"Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sabtu, 26 April 2014

Menu hujung minggu

Selamat berhujung minggu semua, apa yek korang masak di hari cuti macam ni, mesti masak spesial kan sebab hari bekerja selalu makan kedai jadi amik peluang hujung minggu dengan memasak untuk suami dan anak-anak.

Hari ni ju masak ayam masak lemak cili api, keli goreng berlada, dan sayur brocoli goreng campak(amboi ikut suka hati je nak letak nama ape) belasah aje janji sedap untuk tekak kami sekeluarga.

menu utama ayam masak lemak cili api

bahan2:
ayam separuh
serai dititik
kunyit hidup ditumbuk halus 
santan segar
5-6 biji cili api ditumbuk halus
bawang merah kisar
1 asam keping
garam 
ajinomoto
sedikit air
lada merah (untuk hiasan je)

cara2 membuatnya senang je bukan susah pun semudah a b c...hihi

mula2 masukkan ayam, bwg merah, kunyit, dan cili api yang dah ditumbuk ke dalam periuk, masukkan air sedikit.
bila dah naik bau, masukkan serai, asam keping(1keping je taw), kemudian masukkan santan segar, garam dan ajinomoto secukup rasa. kacau perlahan sampai masak dan sedia dihidang..

resepi ni sangat mudah, xperlu banyak bahan buat yang simple2 je janji sodap!

nak lagi sedap letak daun kunyit manyang halus2, ju lupa beli jadi masak guna ape yang ade je

ok selamat mencuba!

resepi tambahannya keli goreng berlada dan sayur brocoli goreng campak...resepinya nanti ju update 
selamat menjamu selera, perut pun dah berkeruk2 nie jom makan

with love 
ju @ junaidawati
i love shaklee



Junaida Watie
0199895564
I'm Shaklee Independent Distributor in Selangor
No id 930073

Tiada ulasan:

Sila isikan borang pesanan di sini

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Emel/Facebook
Alamat penghantaran :
Barangan : Jika lebih dari satu, gunakan simbol &
Cara Pembayaran :

Form provided by Freedback.
Copyright to Junaida Watie
Designed by UMIESUEstudio 2015