"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Isnin, 21 April 2014

Percutian di Port Dickson

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah selamat sudah percutian 2 hari 1 malam di Primaland Post Dickson. Seronok walaupun percutian ini tak dirancang, lebih sejam setengah dari Kajang, memang sangat seronok dan gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang. Sebetulnya nak balik hari jer, tetapi ntah camana tergerak nak stay resort kat sana. Mungkin sebab pemandu kami yang keletihan bekerja jadi nak merehatkan diri di resort walaupun jarak km tidak beberapa jauh dari rumah. Jadi, terpaksalah shopping baju dan alat-alat untuk bermalam di resort. 

Istimewanya di Primaland resort PD ni, terdapat mini taman tema khas untuk penghuni di resort, orang luar pun boleh masuk tetapi dikenakan bayaran la.Tak pasti berapa dikenakan untuk orang luar tapi kalau anda stay sini memang free lah.Ni lah aktiviti selepas kitaorang check in di sini, mandi manda, bukan main seronok lagi along ayis dapat mandi kolam walaupun mamanya lupa bawa bikini hihi.




Aktiviti malam pula, kitaorang pergi makan seafood dekat restoran Nasreen seafood (Shongkla) Port dickson, memang sodaplah! memang banyak pilihan menu, paling sedap bagiku adalah asparagus udang, menjilat jari i makan..hihi. Jadi sesape nak berjalan ke PD nak cari makan2 yang sedap Nasreen seafood salah satu tempatnya. Lauknya pun sedap-sedap, seafoodnya segar-segar dan penting parking senang.




Dan sebelum kami balik ke Kajang sempat lagi singgah makan di Pantai teluk kemang PD, banyak restoran yang sedapsedap di situ, ape yang aku rasa paling best adalah coconut shake dia, memang sedap sangat2 berbanding tempat lain. 




Jadi, tu jelah corat-coret percutian singkatku bersama keluarga tersayang. Manfaatkan masa yang ade bersama orang-orang yang anda sayang.

with love, 
Junaida Watie
Marlisha Health N Beauty




Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015