"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Isnin, 17 Mac 2014

Cara mengatasi sembelit anak

Apakah sembelit

Sembelit adalah masalah yang sangat umum di kalangan anak-anak. Seorang anak dianggap sembeliti ketika dia buang air besar kurang dari tiga kali seminggu serta ketika najis yang keluar keras, kering, dan besar. Sembelit biasanya tidak terlalu menjadi perhatian kerana dapat dicegah dengan pola pemakanan yang sihat dan aktiviti fizik anak.

Punca sembelit


Sebagian besar sembelit disebabkan oleh pola pemakanan yang kurang air dan serat. Air dan serat berfungsi untuk membantu pergerakan usus. Anak-anak yang sering makan makanan segera  seperti burger, kentang goreng, kuih, minuman ringan manis biasanya lebih sering sembelit. Pada bayi, sembelit dapat terjadi akibat penukaran dari susu ibu ke susu formula bayi, atau dari makanan bayi ke makanan padat.
Perlu diingat bahwa beberapa anak menahan pergi ke bilik mandi kerana tidak ingin meninggalkan kekusyukan mereka bermain,  menggunakan toilet yang jauh dari rumah atau harus meminta izin orang dewasa untuk pergi ke tandas. Apabila hal ini berlanjut maka najis akan semakin mengeras dan terjadilah sembelit.
Stres juga dapat menjadi sembelit. Anak-anak boleh sembelit ketika mereka sedang cemas tentang sesuatu, seperti memulakan persekolahan baru atau adanya masalah di rumah. Penelitian telah menunjukkan bahawa gangguan emosional dapat mempengaruhi fungsi usus sehingga menyebabkan sembelit.
Langkah-langkah mengatasi
1. Didik anak minum air putih dengan kerap setiap hari
     25kg berat bersamaan 1 liter air putih diperlukan setiap hari
    - Disiplinkan anak minum setiap 15 minit-20 minit setiap kali
    - Letakkan botol air masak berdekatan dengan anak dan mudah dicapai
      bila anak mahu minum air putih
.
2. Jika ingin berikan anak minum air jus buah-buahan. Gunakanlah jus dari 
     buah sebenar dan masukkanlah sedikit serat atau pulpa ke dalam
     minuman jus anak

3. Beri buah-buahan berbeza kepada anak sebagai hidangan 
    sampingan 3 kali sehari.
    - Antara waktu selepas sarapan dan sebelum makan tengahari
    - Sebagai snek minuman petang bersama sekeping roti atau sedikit biskut
    - Beri anak buah setengah jam sebelum makan malam 

4. Pelbagaikan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang 
    tinggi serat dalam sehari.
     Pisang, labu, keledek, buah naga, nenas, jambu, jambu batu, sayuran berdaun dll

5. Lebihkan sayur dalam setiap hidangan sarapan, makan tengahhari dan 
     makan malam

6. Didik anak cintai sayur. (Ibu perlu kreatif dalam menyediakan menu bersayur)

7. Jika ingin menempuh perjalanan jauh. Ingatkan dan beri 
   anak minum air putih 
    setiap 15-20minit perjanan. (Kerana anak-anak hanya minum sedikit air putih 
    sahaja setiap kali. Jadi kita perlu mengingatkan minum air putih dengan banyak)

8. Bayi yang minum susu formula perlu disulam dengan air putih. Air yang 
    telah bercampur susu formula hanya cukup untuk menguraikan susu formula 
    sahaja tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan cecair pada tubuhnya.

9. Berikan pemakanan seimbang pada anak. Makanan yang tinggi karbohidrat
     dan tinggi lemak lambat diuraikan oleh usus. Jadi galakkan anak aktif berlari, 
     bersenam, menari, melompat dan sebagainya.

Mengambil suplemen untuk membantu melancarkan penghadaman anak

Langkah yang terbaik adalah memberikan anak anda suplemen yang boleh membantu anak anda mendapatkan nutrisi yang baik dalam pemakanan harian. Seperti kebanyakan ibu bekerja sedar bahawa kesuntukan masa menyebabkan mereka tidak mampu untuk mengatur pola pemakanan anak-anak, jadi mereka menukarkan dengan memberi suplemen yang cukup dengan zat dan mineral yang anak-anak mereka perlukan.

Suplemen yang diambil perlulah dikaji dahulu samada selamat dan berkesan untuk diambil ataupun tidak. Seperti saya sendiri, memberikan anak-anak suplemen dari Shaklee memang jalan mudah yang berkesan dan terbaik bagi memastikan anak-anak saya membesar dengan sihat. Contohnya seperti mealshake, chew vita c dan juga omegaguard. Jika memberikan mealshake sahaja pun sudah cukup dalam membantu anak mengatasi sembelit tetapi perlu diingat anda juga perlu memberikan air putih yang secukupnya pada mereka, Pengalaman sendiri mengajar saya untuk mengamalkan semua amalan yang membantu anak-anak mengatasi masalah kesihatan mereka.

Fungsi Mealshakes


Mealshakes selesaikan masalah kesihatan anak anda

Testimoni pengguna mealshake





Jika anda seorang ibu yang prihatin jagalah kesihatan anak anda sepenuhnya sehingga mereka membesar dangan baik dan sihat.


Hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee;

Saya Pengedar Sah Shaklee Di Kajang dan Seluruh Malaysia
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
 

www.junaidawati-jusoh.blogspot.com

Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015