Pages

Sabtu, 21 Mac 2015

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah penyakit darah tinggi bukan asing lagi dalam kehidupan harian kita. Faktor pemakanan, persekitaran dan keturunan amat mempengaruhi. 



Penyakit darah tinggi ialah apabila tekanan darah keatas dinding arteri berlebihan. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk masalah jantung dan strok.
Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang di pam oleh jantung dan jumlah rintangan arteri disebabkan arteri yang semakin sempit. Semakin banyak darah dipam dan semakin sempit arteri, semakin tinggilah tekanan darah sesaorang.
Tekanan Darah
Diukur dari dua bacaan iaitu ketika jantung mengepam (sistolic), bacaan atas dan ketika jantung berehat (diastolic) bacaan bawah.
Tekanan darah normal ialah bacaan atas 100-140, dan bacaan bawah 60-90, tekanan darah tinggi terjadi apabila bacaan melebihi 140/90.
Tanda-tanda Tekanan Darah Tinggi
Salah satu aspek merbahaya tentang penyakit ini ialah ramai yang tidak menyedari telah memilikinya. kajian menunjukkan hampir satu pertiga pengidap tidak menyedarinya.
Makanya mencegah adalah sebaik-baik langkah disamping mendapatkan ujian tekanan darah berkala.
Boleh amalkan petua yang mudah dan murah, tetapi untuk lagi mudah dan berkesan amalkan pengambilan vitamin bawang putih, minyak omega 3, makan makanan yang kaya dengan serat yang tinggi, mengurangkan pengambilan garam,kurangkan stress.
Untuk memudahkan, boleh lihat senarai petua-peta yang boleh digunakan sebagai petua untuk menurunkan darah tinggi. Antaranya adalah:-
  1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan - dengan mengurangkan pengambilan makanan berminyak serta bergoreng serta mengurangkan pengambilan karbohidrat yang lebih.
  2. Mengamalkan pengambilan buah-buahan seperti epal, belimbing, lobak yang djadikan jus minuman harian untuk menurunkan tekanan darah tinggi dengan segera.
  3. Mengamalkan aktiviti beriadah
  4. Mengambil suplemen harian yang membant menurunkan tekanan darah tinggi.
  5. Mengurangkan garam dalam setiap pengambilan makanan harian.
  6. Selalu mengamalkan bawang putih, atau sebaiknya dimakan bawang putih begitu sahaja, jika xmampu untuk menelan makan je vitamin tablet garlic dari Shaklee setiap hari.
  7. Berfikiran positif dan jauhi tekanan atau stress yang melampau.
  8. Elak minuman beralkohol.
  9. Jauhi merokok.

Jadi, sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup sihat agar kesihatan dapat dipelihara sebaiknya. jika badan tidak cukup vitamin, jangan ragu-ragu untuk mengamalkan vitamin, xrugi pun menjaga kesihatan malah hidup kita lebih baik berbanding kesihatan yang buruk yang sudah tentunya merungsingkan kepala kan. Jadi jika berminat untuk mendapatkan suplemen hubungi saya ok.


9 Cara Hilangkan Jeragat

Jeragat merupakan masalah biasa yang terjadi pada wanita lewat 20 an. Masalah ini tentunya masalah yang paling tidak disukai oleh semua kaum wanita. Jeragat bukanlah seperti jerawat yang boleh dihilangkan dengan cara yang mudah. Bahkan kalau kita selalu kita pergi facial pun jeragat masih tetap degil nak hilang. 





Jadi apa cara dan petua terbaik untuk membantu kita menghilangkan jeragat dengan mudah? 


Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.

 
Air Kelapa


Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah.
 

Jangan Terlalu Urut Wajah


Bagi yang mengelami  masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.


Jauhi Sinar Matahari


Oleh kerana Malaysia bersuhu panas  anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

 
Jaga Pemakanan


Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan yang miliki protin dan juga vitamin.


Petua 1

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua  2

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Dan selain mengamalkan cara-cara serta petua dia atas, perkara yang sebaiknya anda buat adalah mengambil suplemen khas untuk menjaga kecantikan kulit. Ia berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan kulit yang baik.

Suplemen-suplemen yang baik untuk memelihara kulit dari dipenuhi jeragat dan jerawat adalah Vitamin C, Vitamin E, kolagen dan juga protein dari susu soya tanpa GMO. Sekiranya anda konsisten mengamalkan 4 jenis suplemen ini, inshAllah kulit dalaman dan laran anda lebih sihat dan terpelihara dari jeragat malahan kulit akan bertambah cantik dan segar.




Harga bagi Set Jeragat Shaklee
ESP RM150
Vita C RM92
Vita E RM135
Kolagen RM268

Jangan Risau, harga di atas boleh dirunding lagi jika anda sms/whatsapp 019-9895564 (jue). Jadi itulah cara-cara terbaik bagi anda mengurangkan jeragat yang penuh di wajah. Amalkan petua dan suplemen dengan konsisten pasti anda akan berpuas hati.



Jumaat, 20 Mac 2015

10 Cara Menarik Minat Anak Makan

Saya percaya ramai ibubapa yang mempunyai masalah anak yang kurang berselera untuk makan. Namun segalanya boleh diatasi bergantung kepada usaha dan kreativiti anda. 



Apakah yang biasa menarik perhatian si kecil ini makan. Sebenarnya faktor pemakanan xbanyak mempengaruhi kerana walaupun masakan kita sedap dan berkhasiat tetapi jika mereka tidak tertarik tiada makna juga. Kadang-kadang masakan yang simple tetapi kena cara lebih membuatkan selera anak kita bertambah.

Antara cara-cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat anak makan adalah seperti di bawah :-

*Pastikan anda sentiasa ada di sisi anak ketika dia makan.
*Biarkan anak menikmati makanan dengan tenang dan jangan memaksanya untuk menghabiskan makanan dengan cepat.
*Berikan pujian sekiranya dia makan dengan tertib dan dapat menghabiskan makanannya.
*Bercerita dengan anak tentang khasiat makanan yang dimakan dan apa fungsinya kepada dirinya.
*Sebaiknya biarkan anak makan sendiri.
*Pastikan anak makan ketika dia sedang lapar.
*Berikan kuantiti makanan yang mampu dihabiskan oleh anak kerana saiz perutnya berbeza dengan orang dewasa.
*Elakkan anak makan bersulam air kerana ia hanya akan membuatkan dia cepat kenyang.
*Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari agar mereka lebih berdisiplin tentang waktu makan.
*Jangan beri anak makan makanan berat di antara waktu makan utamanya.

Cara lain yang boleh diusahakan oleh para ibubapa adalah dengan memberikan anak anda suplemen kesihatan harian. Sebaiknya berikan mereka cukup vitamin C dan multivitamin yang cukup untuk bekalan antibodi dan meningkatkan selera makan mereka. Setakat ini doktor dan di hospital2 kerajaan pun telah menyarankan agar anak-anak diberikan mealshakes sebagai sumber vitamin dan nutrisi harian bagi membantu anak-anak membesar lebih sihat serta menaikkan selera makan mereka.


Jadi segalanya kita yang boleh menentukan tahap kesihatan anak kita. Dari segi pemakanan dan juga aktiviti harian mereka. 
Jika anda berminat untuk mendapatkan nutrisi terbaik buat anak anda jangan lupa untuk memilih suplemen mealshakes, vitamin C, vitalea dan juga omegaguard ye. Hubungi saya 0199895564 untuk info dan order.

Jumaat, 13 Mac 2015

Cara Ajar Anak Pandai Berkawan

Menjaga dan memahami kanak-kanak adalah mudah jika kita sabar melayani karenahnya. Ada beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk lebih memahami kanak-kanak iaitu dengan:-


*Berikan perhatian

Kanak-kanak sering menunjukkan masalah sosial dan perkembangan yang tidak normal apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Cuba tambah sesi bermain bersama, berkomunikasi dan kurangkan penggunaan perkataan “tidak” atau “jangan”. Berikan mereka peluang meneroka persekitaran.

*Rakan bermain

Sekiranya anda keluar bersantai minum petang bersama rakan, rancang sekali perjumpaan anak anda dengan anaknya (sebaya atau usia tidak jauh beza) supaya mereka boleh bermain bersama. Biarkan mereka berkenalan dan bermain bersama sementara anda dan rakan dengan aktiviti orang dewasa.

*Bawa keluar

Bawa si kecil ke majlis atau tempat yang mempunyai ramai orang. Contohnya, majlis keramaian atau perpustakaan. Kanak-kanak akan menyerap apa yang dilihat. Mereka boleh melihat dan mendengar pelbagai jenis komunikasi. Bawa juga anak bermain di taman permainan. Sambil bermain, mereka akan belajar bergaul dengan kanak-kanak lain. Si kecil perlu dilatih untuk berkongsi, menyelesaikan konflik sesama rakan sebaya serta menikmati keseronokan bermain bersama.

*Berlakon bermain

Luangkan masa bersama untuk mencipta satu permainan suasana. Misalnya anda melakonkan watak tertentu dan dia pula memegang peranan watak yang perlu berkomunikasi. Sebagai contoh, anda melakonkan watak pesakit dan anak menjadi doktor atau jururawat. Gunakan dialog yang sopan, perkataan yang mudah dan suasana yang mesra dan ceria. Ia melatih anak menjadi kreatif dan bijak bersosial.

*Kelas hujung minggu

Kini ada banyak kelas bersosial khusus untuk kanak-kanak pada hujung minggu. Anda boleh pilih mana-mana yang sesuai mengikut minat dan personaliti si manja seperti kelas memasak, kelas kraf, kelas berenang dan sebagainya. Selain belajar kemahiran berkomunikasi, mereka juga menimba ilmu yang bermanfaat.

Khamis, 12 Mac 2015

6 Petua Redakan Demam Anak Kecil

Demam dikalangan bayi dan kanak-kanak kecil adalah biasa berlaku dan seringkali meresahkan hati si ayah dan ibu. 




Pada waktu ini, perhatian yang sepenuhnya amat diperlukan dalam menjaga anak anda. Di samping ubat doktor, pelbagai tips dan petua boleh diamalkan agar demam cepat reda.

Antara petua-petua yang boleh diamalkan adalah:-

  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  1. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.
  1. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  1. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  1. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  1. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.
Ok petua-petua di atas antara yang kita boleh amalkan ketika anak demam. Semoga petua-petua ini dapat membantu anda semua meredakan demam anda dengan cepat.

Untuk menjaga antibodi tubuh anak anda, anda disarankan memberikan anak anda suplemen kesihatan sebagai pelengkap nutrisi harian mereka. Suplemen amat membantu anak yang kerap demam menjadi lebih sihat dan sekiranya demam ia cepat sembuh. InshaAllah semua dengan izin dariNya.

4 Tanda-tanda Anak Sedia Ke Tandas

Seawal usia anak anda 2 tahun, mereka dah boleh dilatih untuk meninggalkan lampin pakai buang. Tetapi bukan mudah untuk mengajar mereka. Lantas kita sebagai ibu yang peka disaran untuk melihat tanda-tanda bahawa mereka sudah bersedia atau belum untuk ke tandas. 




Sebelum itu mama perlu tahu apakah petunjuk anak sudah bersedia untuk ke tandas sendiri. Selain dapat menjimatkan kos membeli lampin pakai buang, anda juga membantu memelihara alam sekitar.

Tidak selesa

Semakin membesar si kecil semakin banyak ragamnya. Perasan tak kelakuan anak anda yang berusaha untuk membuka lampin pakai buang yang sudah dipakaikan.  Ini petunjuk dia sebenarnya sudah tidak selesa memakai lampin dan mahu bebas tanpanya. Daripada anda berkeras memaksanya memakai lampin tersebut lebih baik anda ajar anak memberitahu keinginan untuk ke tandas.

Menyorok

Kadang kala ada kanak-kanak yang suka menyorok di sudut tertentu dalam rumah jika mahu melepaskan hajatnya. Sekiranya anak anda berkelakuan demikian, lebih baik ajar dia ke tandas jika mahu melepaskan hajat.

Memberitahu

Tentu mama rasa seperti hendak marah sekiranya si kecil memberitahu lampinnya sudah kotor dan perlu diganti, padahal baharu sahaja setengah jam dipakai. Ini bererti dia sudah tidak selesa menggunakan lampin pakai buang.

Meniru

Perkara ini dilakukan oleh hampir kebanyakan kanak-kanak. Perasan tak jika anda mahu ke tandas ketika di rumah, anak akan mengikut. Sebenarnya ia petunjuk bahawa anak anda sedang memerhati dan mempelajari bagaimana cara untuk ke tandas sendiri.

Jadi jika anak anda sudah menunjukkan tanda-tanda seperti ini, bolehlah mula mencuba ya. Anak jue yg kedua pun telah menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, jadi dalam masa terdekat ni inshaAllah jue akan cuba. Ok Selamat Mencuba!

Rabu, 11 Mac 2015

5 Sebab Soya Esp Terbaik di Dunia

Ramai yang bertanggapan negatif bila dengar susu soya. Terlebih baca keburukan soya sampai tk tahu sebenarnya tubuh manusia membina blok2 protin melalui susu soya yang tulen yang tidak dimusnahkan genetiknya.


Kalau minum susu soya pasar malam yang panas2 tu, memanglah termusnah segala genetik yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Sebab itu soya dikatakan tidak baik untuk kesihatan dan kulit. Semua itu sangat bercanggah dengan Susu Soya ESp. Kenapa susu soya esp ni sangat baik untuk membina protein manusia? Sebab ia susu soya yang diproses tanpa GMO iaitu diproses tanpa mengubah genetik asalnya.

Ok tak perlu dipanjang cerita, jom kita baca 5 sebab Utama kenapa susu soya Esp Shaklee ni kita perlua amik.

1. ESP menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap dan menghasilkan isoflavone (.. bukan senang nak ekstrak isoflavone dari kacang soya)

2. ESP hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO ( Non-Genetically Modified Organism) di mana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee dikawal ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

3. ESP dibasuh dengan air (Dr. Shaklee knew that By using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phyto-estrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positive benefits of soy and only 12 to 20 negative studies showing that when you alter and de-nature soy end up with junk.Dr.Shaklee knew the difference.

4. ESP mengndungi 50% keperluan kalsium harian. Kenapa ada kalsium? Kerana tambahan sedikit kalsium di dalam ESP boleh meneutralkan kembali asid phytic di dalam soya (kandungan asid phytic yang tinggi menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zink semasa pencernaan dalam usus. 

5. Dah 54tahun ESP mengungguli pasaran makanan tambahan. Mana lagi nak cari soya Terbaik macam ni.


Susu Soya ESP 

Jadi kenapa masih ragu-ragu untuk minum susu soya ESP? 
GST bakal dikenakan bulan depan, so cepat dapatkan pada bulan ini. Boleh borong sebab bulan ni promosi esp. 

Jika grab 6 dapat percuma 1
percuma jadi ahli
percuma memberkit
percuma cash back

Jika grab 2 less 5%

harga pasaran RM150
harga saya bagi kena whatsapp/sms ok 019-9895564

Selasa, 10 Mac 2015

Testimoni Pengguna Vitamin C Shaklee

Kita dah tahu mengenai kebaikan vitamin C,jadi apa kata hari ini jue letakkan beberapa testimoni pengguna Vitamin C Shaklee. Pasti anda turut teruja melihat keberkesannya.

Jom kita lihat beberapa testimoni yang konsisten mengamalkan Vita C plus Shaklee ini.

#Testimoni 1


#Testimoni 2


#Testimoni 3


#Testimoni 4


#Testimoni 5


#Testimoni 6

#Testimoni 7


#Testimoni 8
 Itulah beberapa testimoni yang ada. Testimoni sendiri pun ada juga. InshaAllah next entri jue akan masukkan. Papepun vit c shaklee memang terBaik dan Best la.

BERMINAT?
HUBUNGI JUE OK.
0199895564 


Isnin, 9 Mac 2015

Tanda-tanda Anda Kekurangan Vitamin C

Tidak semua orang mengamalkan kesihatan. Tahukah anda untuk menjaga kesihatan menyeluruh, vitamin C amat penting bagi membantu kita mendapatkan antibodi yang baik.


Vitamin C ni perlu diambil kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan vitamin C sendiri. Kita boleh mengambil vitamin C dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Tetapi mampukah kita makan buah banyak2 setiap hari?

Pendek kata terbaik adalah mengamalkan suplemen vitamin C sahaja. Lebih mudah. Khasiat pun cepat menyerap. Lagi-lagi jika vitamin itu adalah vitamin semulajadi dan tiada campuran bahan lain. Lagi bertambah berkesan khasiatnya.

Namun, jika kita mengabaikan pengambilan vitamin C ia akan menyebabkan berbagai penyakit mudah datang. Contohnya seperti demam dan selsema dan juga penyakit lain.

Adakah anda ingin tahu apa tanda-tanda kekurangan vitamin c dalam badan?

TANDA-TANDA KEKURANGAN Vitamin-C yang sangat ketara:

1) Mudah tertekan
2) Kulit sangat kering dan bersisik
3) tapak kaki keras dan kasar
4) Luka lambat sembuh
5) Mudah Selsema atau bersin
6) Wajah tambah lebih tua berbanding umur kerana Vitamin C penting utk pembentukan Collagen
6) Mudah mendapat ulcer
7) Mudah demam
8) Penyakit skurvi


Ahad, 8 Mac 2015

Fakta Mengenai Vitamin C dan Manfaatnya Buat Kesihatan

🍊 Fakta mengenai Vitamin C🍊

🍐Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

🍋Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

🍇Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.

🌿Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).

Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.

Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

🍊 Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?

Vitamin C adalah perlu untuk:

🍎 Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat

🍎Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat

🍎Mematikan radikal bebas merbahaya

🍎Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

🍊Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari

👉Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. 

👉Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh.

👉Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

🐞Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.


🌞Apakah pilihan Vitamin C anda?
dan Vitamin apakah yang terbaik?

🍊Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.

🍊Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*

Jika anda memilih Vita C plus Shaklee anda adalah seorang yang amat bijak, kerana vita c plus shaklee bukan sahaja semulajadi malahan ia mempunyai kesan yang sangat baik buat kesihatan kita.

Jika berminat boleh whatsapp/sms 0199895564


Selasa, 3 Mac 2015

Kisah Cinta Saya

Aku Jatuh Cinta!


Love My Family

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera


Entri kali ni pasal "aku jatuh cinta", biar betul tak sedar diri betul hihi. Anak dah 2, suami nak campak mana? Marah laki i kalau tulis entri macam nih. Yang sebenarnya aku dah jatuh cita dengan suplemen Shaklee lah. Suplemen hebat yang berasaskan sumber semulajadi sahaja, itu point utama kenapa aku suka Shaklee.

Mula kenal Shaklee sebab anak pertama mengalami masalah sembelit yang agak teruk, hari-hari terseksa membuang sampai keluar darah, kesian sangat-sangat sampaikan aku stress, menangis setiap kali tengok anak macam tu. Masa tu tengah pregnant anak kedua, hari-hari duk stress macamana nak atasi masalah ini. Lastly Allah temukan jalan, aku ternampak iklan di FB. Master yann punya iklan pasal Mealshakes boleh selesaikan masalah sembelit kanak-kanak. Masa tu memang aku tak tau langsung apa tu mealshakes, just terus pm kak yann cakap nak suplemen tu tanpa bertanya kelebihan. Sebab memang nak sangat-sangat anak sembuh. Mula-mula bagi aku xtau sangat sebab dah hilang contact Fb kak yan, bagi je sesudu teh, mula-mula bagi macam xda kesan masih lagi sembelit tapi xdelah sampai keluar darah dah, dah lama guna aku try bagi dos lebih sikit dalam sesudu besar, barulah nampak kesan positifnya. Alhamdulillah rasa syukur sangat-sangat. Tetapi masa ni belum lagi terjebak join ahli dengan Shaklee, malas katakan sebab utama nak anak pulih je.

Kali kedua kenal Shaklee bila ingin menyusukan anak kedua, sebelum bersalin lagi aku dah tanam niat untuk memberi susu ibu sepenuhnya bila dia lahir nanti. Tetapi masa dalam pantang susu kurang, tapi aku xputus asa dengan mengamalkan teknik Demand dan Supply oklah susu tetap ada walaupun kadang-kadang tengok baby macam tak kenyang je. Tengok iklan pasal suplemen Shaklee yang banyak sangat post pasal kebaikan esp dalam penyusuan ibu. Teringat dekat kak yann yang jual suplemen Shaklee pun mesti ade produk menyusu, terus pm dan kata nak set ibu menyusu. Masa tu consume set percubaan menyusu dan tambahkan susu esp. Alhamdulillah perkembangan positif walaupun aku hanya minum susu esp dah alfafa sahaja, vitamin lain xmakan konon xsuka makan pil dulu.

Dah berbulan-bulan beri anak mealshakes dan minum esp, tak pernah terfikir pun nak jual Shaklee sebab xreti nak jual nak share pun xreti. Lepas raya puasa ramai tengok gambar raya komen cakap aku nampak kurus, gebu n lebih cantik..hihi tolonglah ayat ni memang buat aku sangat-sangat tergerak untuk join Shaklee terus. Akhirnya masa order barang Shaklee aku terus bagitau nak jadi membership tapi nak makan-makan jer, konon jela tapi pastu terus aku share kebaikan esp di FB. Ramai pula yang pm tanya, akhirnya sharing tu berkekalan hingga kini kerana produk nya sungguh berkesan dengan aku.

Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta. Bagi saya merasa dulu keberkesanan produk tu amat penting barulah kita dapat share dengan ikhlas.

Saya akan teruskan menjadi pengedar Shaklee untuk selama-lamanya sebab produk nya diyakini berkesan.

Alhamdulillah dah kenal Shaklee walaupun agak lewat.

Junaida watie
Saya Pengedar Tegar Shaklee
0199895564

Kepentingan Vitamin C Untuk Kesihatan

Kata orang jika ingin kekal cantik, jangan berhenti amalkan suplemen Vitamin C. 


Vitamin C adalah jenis vitamin yang perlu diambil setiap hari. ini kerana ia mudah terlarut dalam air. Ia akan keluar melalui air kencing dan juga peluh. Jadi pengambilan yang berterusan amat penting bagi memastikan kesihatan sentiasa baik.


Ada beberapa kumpulan manusia yang mempunyai kandungan vitamin c rendah dalam badan mereka. Mereka adalah :-


- Perokok- Pesakit kencing manis- Pesakit kanser- Orang yang kuat minum alkohol- Orang yang kuat selsema atau mudah terkena jangkitan kuman- Ibu hamil, menyusu- Orang yang sedang dirawat di hospital


Disarankan mereka ini mengambil vitamin C untuk menguatkan antibodi dalam badan. Ingat ye vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh sel2 dalam badan. Hanya makanan tambahan seperti suplemen vitamin C atau buah2an sahaja sumber utama Vit C.

Jadi kalau mampu makan buah banyak2 setiap hari cubalah makan. Kalau nak mudah makan aje Vit C Plus Shaklee sebiji sehari. Baru RM0.42 sen sebiji.

Jimat Kos + masa  kan?

jom amalkan suplemen vitamin C. Vitamin c terbaik tentunya dari Shaklee, yang semulajadi. Xda langsung bahan tercemar atau bahan kimia yang dicampurkan. Hanya dari 7 setengah biji oren untuk sebiji tablet.



wassap 019-9895564 untuk membantu :)

Isnin, 2 Mac 2015

Promosi Terbaik Mac 2015

Tripple Promo!




Apa kebaikan produk promo bulan ini? Jom kita baca:-

Esp - sangat sesuai untuk mereka yg ingin tenaga berpanjangan, sesuai sgt buat ibu menyusu, hamil, dan pesakit kencing manis, serta sesiapa sahaja yg ingin menjaga kecantikan dan kesihatan.

Apa itu ESP

ESP (energizing soy protein) ni protein soya yang berkualiti tinggi dan  ianya non GMO soy..non GMO ni maksudnya ia tidak diubah suai secara genetik..penghasilan serbuk soya dipantau rapi dari proses menanam sehinggalah pemprosesannya..

ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi

Vitalea for children - tablet multivitamin perasa anggur. Sangat baik bagi anak2 yg selalu mengelak sayur dlm makanan mereka. Membantu meningkatkan imunisasi anak2

Vitalea ni baru keluar pasaran setelah lama tidak keluar kerana improve semula formula agar lebih baik.

Zinc - baik pulih luka operation dengan pantas. Sesuai bg mereka yg baru lepas bersalin normal atau ceazer. Bagi lelaki juga sangat baik untuk kesuburan krn ia mengaktifkan sperma.

Jom Grab!
Pm/sms/whatsapp #0199895564

 #sayajualesp #multivitamin #minumankesihatan #makanantambahan #suplementdiet #espshaklee #milkbooster #bazaarkecantikan #bazaronline #bazaarniaga #minuman #visitmyig #pengedarshakleeselangor #igreviewmalaysia #proteinsoya #ampangputeri #pantaihospital