"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Isnin, 6 Julai 2015

Resepi Puding Karamel Paling Sedap!

Bulan puasa ni macam-macam juadah menarik untuk dirasa. Setiap hari patinya kita ingin makan desert yang sedap-sedap. Jadi semalam jue ada buat pudng karamel, so nak berkongsilah resepi kat sini.

Resepinya simple dan mudah je, tapi rasanya amatlah sedap. Bukan nak memuji, tetapi memang serius sangat sedap! Bila dah try rasa macam nak makan banyak2 kali lagi hehe. Terima kasih kepada kaklongku yang berikan resepi mudah ini.

Jom kita cuba buat, pasti anda tidak akan menyesal.



Bahan-bahannya:

Gula 3 sudu dan sedikit air - untuk topping di atas karamel.

Telur ayam 5biji
Gula 3/4 cawan
Susu sejat 1 tin
esen vanila 1 sudu kecil

Cara membuatnya :

Pertama sekali, buat topping dulu. Gorengkan 3sudu besar gula di atas api yang sederhana sehingga gula berubah menjadi perang. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau dengan laju. Setelah siap padamkan api dan sejukkan seketika.

Kemudian, blenderkan 5biji telur dengan gula sehingga kembang. masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan susu sejat tersebut.

Kemudian, tuangkan adunan tadi ke atas topping gula hangus yang telah disediakan tadi. Kukuskan selama 25minit. Siap untuk disejukkan dan boleh dimakan untuk berbuka.





Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015