"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Isnin, 20 April 2015

5 Petua Jaga Kesihatan dan Kecantikan Tanpa Suplemen

Kesihatan dan kecantikan boleh dipelihara jika kita rajin mengamalkan petua-petua dari bahan-bahan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan. Banyak khasiat dari bahan-bahan ini. Untungnya kita boleh berjimat kos untuk membeli segala keperluan bagi menjaga kesihatan dan kecantikan. Kalau anda berminat ingin mencuba bolehlah praktikkan segala petua di bawah ini.
Penjagaan kesihatan dan kecantikan diri boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Ia hanya menggunakan sayur-sayuran yang ada di sekeliling kita. Kita sedia maklum, sayur-sayuran merupakan sumber makanan yang menyihatkan. Oleh itu amalkan banyak makan sayur-sayuran untuk kesihatan tubuh badan kita.
Kubis
Bagi yang inginkan pelembap muka daripada bahan semula jadi, cubalah cara ini. Ambil beberapa kelopak kubis, kisar sehingga halus. Kemudian, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher anda selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bersihkan dengan kapas lembap.
Bayam
Jika anda ada masalah kurap, tumbuk beberapa helai daun bayam sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
Daun salad
Ia dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.
Kacang panjang
Jika ada masalah kurang selera makan dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang kerana khasiat di dalamnya membantu menyelesaikan masalah ini. Kacang panjang kaya antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payu dara.
Sawi
Kepada ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah sembelit, makanlah sayur sawi  yang ditumis dengan sedikit minyak dan air. Amalkan setiap hari.

ok selamat mencuba ya!
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015