Pages

Isnin, 5 Oktober 2015

Resepi Kek Cawan Coklat Bercheese

Semalam sempat siapkan satu resepi kek cawan coklat berinti keju. Baru belajar dari youtube terus xsabar nak buat dan makan.

Bahan2 yang senang diperolehi. Memang mudah sangat nak membuatnya. Dan rasanya memang amat sedap..so mealty. Kalau tengok memang telan air dulu hehe..

Ok jom kita tengok bahan2nya:

Bahan kek
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 sudu kecil baking soda
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur
1 cawan susu segar

Bahan keju
Keju tatura 225gm
1/3 cawan gula
1 biji telur

Cara-cara :
Campurkan tepung gandum, serbuk koko, gula, baking soda, dan garam sekali. Kemudian kacau hingga kelihatan seperti tepung coklat. Kemudian masukkan minyak dan telur serta separuh cawan susu. Kacau sehingga sebati kemudian tambahkan lagi susu segar sehingga habis. Siap adunan kek coklat.

Untuk inti kejunya, masukkan keju, gula dan telur.. kemudian kacau sehingga kembang dan sebati. Done.

Kemudian boleh letak bancuhan kek coklat separuh je..kemudian letak inti keju leleh satu sudu besar, kemudian letak lagi bancuhan kek coklat.

Boleh tengok step di bawah

First

Second

Third

Kemudian bakar pada suhu 180°c selama 12-15minit.

Ok lepas siap untuk di makan. Yummy2.



Ok selamat mencuba ya.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan