Malam tadi punya cerita, hubby kol kata nak balik awal dan nak makan nasi goreng favorite dia. Nasib baik siang tadi jue dah teragak nak beli sardin. Berehkan ajela hihi.
Nasi goreng ni spesial sangat, walaupun ia menu simple ia cukup untuk membuktikan tanda kasih sayang kami (wakaka) tapi siyes memang hubby jue tangkap leleh ngan 'nasi goreng sardin' ni. Kalau buat mahu 2-3 kali tambah dibuatnya. Sekali sekala xpe haha jangan hari2 bahaya untuk kesihatan.
Ok sebenarnya jue kongsikan resepinya di sini dan rahsia kesedapannya. Jom baca resepinya :-
|
Antara Bahan2 Utama Nasi Goreng Sardin Spesial |
Bahan2 utama:
Nasi yang sudah digaul bersama 2sudu kecil garam halus.Sardin besar jenama adabi. (Jenama lain boleh juga tp adabi lagi sedap tau berbanding ayam brand)
Bhn tumbuk:Bawang merah 3ulasBawang putih 3ulasLada besar sebiji*kalau suka pedas boleh tambah cili api 2-3biji
Dalam masakan sardinAsam jawa extra 1 sudu kecilSerbuk perasa pasti sedap 1sudu besar
Cara2 memasak :
Tumiskan bahan menumbuk tadi sehingga naik bau dan aromanya
|
Season betul kuali jue nih hihi maafla kuali xcantik, memang dh lama pendam hasrat nak beli kuali baru haha tp suka kuali ni, dah nak masuk 6 tahun berkhidmat denganku. Layan jela ye
|
Masukkan sardin yang telah dihancurkan isi ikannya.
|
Fokus pada gambar sebelah kanan ye sebab sebelah kiri tu sambal utk menumis
|
Kemudian masukkan nasi ke dalam sardin yang dah siap dimasak tadi terus dalam kuali.
|
Gaul rata nasi dengan sardin sehingga betul nampak macam nasi goreng hehe |
Dan siap untuk di hidang dan dijamu.
|
Tadaa! Dah siap. Boleh makan segera. |
Orait itu je resepi mudah, simple dan sedap bagi mereka yg gemarkannya. Selamat mencuba ye u olls.
Malam tadi memang hancus dietku hehe terus ku telan herblax nak bg kempis blk perut ni hihi.
nasi goreng sardin memang terbaek uollss
BalasPadamblogwalking here..
BalasPadam#visit me on shukranzahari.blogspot.com
#happy blogging
makan sepinggan xcukup hehe...
BalasPadam