Seawal usia anak anda 2 tahun, mereka dah boleh dilatih untuk meninggalkan lampin pakai buang. Tetapi bukan mudah untuk mengajar mereka. Lantas kita sebagai ibu yang peka disaran untuk melihat tanda-tanda bahawa mereka sudah bersedia atau belum untuk ke tandas.
Sebelum itu mama perlu tahu apakah petunjuk anak sudah bersedia untuk ke tandas sendiri. Selain dapat menjimatkan kos membeli lampin pakai buang, anda juga membantu memelihara alam sekitar.
Tidak selesa
Semakin membesar si kecil semakin banyak ragamnya. Perasan tak kelakuan anak anda yang berusaha untuk membuka lampin pakai buang yang sudah dipakaikan. Ini petunjuk dia sebenarnya sudah tidak selesa memakai lampin dan mahu bebas tanpanya. Daripada anda berkeras memaksanya memakai lampin tersebut lebih baik anda ajar anak memberitahu keinginan untuk ke tandas.
Menyorok
Kadang kala ada kanak-kanak yang suka menyorok di sudut tertentu dalam rumah jika mahu melepaskan hajatnya. Sekiranya anak anda berkelakuan demikian, lebih baik ajar dia ke tandas jika mahu melepaskan hajat.
Memberitahu
Tentu mama rasa seperti hendak marah sekiranya si kecil memberitahu lampinnya sudah kotor dan perlu diganti, padahal baharu sahaja setengah jam dipakai. Ini bererti dia sudah tidak selesa menggunakan lampin pakai buang.
Meniru
Perkara ini dilakukan oleh hampir kebanyakan kanak-kanak. Perasan tak jika anda mahu ke tandas ketika di rumah, anak akan mengikut. Sebenarnya ia petunjuk bahawa anak anda sedang memerhati dan mempelajari bagaimana cara untuk ke tandas sendiri.
Jadi jika anak anda sudah menunjukkan tanda-tanda seperti ini, bolehlah mula mencuba ya. Anak jue yg kedua pun telah menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, jadi dalam masa terdekat ni inshaAllah jue akan cuba. Ok Selamat Mencuba!
Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073
Tiada ulasan:
Catat Ulasan