"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 13 Jun 2015

Resepi Pizza Sosej Gardenia

Tiap-tiap hari Iris minta mama buatkan roti pizza berintikan sosej. Pernah buat sekali je hari tu sekarang ni dah lupa pulak ape resepinya. Jadi apalagi kena cari dengan pakcik google lah. Senang je rupanya, esok boleh lah buat untuk si princessku itu hehe.

Bahan-bahan : 

4 keping roti gardenia 
2 batang sosej dicelur dalam air panas dan dihiris nipis 
Mix vege 1/2 labu bawang holland dicincang kecil 
Sos prego tradisional 
Sedikit mentega Daun oregano (boleh dibeli dalam botol di pasaraya) 
Cheese yang diparut halus 

Cara penyediaan :
 
1. Sapu (secara nipis) sedikit mentega pada roti. 
2. Sapu sos prego di atas lapisan mentega tadi. 
3. Taburkan bawang holland dan mix vege. 
4. Letakkan hirisan sosej di atasnya. 
5. Taburkan sedikit daun oregano. 
6. Akhir sekali, taburkan cheese parut. 
7. Bakar pada suhu 180ÂșC selama 10 minit. 

*sila gandakan bahan-bahannya jika anda menyediakan lebih. Sedia dihidang.


Haa ok setel cari resepi. Esok akan kucuba buat yang terbaik untuk anakku tersayang. 
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015