"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Khamis, 17 April 2014

Tips cepat memasak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Seronok bila tengok kawan2 update status kat fb mengenai menu2 harian diorang. Aku? hihi bukan bermakna aku xpandai masak tetapi ikut mood akulah bila sebab suami pun jarang ada kat rumah kan? Balik pun dah lewat malam, jadi xberapa sesuai sangat nak hidang makanan berat, aku hanya berikan minuman seperti milo suam atau air2 yang boleh membuatkan dia kenyang. Lagipun biasanya dia pun dah makan kat luar, jadi rasa nak masak beria2 pun macam xbest dan meriah jer. Jadi, aku hanya akan masak meal yang simple untuk 3 beranak jer. Lainlah kalau ada tetamu yang datang barulah kena masak yang istimewa sikit. Kalau untuk 3 beranak ni masak satu lauk satu sayur pun dah cukup. Itupun masih ada berbaki lagi. Maklumlah anak sulung xberapa gemar makan nasi, anak no 2 plak lebih suka makan mee atau bihun, kadang2 je nak makan nasi.



Walau pun aku xberapa suka memasak tetapi bila memasak hasilnya xpernah mengecewakan anak2 dan suami (hihi masuk bakul), selalunya kalau nak masak aku kena plan dulu sebelum tiba hari memasak, contoh hari ni plan untuk besok, senang nak bajet belanja dapur kan. Bila kita dah plan baru cepat kita memasak, kalau xplan jawapnya termenung dululah kat dapur( huhu berangan nak kayo sokmo).. mulalah banyak scene masuk dalam kepala haha..

Lagi satu kalau nak buat sarapan untuk esok biasanya aku prepare siap2 bahan-bahan nak masak pagi esok supaya xkelam kabut, maklumlah pagi2 dah kena siapkan anak2 nak ke sekolah. Jadi bila masuk dapur senang bahan dah siap cuma campak-campak je dalam kuali( tu yg buat sedap tu) waahaha..memang cepatlah aku masak xsampai 15minit siap. Jadi jimat masa kat situ, masak 15minit, siapkan anak 10minit, bla....bla...bla cukuplah 30 minit persediaan untuk suami dan anak2.

Bila dah kahwin dan dah jadi ibu ni semua nak kena buat secara express, kadang-kadang mandi pun 2minit je, punya ak jimat masa. Keypoint di sini, walau apa2 perkara sekalipun kita nak buat yang penting adalah perancangan yang teliti untuk menetapkan jadual harian termasuk jadual masakan setiap hari. Apa-apa yang kita nak buat kita kena catat atau buat nota kecik  dan tepek kat peti ais ker kat cermi n ker, jadi kita senang nak buat keje dan sentiasa ingat tugasan harian kita.

Jadilah wanita yang menghargai masa. Masa itu lebih bernilai dari emas.



Setiap apa yang kita buat perlukan perancangan barulah kita boleh bekerja dengan teratur.

Peace yarr^^

Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015