Pages

Isnin, 23 Jun 2014

Manfaat tidur sebentar

Kita sangat jelas dengan manfaat tidur dalam kehidupan seharian. Tetapi, itu adalah tidur pada waktu malam. Bagaimana pula dengan tidur sebentar?

Menurut Institut Kesihatan Mental National Amerika, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.

Para penyelidik mengatakan tidur sebentar pada siang hari yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah atau napping dalam bahasa Inggeris itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari.

Tidur yang singkat dapat menyegarkan otak setelah merasa keletihan pada siang hari akibat pengumpulan maklumat di dalam otak yang terlalu banyak. Memaksa diri hanya menyebabkan prestasi semakin turun.

Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman telah melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Mereka diminta untuk tidur dalam tempoh tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza. Ini menunjukkan tidur yang singkat di siang hari sama pentingnya dengan tidur di malam hari.

Otak kanan akan lebih aktif semasa tidur sebentar berbanding otak kiri yang kekal tenang. Walaupun 95% orang menggunakan tangan kanan, di mana otak sebelah kiri yang paling dominan, tetapi bahagian otak kiri lebih aktif secara konsisten semasa tidur.

Menurut Andrei Medvedev, ketua penyelidik, otak sebelah kanan menjalankan pengemasan semasa kita tidur. Sebab itulah, otak kiri mengambil masa untuk berehat. Semasa tidur juga, otak akan menghasilkan pelbagai jenis gelombang mengikut tahap tidur seseorang. Selepas 20 minit, otak yang sedang tidur akan berubah. Ia merupakan fasa paling nyenyak dalam tidur.

Tetapi, jika tidur terlalu lama pada siang hari kita mungkin berasa pening selepas bangkit daripada tidur dan bukannya badan berasa segar seperti yang diinginkan. Sebaiknya, yidurlah sekejap sebelum masuk waktu petang bagi mengelakkan ia menganggu tidur pada malam hari. Kebanyakan individu akan mula mengantuk pada jam antara 1-4ptg.

Untuk menjadikan 'tidur sebentar' sebagai rutin harian, gunakan sesuatu yang disukai seperti bantal kegemaran atau topeng mata berbau lavender  untuk memberi kedamaian. Selain itu, tidur di kerusi atau sofa yang selesa bukannya di atas katil bersama tilam empuk bagi mengelakkan anda malas bangun dari tidur.

sumber: majalah iSihat

Bagi umat islam kita digalakkan tidur sebelum masuknya waktu zohor, ambil masa 10-30 minit sahaja untuk tidur sebentar.

Boleh baca lebih lanjut berkenaan tidur sebentar di siang hari atau  'Qailullah'

Junaida watie
Ibu yang ingin belajar Qailullah.
juga pengedar Shaklee di Selangor
0199895564




Tiada ulasan:

Catat Ulasan