"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Rabu, 20 Ogos 2014

Masalah ketika menyusukan Bayi

Assalamualaikum...

Saya pasti ramai ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka ketika berpantang mempunyai pelbagai masalah. Sebab itulah kenapa ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mempunyai tenaga yang banyak, ketenangan dari stress, dan perlu mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan rohani. Kesabaran juga amat lah penting bagi memastikan proses penyusuan berjalan dengan jayanya. Teringat masa saya menyusukan bayi ketika berpantang, memang banyak sangat masalah sampai kadang-kadang rasa putus asa untuk teruskan penyusuan. Rasa macam nak bagi susu formula jek, astagfirullahalazim, naif betul saya masa tu. 2 minggu berpantang dan menyusukan bayi saya, saya mengalami masalah bengkak susu, puting pedih yang teramat, Tuhan je yang tahu tapi bila dikenang terasa puas sebab saya masih bersabar untuk teruskan juga niat yang telah dipendam sejak saya tahu saya hamil anak kedua. 

Ok untuk lebih mendalam jom kita baca sedikit info mengenai masalah-masalah yang selalu ibu-ibu alami ketika menyusukan bayi mereka.

Bengkak buah dada

bengkak susu

Sebab - Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

Penyelesaian:  Sebelum menyusu, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.

·             Jika buah dada anda masih keras selepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk melegakan kesakitan.
·              Pakai coli yang mengampu buah dada dengan baik.
·             Tentukan kedudukan anda betul dan bayi menetek dengan berkesan. Jangan hadkan penyusuan. Menyusulah dengan lebih kerap.

Puting yang luka atau merekah/melecet

Puting melecet

Sebab - Jika bayi hanya menghisap puting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Penyelesaian -
 
    1. Pilih kedudukan yang sesuai  dan selesa. Dekatkan bayi ke  buah dada dan bukan sebalik-nya.
    2. Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunya menyentuh buah  dada anda.
    3. Amat penting anda terus menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
    4. Beri bayi hisap buah dada yang  tidak sakit dahulu. Bila susunya  mangalir dangan elok, beralih- lah ka buah dada yang sakit itu.
    5. Selepas menyusu, masukkan  hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.
    6. Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak  daripada menggunakan sabun,  krim atau losyan pada puting.
    7. Dedahkan puting anda ke udara sekerap mungkin. Elak daripada memakai coli  sehingga kesakitannya reda.
    8. Jika putingnya terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu tidak terjejas dan bayi terus disusui.
Kekurangan Susu Ibu


Susu Kurang?


Sebab - Pengaliran susu anda  akan menyusut kerana kurang  rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :

1.     Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.
2.      Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
3.      Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.

Susu anda juga akan menyusut :

1.     Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu.
2.      Jika anda menghadapi tekanan emosi.

Penyelesaiannya  -

1.     Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
2.     Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
3.     Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
4.     Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran).
5.     Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.

6.     Cuba tenangkan diri anda.          


Banyak kan dugaan ketika menyusu bayi, hanya ibu-ibu sahaj yang merasa pahit manis menyusukan bayi mereka. Namun bagi saya alhamdulillah kerana sehingga kini masih lagi memberikan susu badan kepada anak saya yang telah berumur setahun 8bulan ni. Terasa pantas masa berlalu. Rasa nikmat selepas semuanya berakhir. Nasihat saya bagi ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusu badan, teruskan lah hasrat anda yang suci murni itu, bersiap sedialah untuk menghadapi pahit getir dalam membesarkan anak anda. Sesungguhnya susu ibu itu adalah susu yang terbaik di dunia ini. Semoga anda semua dapat menyusukan bayi anda dengan efektif dan berjaya. 

Di sini juga saya nak kongsikan doa yang boleh diamalkan untuk perbanyakkan susu ibu. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.

Doa Perbanyakkan susu ibu. ameen
                                                            
Junaida Watie
Pengedar shaklee Selangor.
019-9895564
Panduan percuma diberikan untuk pelanggan suplemen susu ibu saya :) 







Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015