Hari ni merupakan hari yang ke enam Iris bersekolah. Setakat ini alhamdulillah mudah bangun pagi. Tapi sejak semalam tak tahulah kenapa ada macam ala-ala nak manja sikit kalau saya hantar ke sekolah. Biasa ok jer, tapi bila masa ambil dia dari sekolah bukan main suka lagi bercerita itu ini. Dah dua hari kena pujuk dia supaya tak nangis. Aduhailah anak besar betul tanggungjawap seorang ibu, macam-macam karenah nak dilayannya.
Dalam blog ini saya ingin kongsikan beberapa amalan yang akan saya praktikkan selepas ini untuk memujuk anak saya supaya senang ke sekolah. Salah satunya yang akan saya lakukan adalah saya akan peluk iris erat-erat dalam dakapan saya dan saya pandang matanya dan saya bagitahu yang saya sayang sangat kat along iris, jadi iris kena pergi ke sekolah, belajar rajin-rajin, dan saya niatkan dalam hati moga iris diterangkan hati dan dipermudahkan menuntut ilmu. Kemudian saya akan bacakan surah Al-Insyirah dan hembuskan pada dahinya kemudian barulah saya suruh dia salam dan cium pipi masing-masing.
Dalam blog PAMA juga ada selitkan Panduan tangani anak yang enggan ke sekolah. Jadi saya ambil sebagai bahan rujukan saya dan anda semua. Antaranya:-
1. Pujuk anak dan cungkil apa masalah sebenarnya. Selidik perkara ini ketika moodnya baik. Dalam masa yang sama cuba nasihat dan bercakap dalam nada lembut dengannya tentang kebaikan pergi ke sekolah.
2. Kenalkan anak dengan guru. Wujudkan rasa selesa dan selamat dengan guru mereka. Jika ada masalah berjumpa dan berbincang dengan guru tentang masalah anak di sekolah. Mungkin boleh meminta bantuan guru untuk memujuknya (menerusi telefon) dengan mengatakan “Cikgu rindulah dengan Aifa, datanglah sekolah. Macam-macam boleh belajar.”
3. Kenalkan dia dengan kawan yang boleh dia bermain dan bergantung harap. Jika ada kawan, mereka akan rasa selamat berada di tempat yang begitu asing kepada mereka.
4. Pemilihan sekolah dengan persekitaran menarik, ceria dan guru yang bagus amat penting sebenarnya. Kadang kala anak-anak ni bukan sengaja tidak mahu ke sekolah tetapi faktor murid lain yang mungkin pembuli, nakal, mengusik, kelas yang hambar, cikgu yang garang dan menakutkan kanak-kanak membuatkan mereka kecut perut dan berasa tidak selamat berada di sekolah.
5. Ceriakan waktu anak bersiap hendak ke sekolah. Ibu bapa janganlah cepat hilang sabar apabila anak kecil sukar bangun pagi. Bersabar dan jangan terus memarahinya kerana ini akan membuatkan mereka sedih dan tidak seronok untuk ke sekolah.
6. Tidak perlu kita marah atau pukul anak-anak yang masih mentah ini. Kalau perlu dijanjikan hadiah supaya mereka ke sekolah, pujuklah dengan cara itu dan hadiahnya adalah benda yang bermanfaat seperti buku cerita atau buku lukisan. Bukan permainan atau gula-gula. Mereka adalah anak kecil yang suka menerima ganjaran.
7. Masuk ke bilik anak, peluk dan ciumnya serta bisikkan kata-kata harapan bahawa papa dan mama mahu dia ke sekolah dengan riang dan ceria tanpa tangisan lagi.
8. Bacakan Surah Taha ayat 1-5 dan hembus di ubun-ubunnya.
9. Bacakan ayat Nabi Daud a.s yang bermaksud “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi"
10. Lakukan solat hajat dan mohonlah agar ALLAH SWT permudahkan urusan seharian kita seperti yang diharapkan. Sesungguhnya doa itu senjata seorang mukmin.
Semoga usaha yang dilakukan mampu menangani masalah anak-anak kecil enggan atau meragam tatkala hendak ke sekolah.
Harapan saya selepas ini iris mudah ke sekolah dan sudah pastinya setiap ibu mengharapkan dan mendoakan agar anak-anak menjadi anak yang baik, soleh dan solehah, pintar dan berguna di masa hadapan. Begitu juga pada saya, bagi membantu dalam mengembangkan minda anak saya, saya tak lupa berdoa setiap kali selepas solat agar anak saya menjadi anak yang baik dan pintar. Saya juga memberi suplemen terbaik untuk membantu anak saya sihat, cergas, aktif, ceria, mudah mengingat dan lebih fokus ketika belajar. Suplemen yang dimaksudkan adalah suplemen dari Shaklee iaitu Mealshakes dan omegaguard khas untuk anak-anak untuk menjadi pintar dan sihat.
Bagi sesiapa yang berminat untuk kesihatan anak mereka bolehlah mengambil suplemen terbaik dari shaklee ini untuk anak anda.
I’m Shaklee independent distributor
(ju/watie) SID 930073
Contact :- whatsapp/sms 019-9895564
junaidawati-jusoh.blogspot.com
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073
Tiada ulasan:
Catat Ulasan