Pages

Khamis, 9 April 2015

Petua Kecantikan Dengan Oat

Biasanya orang menggunakan oat untuk berdiet atau kata lainnya untuk menguruskan badan. Ini kerana oat mempunyai fiber yang tinggi jadi ia berupaya membuatkan kita rasa lebih kenyang dan ia juga mudah dinyahkan.

 

Namun ramai yang tidak mengetahui ia bukan sekadar digunakan untuk menguruskan badan, malahan ia sangat baik untuk menjaga kecantikan keseluruhan badan kita. Bagaimana ya? Jom kita baca bagaimana cara oat boleh digunakan untuk kecantikan.

*Rambut kusam

Wanita sangat menjaga kecantikan rambutnya tidak kira sama ada memakai tudung atau tidak. Kisar oat hingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit baking soda. Sapukan campuran tersebut ke rambut dan gosokkan hingga ke akarnya secara perlahan seperti anda mencuci rambut dengan syampu. Campuran oat dan baking soda membantu menyerap minyak dan membebaskan daripada masalah rambut kusam.

*Skrub wajah

Oat juga boleh digunakan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah. Butirannya yang lembut selamat digunakan untuk disapu ke kulit wajah. Hancurkan dua sudu besar oat dan tambahkan satu sudu kecil baking soda. Simpan campuran tersebut dalam bekas tertutup. Jika hendak digunakan, tuangkan beberapa sudu ke tapak tangan, tambahkan sedikit air dan sapu ke seluruh wajah. Gosokkan dengan lembut dalam gerakan secara melingkar selama 60 saat, lalu bilas.

*Skrub badan

Campurkan ¼ cawan oat, sesudu makan madu, dua sudu makan minyak zaitun. Kacau rata sehingga adunan sebati. Kemudian sapukan di seluruh badan dan gosok di kawasan degil seperti lengan dan kaki.

*Masker wajah

Campurkan satu sudu makan oat dengan tiga sudu makan susu organik suam. Ketika gandum mengembang sedikit, tambahkan sedikit jus lobak merah dan vitamin A. Sapukan ke wajah dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.

*Penyejuk kulit

Kulit yang pedih terbakar matahari juga boleh dirawat dengan oat. Masak oat dalam air dan biarkan sehingga teksturnya hangat. Letak oat yang sudah masak ini dalam kain bersih dan tuamkan di kawasan kulit yang terbakar. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.

Jadi lepas ni bolehlah kita pelbagai gunakan oat ini. Nak kuruskan badan boleh, nak menjaga kecantikan pun boleh. Selamat mencuba ya!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan