Semasa hamil, berpantang dan menyusu, ibu-ibu sangat digalakkan mengambil suplemen kesihatan yang semulajadi untuk memberi nutrisi yang sihat dan terbaik buat bayi-bayi mereka yang bakal lahir.
Bagi golongan yang baru bermahtangga, normalnya pasti akan mengalami tempoh seperti hamil, menyusu, dan bersalin. Apakah persiapan anda sekiranya anda ditakdirkan hamil? Setelah anda tahu anda hamil, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah kesihatan ibu hamil di awal-awal kehamilan.
Semasa anda membuat kad merah di klinik kesihatan, sudah pasti jururawat akan memberi anda vitamin untuk ibu-ibu amalkan untuk khasiat yang cukup. Tetapi yakinkah anda vitamin itu adalah asli atau sinteteik. Biasanya vitamin dan ubat-ubatan di klinik semuanya sintetik iaitu yang diubah suai atau dicampurkan dengan bahan2 tidak semulajadi.
Bukan apa, ia untuk pengetahuan anda semua sahaja. Anda perlu tahu apa perbezaan vitamin sintetik dan vitamin semulajadi. Selepas anda tahu anda boleh buat pilihan sendiri. Pastikan anda memilih yang selamat untuk anda dan bayi yang bakal lahir dan disusukan nanti. Jom tengok set-set ibu hamil, bersalin dan menyusu yang boleh anda rujuk sebagai vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan ini.
Ok jom kita jenguk apa fungsi setiap prodk dal set kehamilan, berpantang dan menyusu ini :-
Energizing Soy Protein
Jika diperhatikan ESP ada pada semua set. Ini kerana ia merupakan sumber protein terbaik. Dan untuk sihat protein sangat-sangat membantu ibu-ibu di dunia meningkatkan tenaga dan kesihatan badan. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
Vitalea (Multivitamin) - Promo Februari 2015
Vitalea pula merupakan iron formula untuk membantu wanita hamil mengekalkan HB yang tinggi sepanjang kehamilan. mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.
B Complex
B complex memang sangat popular untuk memberi tenaga dan melegakan tekanan. Bagi ibu berpantang ia dapat mengelak dari stress yang kuat akibat keletihan menjaga bayi. Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
Sustained Released Vita C Plus
Seperti sedia maklum vit c Shaklee membantu memberi antibodi atau imun yang kuat untuk ibu-ibu melawan penyakit. Di samping mencantikkan kulit, ia juga membantu untuk mendapatkan kuku, rambut dan kulit sihat. Ini kerana, sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.
Jika anda perasan, ESP, B complex, vitalea dan vit C ada disetiap set ibu hamil, bersalin dan menyusu. Ini kerana ia vitamin yang sangat penting dalam memastikan kesihatan ibu-ibu semua. Boleh lihat dari segi fungsi2nya di atas.
Untuk Ibu Hamil hanya perlu tambahkan ostematrix (kalsium) dan omegaguard(diambil selepas trimester ke-2) sahaja. Mengapa Ostematrix?
Ostematrix - Promo Februari 2015
Oste merupakan kalsium, jadi amat penting ibu hamil ambil kalsium. Nanti kalau xamalkan kalsium semasa hamil, kaki mudah kebas atau lebih menakutkan terkena sengkak mengkarung. Seksa juga tu. Jadi lebih baiklah ambil ostematrix 4biji setiap hari bagi mendapatkan kalsium yang cukup. Tidur pula lebih mudah dan lena. Ia bagi membantu ibu hamil mengekalkan dan menguatkan tulang dan gigi semasa hamil.
Kan banyak ibu hamil alami masalah sakit gigi, jadi nak elak harus ambil kalsium ya. Even saya yang xhamil pun ambil kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Kalsium oste ni sesuai diambil oleh anda yang tidak suka minum susu sahaja. Kalau suka minum susu boleh ambil tapi jangan overdose sebab takut juga anak terlebih kalsium nanti hehe.
Bagi ibu berpantang juga disarankan ambil jika ingin meningkatkan kualiti susu ibu yang baik.Secara logiknya, Ibu yang memberi susu perlulah ambil minuman susu juga kan, jadi kalau xsuka minum susu boleh gantikan dengan ostematrix yer.
Omegaguard
Omegaguard diambil oleh ibu hamil untuk memastikan perkembangan otak bayi di dalam kandungan . Anak yang lahir nanti inshaAllah bijak dan pandai dengan izinNya jua kerana dengan pengambilan omegaguard sel-sel ota lebih b=mudah berhubung. Ia juga baik untuk ibu hamil yang mengalami darah tinggi dan kencing manis. Jadi jangan lupa makan omegaguard yer.
Zinc Complex
Jika bersalin secara operate atau normal, anda memerlukan zinc untuk menyembuhkan luka anda dengan cepat. Malah jika ada sebarang luka-luka lain juga ia cepat baik dan sembuh. Jadi zinc merupakan elemen atau vitamin yang penting ketika ibu bersalin menjalani proses berpantang.
Alfafa Complex
Kelebihan Alfalfa complex adalah sebagai 'milk booster' kepada ibu menyusu selain menyelesaikan masalah kesihatan wanita seperti merapatkan kembali keintiman, menyelesaikan masalah keputihan, dan yang paling utama merupakan detox (nyahkan toksin) kepada tubuh. Manfaat alfalfa kepada anak ialah menjadikan susu ibu lebih pekat membuatkan anak kesayangan kita lebih kenyang dan mendapat khasiat yang berkualiti. Selain itu, alfalfa complex juga membantu mengatasi masalah eczema bayi.
Buat pengetahuan anda semua, alfafa adalah nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan semua. Bagi yang ada masalah kulit, kegemukan, alahan alfafa sangat baik untuk tujuan mendetoks. Ini kerana alfafa adalah detox keseluruhan darah dalam badan. Jadi kita tak tahu apakah kita sudah cukup zat dan nutrien.
Jadi itulah antara suplemen berbentuk vitamin dan serbuk yang sangat semulajadi dan selamat untuk diambil oleh ibu-ibu hamil, berpantang dan menyusu. Berubahlah ke arah yang lebih semulajadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan