"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Jumaat, 1 November 2013

Diari Perkahwinanku

Memasuki gerbang perkahwinan adalah sesuatu yang indah bagi setiap individu yang bergelar insan di dunia ini termasuklah diri saya sendiri. Masih terngiang-ngiang suara akad daripada suami pada masa itu, akhrinya percintaan selama 7tahun berakhir dengan ikatan pernikahan yang sah, alhamdulillah kami berjaya menempuh liku-liku percintaan yang penuh dugaan dan rintangan.


Bila berkahwin biasalah penuh dengan pancaroba, suka duka semua dikongsi bersama. Tambahan berkahwin dengan seorang yang sentiasa sibuk dan saya sebagai isteri sememangnya memerlukan kekuatan dan kesabaran yang kuat untuk menghadapi hidup bersama-sama seorang pegawai polis. Selalu ditinggalkan berhari-hari membuatkan kesabaran selalu tercabar. Mujurlah pegangan agama ku sentiasa mengingatkan bahawa syurga itu di bawah tapak kaki suami lalu saya redha dengan ketentuan dari-Nya. Amalan doa-doa seperti di bawah ini akan sentiasa ku amalkan agar ikatan kukuh kami berkekalan di dunia dan di akhirat.


Alangkah seronoknya jika kita sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah Ta'ala berikan walaupun kadang-kadang perit untuk ditelan. Alhamdulillah saya berharap saya sentiasa dikurniakan perasaan takut dengan hukum hakam yang ditetapkan olehNya. Dah tak tahu apa nak diceritakan lagi bab-bab kawin ni cuma harapan saya semoga ikatan sah yang telah kami bina ini berkekalan hingga akhirat in shaa Allah...amin

Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015