"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 19 April 2014

Resepiku Masak Lemak cili api

Salam

Hari ni mood memasak datang tiba-tiba jer, hihi tu pun sebab mak mentua nak datang rumah tetiba la rasa rajin tu mai. Kalau tak hari-hari g kedai tapau nasi, xpun masak simple je nasi goreng, mee goreng, bihun goreng.

Jadi rasa nak kongsilah sikit resipi masak lemak cili api ikan merah yang mak ju ajar nie, senang dan sangat mudah. Kalau ikut resepi ni memang terangkat la jawapnya huhu. Licin mak mentua i makan tau.

Masak lemak cili api ikan merah

Ikan merah 1 ekor
kunyit hidup-tumbuk
garam 
ajinomoto
separuh kiub ayam
serai sebatang
cili api 5biji (kaler merah)(tumbuk halus)
bawang merah 3 ulas(tumbuk halus)
asam keping 1
santan pekat
santan cair

Cara-cara membuatnya:-

1. Campurkan santan cair bersama-sama ikan merah, bawang merah, cili api, dan kunyit. Panaskan sehingga mendidih.
2. Masukkan secukup rasa garam, ajinomoto, kiub ayam separuh atau 1kiub, serai yang ditumbuk sedikit, asam keping.
3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan agar ikan tak hancur di dalam.
4. siap untuk dihidang.

Simple dan mudah kan resepiku ini, xperlu banyak sangat bahan yang penting keikhlasan kita memasak yang pasti akan membuat hasilnya yang sedap dan menyelerakan.


Lepas masak ni aku tambah lagi menu meal iaitu keli goreng dan keli goreng berlada, resepinya lagilah mudah dan pantas disiapkan.

Resepi ikan keli berlada

Ikan keli 4 ekor( digoreng dengan kunyit terlebih dahulu)
bawang merah(yang besar sebiji)
cili api
serai dititik
garam

Cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak
2. tumiskan bawang merah yang ditumbuk atau blender dengan cili api, masukkan serai, garam, air sedikit dan tumis sampai cili masak, nak mudah serai tu blender sekali dengan cili api memang slurp dan terangkatlah bila makan tuu...

satu lagi resepi ju buat sayur goreng campur.

yang ni xyahlah beresepi sangat sebab hentam kromo je yang penting licinn halussss bak kata Jebat hihi..


Sekian untuk hari ini
saya Ju pengedar sah shaklee anda di Kajang.
Ingin mengetahui harga istimewa dari saya bolehlah hubungi di:-
wechat/whatsapp/sms/call 019-9895564
junaidawati@gmail.com
junaidawati-jusoh@blogspot.com


Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015