- mee kuning (yang penting ada cop halal)
- cili kering, 2 ulas bawang putih, 1biji bawang besar, ikan bilis, 3-4biji cili api (dikisar semua)
- daging - dincincang halus
- sos mee goreng cap mahkota
- kicap kipas udang
- sos cili
- ayam cincang
- fishcake (mesti bubuh sebab permintaan suami)
- minyak masak
- kobis (hiris halus)
- taugeh
Dah ada bahan-bahan macam ni barulah rasa lengkap nak masak mee goreng. Cara-cara nak masak pula macam ni, mula-mula panaskan sedikit minyak, selepas itu masukkan bahan kisar dan tunggu hingga naik minyak baru masukkan daging dan ayam cincang. Kemudian masukkan fishcake, sos cili dan sos mee goreng serta kicap kipas udang tadi, tunggu hingga nampak macam dah sesuai letak mee kita letaklah mee bersama-sama kobis dan taugeh. Gaul rata dan siap dihidang.
Memang sedap mee goreng cili api ni, tambahan pula dimakan bersam-sama keluarga tersayang. Jangan lupa semasa memasak solawat banyak-banyak dan baca zikir ya latiff agar anak-anak dan suami semakin sayang. Amin.
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073
Tiada ulasan:
Catat Ulasan