Pages

Rabu, 4 Jun 2014

Popia basah paling Sedap

Nak share sini la gerai paling sedap jual popia basah kat Kuala Lumpur nie. Kalau beli kat bazar ramadhan dengan pasar malam pun xleh tandingi kesedapan popia basah ni. Popia yang jual dalam foodcourt sogo pun tak sesedap popia basah ni. Betul-betul kena dengan selera saya lah dan orang yang paling suka makan popia dah tentulah my husband hehe. Rasa isi popia tu memang sangat lembut, smooth je semua bahan dalam, nak masuk dalam mulut kita pun rasa best jer. Kulit popia tu pun lebut giler, memang pandailah makcik ni buat. Nak je mintak resepi tapi malu pulak. hihi beli jelah kat makcik tu selalu kalau teringin.

Sedap weii popia ni.

Tentu korang nak tau beli kat ne kan, mudah jer kalau siap yang raji balik kampung ke pantai timur mesti akan lalu di tol gombak kan?, sebelum sampai tol ade Burger King n Petronas, akak tu jual tepi jalan je dekat dengan putu bambu world. Putu bambu world xyah cakaplah memang terbaik rasa dia.
Hehe sempat sapu jugak sekali. Memang gile makan kuih kitarang laki bini nih. Maklumlah time tu tgh lapor sementara nak sampai kampung makan le dulu dalam kete.

Putu Bambu World


Jadi memang setiap kali nak balik kami akan singgah situ beli kuih feveret kami nih.
Siapa teringin tu bolehlah rasa popia ni mesti korang pun cakap sedap.


With Love
Junaida Watie
Pengedar Shaklee yang aktif di Kajang dan seluruh Malaysia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan