"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 20 Mac 2015

10 Cara Menarik Minat Anak Makan

Saya percaya ramai ibubapa yang mempunyai masalah anak yang kurang berselera untuk makan. Namun segalanya boleh diatasi bergantung kepada usaha dan kreativiti anda. 



Apakah yang biasa menarik perhatian si kecil ini makan. Sebenarnya faktor pemakanan xbanyak mempengaruhi kerana walaupun masakan kita sedap dan berkhasiat tetapi jika mereka tidak tertarik tiada makna juga. Kadang-kadang masakan yang simple tetapi kena cara lebih membuatkan selera anak kita bertambah.

Antara cara-cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat anak makan adalah seperti di bawah :-

*Pastikan anda sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.
*Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.
*Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.
*Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.
*Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.
*Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.
*Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.
*Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.
*Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.
*Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.

Cara lain yang boleh diusahakan oleh para ibubapa adalah dengan memberikan anak anda suplemen kesihatan harian. Sebaiknya berikan mereka cukup vitamin C dan multivitamin yang cukup untuk bekalan antibodi dan meningkatkan selera makan mereka. Setakat ini doktor dan di hospital2 kerajaan pun telah menyarankan agar anak-anak diberikan mealshakes sebagai sumber vitamin dan nutrisi harian bagi membantu anak-anak membesar lebih sihat serta menaikkan selera makan mereka.


Jadi segalanya kita yang boleh menentukan tahap kesihatan anak kita. Dari segi pemakanan dan juga aktiviti harian mereka. 
Jika anda berminat untuk mendapatkan nutrisi terbaik buat anak anda jangan lupa untuk memilih suplemen mealshakes, vitamin C, vitalea dan juga omegaguard ye. Hubungi saya 0199895564 untuk info dan order.
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015