"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Rabu, 15 April 2015

8 Rahsia Turunkan Berat Badan Dengan Pantas

Badan yang gempal memang agak menyusahkan kita. Bukan itu sahaja, akan timbul rasa rendah diri yang amat sangat, serta akan rasa malu untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling.


Justeru itu, sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Apa yang kita lakukan untuk menurunkan berat badan dengan cepat?



Jawapannya mudah sangat, hanya mengamalkan 8 tips di bawah, anda bakal kehilangan berat badan anda.

Ingat ye kena amal kesemua 8 tips  dan extra suplemen diet yang selamat ni, jika tidak jangan bermimpi untuk turunkan berat badan tu..hehe

Ok jom kita terjah apalah tips2 tu kan.

1. Tetapkan dalam fikiran nak kurus.
- kenapa kena tetapkan fikiran nak kurus?. Sebab ia boleh mengawal kita dari makan berlebihan. Sentiasa kena ingat kena kawal makan walau dalam apa situasi sekalipun.

Sebagai contoh: jangan mudah terpengaruh jika ada jemputan makan yg menghidangkan makanan2 yang begitu menyelerakan, sentiasa ingat bahawa anda ada misi untuk kurus, jadi harus kawal makan setiap masa. Pendek kata no skip2.

JANGAN BERTANGGUH KALAU NAK KURUS.

xperlu tunggu badan jadi mcm ini baru tekad nak kurus


2. Belajar dan fahami Kalori
- kenapa kena tau kalori? Sebab ia menentukan samada kita boleh kurangkan berat badan atau tidak. Contoh: jika kalori yg diperlukan kita hanya 1300kal setiap maka kita harus kurangkan nilainya dari 1300kal ke 1000kal setiap hari.

3. Makanlah sedikit-sedikit
- Cuba disiplin diri untuk makan sedikit-sedikit sahaja. Hindari lapar, jika anda lapar berkemungkinan anda akan makan dengan kuantiti yang lebih banyak. Hancuss diet nanti.

4. Hindari makan lewat malam.
- pastikan 4-6jam sebelum tidur anda jangan makan Makanan berat. Sebolehnya makan sebelum waktu maghrib.

5. Jauhi makanan dan minuman bergula.
- Gula sebenarnya amat bahaya pada kita. Ia menggemukkan dan semakin diambil semakin bertambah selera untuk makan. Bukan mereka yang berpenyakit sahaja harus kurangkan gula, kita yang normal juga harus kurangkan jika ingin dapatkan berat badan yang ideal.

6. Gantikan dengan Makanan Rendah Lemak


- Disipinkan diri untuk makan makanan yang rendah lemak. Hindari makanan bergoreng dan berlemak. Sebaliknya cuba makan makanan yg tinggi protein dan makanan yang direbus atau dikukus.

7. Bersenam atau melakukan aktiviti sihat.
- selalu bersenam bila ada kelapangan. Atau boleh lakukan beberapa aktiviti riadah yang lain.

8. Letakkan komitmen yang tinggi untuk kurus.
- bila anda letakkan komitmen yang tinggi untuk kurus, anda pasti akan berusaha apa sahaja untuk mencapai hasrat anda.

Extra tips adalah dengan mengamalkan suplemen diet untuk membantu membakar lemak2 yang degil tu keluar. Suplemen hanya membantu merealisasikan impian kita untuk kurus tau. Dan juga memastikan tubuh kekal sihat walaupun kita mengawal makan.

Ok Selamat Mencuba Ya!



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015