    
Selepas pemeriksaan fizikal yang lengkap, pesakit akan ditanya mengenai riwayat perubatan, sebarang penyakit yang ada selain ubat yang diambil, kurang upaya yang ada, serta kegiatan seksual.
    
Analisis air mani (semen) lelaki juga dijalankan bagi mengetahui kuantiti, warna dan samada wujud sebarang jangkitan (infeksi).
    
Semua ujian ini membantu doktor mengetahui samada lelaki mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup bagi persenyawaan, katanya.
    
Bagi pasangan wanita pula, ujian dijalankan untuk mengetahui samada beliau masih menjalani proses ovulasi yang normal (termasuk mengetahui tahap hormon yang ada).
    
Ujian Laparoscopy juga dijalankan (pesakit diberi bius am) untuk mengkaji tahap tiub falopian, ovari dan uterus beliau samada mempunyai masalah patologi.    

"Ujian Laparoscopy boleh mengenalpasti samada wanita itu masih mengeluarkan benih yang sihat dan samada laluan reproduktifnya membenarkan sperma dan telur wanita melalui tiub falopian," jelas Dr Surinder, yang juga presiden Malaysian Society of Assisted Reproductive Technology (MSART).

   
Itulah serba sedikit info yang kita boleh baca mengenai mengapa kebanyakan wanita itu sukar untuk hamil. Jangan putus asa ye, kita boleh usaha dengan pelbagai cara selagi tidak melanggar batas-batas syariat Islam. Memandangkan saya adalah pengedar Shaklee, saya sangat-sangat mengesyorkan anda mencuba Cadangan Set Kesuburan Shaklee. Dah ada yang berjaya hamil alhamdulillah, namun bukan saya menjanjikan anda pasti hamil jika mencuba set ini, kerana itu semua akan terjadi dengan izin dariNya juga, tetapi xsalah jika berusaha mencuba dan ikhtiar. Cuba ye kawan-kawan mana tau ada rezeki korang inshaAllah saya selalu doakan agar mereka yang inginkan cahayamata berjaya juga untuk hamil dan memiliki anak seperti orang lain juga ye. 

Nanti next entri saya sharekan pula doa-doa dan surah-surah yang boleh diamalkan oleh kita untuk memperolehi zuriat..

Sekian,
Salam Sayang
Junaida Watie 
019-9895564
COD Kajang Semenyih Bangi
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015